Hai!!
Seronok betul bila sampai hari Sabtu Ahad kan? Boleh rehat puas-puas kat rumah. Mujur sekarang ni pun aku rasa weekdays pun cepat sangat berlalu, mungkin sebab terlalu sibuk kot, sedar-sedar eh eh..dah Jumaat dah? Sorga betul rasa. Tambah lagi Jumaat depan nak balik KL dah..bertambah sorga la aku. Mahu cuti!!
Eh tapi dalam dah nak balik KL ni baby bertuah ni sempat lagi tau buat permintaan macam-macam kat Labuan ni.
Nak makan kek Red Velvet katanyaaaaa...
Sah anak aku ni sebab kuat betul makannya. Haha.
Sepanjang minggu la tekak aku dok terbayang-bayang rasa kek red velvet tu, padahal selama ni memang tak pernah makan pun. Entah kenapa tentiba teringiiiinnnn nya la hai.
Tapi kat Labuan ni mana nak cari? Kedai bakery yang ada pun setakat jual butter kek, coklat kek biasa-biasa tu banyaklah. Hurrmmm..
Tentiba aku teringat kat akak yang buat kek besday incik suami April hari tu. Masa besday incik suami dulu aku order carrot kek, memang sedap hingga menjilat sudu. Trylah tanya kot-kot akak tu ada buat red velvet jugak.
Sekaliiiii...memang ada pun.
Memang rezeki kamu la anak oii.
Terus aku place order jek. Akak tu tanya aku nak kek ni bila, boleh tak aku jawab AS SOON AS POSSIBLE!
haha!
Nampak nau tak menyabar.
Aku place order hari Rabu, hari Jumaat kek aku sampai depan rumah. Pantas pintas..acik suka.
Inilah rupa kek red velvet aku.
Sedap.
Aku order yang half KG je..harga RM40. Berbaloilah dengan hasilnya.
Jadi sekarang dah puas hati dapat makan red velvet.
Yang tak dapat-dapat lagi adalah aiskrim Magnum. Mana-mana kedai atau pasaraya aku pergi mesti aku akan jenguk peti aiskrim diorang. Tapi...hampa. Memang takde stok lah kat Labuan ni aku rasa.
Takpelah..kat KL nanti Insyaallah dapat makan.
Kat Kl nanti jugak aku nak serbu Kenny Rogers, nak cari Roti Boy, Big Apple, hurmmm apa lagi ek?
Baby nak mamam apa lagi?
Just name it!
wah...nie baby nak makan atau mummy yang nak makan?? hahahaaa
ReplyDeletekek tu memang sedap la akak...dkna pon suka makan..tetiba jer air lur meleleh tengok pic tu... :)
bagus la awak pn yong, i last2 ni.. mutt mkn down la.. mungkin perut dh sempit.. 4 hr br mkn ns...
ReplyDeleteAdylia..sebenarnya mamanya yg nak makan lebih tu..Anak dalam perut ni menurut perintah jek. Haha.
ReplyDeleteMemang sedap..jemput jemput makan.=)
Farhanna..mood nak makan memang membuak-buak sekarang ni. Tapi bila dah sampai depan mata makannya sikit jek. Kek tu pun baru makan satu slice jek. Mungkin betul perut dah sempit, rasa cepat kenyang..tapi cepat lapar. Huhu
ahahahha mama baby nih macam2...amik kesempatan! xpe mkn puas2...time pantang nanti habisler.... ehheheh
ReplyDelete