Saturday, November 26, 2011

Alkisah Membeli Breastpump Set

Yeay!!

Breastpump set sudah dibeli. Lambat sikit la beli sebab nak kena tunggu gaji dulu. Muahaha!!

Last Thursday *cewahhhh speaking kau!*, mak amik mc sebab nak teman aku pergi rutin check up kat klinik. Selalunya aku pergi dengan mama je, tapi kali ni mak nak temankan sekali. Sejak-sejak aku mengandung ni mak tak pernah temankan aku sekali pun pergi check up. Jadi mungkin mak teringin la kot nak temankan. Wahhh..bertuah badan orang berebut nak teman aku check up. Dulu kat Labuan aku pergi sorang-sorang jek. Huhu.

Jadi lepas dah selesai check up aku ngajak mak terjah kedai Fabulous Mom kat Ukay Boulevard. Opposite dengan Zoo Negara kat Hulu Kelang nun. Aku ni Zoo Negara tu aku tau la..tapi nak mencari kedai Fabulous Mom tu memang blur la jugak. Siap bawak map, bawak nombor fon kedai, bawak alamat segala. Takut sesat kononnya sekali memang sesat jugak akhirnya. Huhu.

Nasib baik sampai jugak.

Kedai adalah di tingkat 1. Jenuh mak buyong nak panjat tangga. Dah separuh panjat baru perasan rupanya ada lif kat bawah. Muahaha padan muka!


Sampai-sampai je aku takde tengok-tengok benda lain dah. Terus ke hajat yang satu nak mencari breastpump set.


Aku memang dah lama aim nak beli breastpump jenama Spectra.

Mula-mula dulu aim nak beli Spectra 3, pastu tentiba dapat tahu ada keluar model baru Spectra Dew 300 dengan Spectra Dew 350, jadi target terus bertukar servis. Gituuuu.




kredit to fabulousmom.com





Nampak macam comel kan pump Spectra Dew 300 ni? Kadang tengok dah serupa Cik B jek. Ahaks!

Harga pakej adalah RM498 ++.

Aku punya bajet memang ngam-ngam RM500 je untuk beli breastpump ni. Almaklumlah..misekin..huhu. Nak tukar amik Spectra Dew 350 pun aku tak mau dah sebab Spectra Dew 350 harga pakejnya dah over RM500. Sampai gitu sekali kekangan bajet aku. Huhu.


Jadi bila dah set nak amik Spectra Dew 300 ni aku pun suruh la SA tu bukak kotak pump ni. Aku nak tengok la real-real depan mata camne rupa benda alah ni kan. Takkan nak terus hangkut bawak balik je pulak kan?


SA tu pun gigih la melayan aku. Dia kata Spectra Dew 300 ni tinggal 1 unit je lagi. Ohhh no no no..aku mesti kena rembat jugak ni. Kalau tak jenuh nak mencari menapak ke kedai lain pulak.


Elok je SA tu keluarkan pump dari kotaknya....




Aku tercengang..



Mak pun buat muka terkejut jugak..



Mak datok nenek!!! BESARNYAAAAAA!!!!!


Oh sungguh aku tak terbayang pump tu sebesar itu. Aku dok tengok-tengok dalam gambar nampak macam pump tu alahai comelnya..keciknya..senanglah nak usung ke sana ke mari nanti.


Sekali tu dia...Nala punya besar!!


Besar mana eh?


Boleh kata sebesar bola bowling yang dibelah dua.


Ha betullah tu...bagai bola bowling dibelah dua. Gituuuuu!


Tapi sebabkan bajet aku memang ada banyak itu je, bola boling ke bola sepak ke..yang termampu nak beli itu je la pun. Jadi sila redha. Huhu.


Tapi......


Jangan lupa nama baby dalam perut adalah Rizqy. Jadi kat mana-mana pun melimpahlah rezeki kamu anak oii. Alhamdulillah.


Mak tentiba tanya kat SA tu.."dalam banyak-banyak breastpump ni sebenarnya mana yang paling bagus?"


SA tu jawab..."yang paling bagus sebenarnya brand Madela."


Yep..aku pun ngaku sama. Memang paling bagus orang kata brand Madela. Nak nak kalau dapat Madela Freestyle. Perghhh!! Beruntung! Tapi harganya adalah hampir mencecah RM2000 ye kawan-kawan. Jadi silalah aku jangan berangan.


Sekali SA tu tunjuk model Madela Swing.



kredit to fabulousmom.com


Harga pakej RM799.

Dalam hati aku....hurmmm best jugak kalau dapat Medela Swing ni. Boleh guna elektrik, bateri pun boleh. Paling penting saiznya 30 kali ganda lebih kecik dari Spectra Dew 300 tadi tu. Medela Swing ni aku gengam dalam tapak tangan pun boleh jah oii.


Tapi mana pulaklah aku nak cekau RM300 lagi. Ada tu adalah RM300 tu. Tapi nak menyambut baby lahir ni kan nak kena jugak spare duit sikit-sikit. Kita tak tahu baby lahir nanti apa pulak nak jadi. Kot anak sakit ke apa ke..mana lah kita nak tahu kan?


Tentiba mak tanya aku..

" Yong bajet berapa beli breastpump ni?"

Aku jawablah RM500 jek. Sob sob sob..


Sekalii mak jawab....


" Takpelah..mak tambah lah sikit duit. Kita amik yang ni *Medela Swing*"


Senyum la aku sampai ke telinga.


Hehehe.


So finally berjaya jugak aku dapatkan breastpump. Dapat pulak yang lebih baik dari apa yang di aim sebelum ni. Syukur alhamdulillah..rezeki kamu la Aidi Rizqy o

Nursing bra pun sempat je aku rembat. Yang diberu percuma dalam harga pakej sehelai jek, sebabkan nursing bra pun tengah offer 20% hingga 50% sale, jadi aku up lagi 3 helai nursing bra. So koleksi nursing bra sekarang ada 4 helai. Jadilah untuk permulaan. Kalau tak cukup nanti dalam pantang boleh suruh husband ke mak belikan lagi.

Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki susu badan mencurah-curah untuk baby lepas baby lahir nanti.


Semoga sentiasa murah rezeki kamu anakku..


Aminn.












Notakaki: Korang bolehlah terjah website fabulousmom.com untuk tengok pricelist and produk-produk lain. Fabulous Mom tengah Sale sekarang ni. Ayuh Terjah!!

8 comments:

  1. Mahalnya...Tapi itulah pelaburan awal utk anak. Bila lahir nanti lagi la banyak pelaburan: duit susu, duit klinik, duit lampin, bla, bla,bla...

    Entri terbaru di blog JR:

    "Tonton Film Drakula "Twilight Saga Breaking Dawn": Puluhan Pengsan Dlm Panggung"

    ReplyDelete
  2. hi yongnana, dah beli medela swing tu ek?dlm pakej tu include apa aa>?sbb teringin gak ni nk beli medela swing tu.kite sama la bajet cket je jd x bleh la nk beli freestyle tu.huhu

    ReplyDelete
  3. kite pon beli medela swing..yg freestyle tu kite mmg xmampu ler nk beli..jadi xpandang sebelah mate pon..hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh dpt medela swing eh,bertuahnye badan ade yg nk tlg topup,ayda pn teringin gk nk dptkan swing tu tp misekin la pulak huhu..lgpn ayda penah tertipu sebab nk beli swing ni la sudahnya beli spectra je..huhu

    ReplyDelete
  5. seronoknya dh beli BP..ika xdecide lg nak beli BP ape..
    tp org ckp pakej kat faboulus mom tu mmg berbaloi..ika dh pergi sekali hari tu..beli nursing bra je.. :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih bagi information MEdela Swing vs Spectra Dew 300.. Saya pun mcm awk jugak, budget limited. Kunun nk amik Spectra.. bila baca awak review, terus saya matikan hajat saya.. terpaksalah kumpul duit lebih sket utk Medela Swing.. Yg penting hati senang nak breastfeed :)
    Lagi sekali terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. perghh besar mcm tu ke spectra dew tuh? baru tingat nak beli sbb dalam gambo mcm comel je...hahahahha spectra 3 kecik lagik gamaknya...

    ReplyDelete
  8. Hehe..tau.ni entry basi dah..tapi nk nyibuk jugak..selain kecanggihan..brand, ketahanan, servis, sucking rhythm, rupa bentuk dan berat, mesra pengguna dan penjagaan sesuatu pam tu penting masa nak buat pilihan..kena banyak tengok testi..tapi sesejenis pam tu kalau boleh biarlah pilih yang fleksible..yang boleh kita pam dalam kete, masa berdiri, masa jauh dari punca letrik, masa keja..enitime..yang senang kita nak handle

    ReplyDelete