Jumaat datang lagi!!
Yeay!!
Bila Jumaat je mesti seronok lebih. Beza sangat dengan hari Isnin. Kaaannn??
Tak sabar nak weekend. Nak hibernate. Letih sepanjang minggu. Tapi esok pun kena sekolah jugak, ada kelas tambahan KH. Pastu kat bandar ada aktiviti untuk Kelab Pengguna sekolah-sekolah di Labuan pulak. Tahun ni dah naik pangkat jadi ketua guru penasihat Kelab Pengguna, jadi kau sila attend itu aktiviti. Ohh letih-letih lah lagi.
Minggu ni Aidi macam dah sikit terabai. Kesiannya anak mama. Pagi-pagi hantar Aidi ke rumah mak long, sayu je rupa dia. Macam tahu je mama nak tinggalkan dia. Bila petang datang amik...wahhh, kemain tersengih nampak muka mama ni ha. Pastu mulut tak reti diam. Ajak mamanya berborak. Maklumlah..sepanjang hari kena tinggal, banyak nak cerita. Heh.
Ni pun tengah pikir-pikir, balik ni nanti nak terus amik Aidi ke atau aku nak balik rumah kemas-kemas rumah dulu. Rumah dah macam rumah spiderman dah aku tengok. Berabuk bersawang sana sini. Tak baik untuk Aidi.
Rumah aku memang pesen cepat betul naik habuk. Rumah tingkat paling bawah, tepi jalan pulak tu, memang merasalah makan habuk setiap hari.
Baru ni dah order tikar evamatic untuk bentang kat hall rumah and bilik Aidi. Eva mat ni lebih senang nak jaga dari guna karpet. Jenuh nak vakum tiap hari.
Beli corak macam ni untuk playroom Aidi. Dengan harapan AIdi cepat hafal ABC. haha.
Aku beli tikar ni regenya RM45 sekeping. Ingat murah dah la tu.
Sekali ada sorang cikgu sekolah bagitau yang dia beli tikar ni kat kg dia kat Tawau nun rege RM19 sajork.
Ye RM19!!
Coi!!
Kalau aku tau..aku kirim je masa cuti sekolah baru ni. Bayar RM30 pun takpe. Masih murah.
Haishh!!
Tikar jenis tu memang murah kat Sabah, mereka dptkan nya drpd Kalimantan, Indonesia. Kalau dpt pergi Kalimantan lagi murah, mungkin tak sampai RM10 pun!!
ReplyDeleteeerr..boleh kirim tak yang Rm 19 hengget tu..?? ;p
ReplyDeleteapa???? RM 19???????
ReplyDeleteomg!!!!!!!!!!!!!!!!!
hahaha mau borong corak2 lain gakk nii
yup.. dekat serikin, sarawak pun harga RM20 je.. ^_^
ReplyDeletetapi, dr segi kualiti tak sure lah.. sebab belum pernah pegang yang evamatic ni..
stiap kali cuti, jenuh bawak balik tikar ni yang corak upin, ipin.
murahnyee.. klu order online paling murah pun RM50..
ReplyDeleteala nak gak beli..huhu
i beli rm40 tau.. rm19 mmg sgt mura u boleh buat bisness hahahaha
ReplyDelete19 je???? kalau kirim leh x? huhuhu
ReplyDeleteyong, if org tu antakan ke temerloh jadiknye bape ye? n tikar tu tebal dok? minat sungguh ngn design yg yong beli tu
ReplyDeleteerk murahnya kalau rm19 je
ReplyDelete