Wednesday, March 21, 2012

Al Kopak Al Koyak

Semalam, lepas habis handle budak pantun, terus zass balik rumah. Rindu Aidi katanya. Ke rindu bapaknya tak tahulah.ekekeke. On the way nak balik boleh pulak kena tahan dengan JPJ.


Phewww!!


1st time ni aku kena tahan dengan JPJ.


Eh bukanlah kena tahan pun, tapi sebab JPJ buat roadblock..pastu dia memang akan tahan semua kete supaya benti sebab dia nak check lesen, check road tax segala.


Bila aku sampai je depan abang JPJ tu, bukak cermin kete..lempar senyuman semanis mungkin.


" mintak lesen"

Katanyaa..


Fuh, nasib baik aku teringat nak renew lesen sebelum balik Labuan aritu sebab lesen aku mati time aku cuti bersalin tu. Nasib baik nasib baik..lega.


" road tax mati bila?"

Katanya lagi.


Adeh..sendiri tengoklah kat cermin tu bila matinya. Lagi nak tanya-tanya. Heh, cakap dalam hati je la kan..berani nak cakap cenggitu depan JPJ??


Tentiba aku terpandang ada sorang lagi mamat JPJ ni dok tekap-tekap tangan kat sticker road tax sambil letak muka kemain rapat dengan cermin. Ala..buat gaya macam kita nak intai sesuatu melalui cermin tu.


Apahal pulak tu kan??


Pastu abang JPJ tu tanya lagi sekali..bila road tax mati?


Aku jawab la tak pasti. Boleh?? Haha.


Dia tanya lagi...ada simpan tak slip road tax tu?


Adeh..slip apa pulak ni kan? "Entahlah..saya tak ingat pulak letak kat mana."


Begitu aku jawab. Kau berani nak jawab gitu kat JPJ? Haha!


Agaknya JPJ tu dah malas nak layan driver sengal macma aku ni semua benda tak tahu kan..last last dia lepaskan je aku.


Sambil drive tu otak ligat-ligat pikir, bila road tax mati eh? Sebab kat sticker road tax kat cermin tu takde tulis expired date. Pelik pulak aku.


Balik-balik check surat-surat yang tak terbukak, tak terbaca lagi..rupanya ada reminder notice dari syarikat insurans kete aku.


Rupanya road tax mati 23hb ni!!


Pheww!! Tak berapa hari je lagi ni.


Nak renew insurans, nak renew road tax bukan sikit-sikit pakai duit ni.


Mahu koyak setengah bulan gaji jugak ni.


Jadi dengan ini diisytiharkan bulan April adalah bulan berjimat cermat. Sila makan ikan bilis setiap hari.


Huhu..

No comments:

Post a Comment