Baby umur 0 hingga 3 bulan cenggitu apa jer aktiviti diorang eh?
Makan tido makan tido je ke?
Dulu masa Aidi dalam pantang cenggitu, rasa macam bosan jugak tengok anak asik makan tido makan tido jek. Langsung takde ingin nak main ke apa ke kan? Asik berbalut bedung jek. Masa tu tak sabarnya nak tunggu masa Aidi dah pandai nak bermain.
Sekarang..umur dah cecah 2 bulan.
Aidi memang ada playtime dia sendiri. Takdelah kerja asik makan tido makan tido je.
Bila time dia berjaga taknak tido pun memang best jugak. Kadang dia tegur-tegur orang keliling dia nak ajak bersembang. Super kiut bila dia menegur tu. "huu..huuu..huuu". Lebih kurang cenggitu la bunyi dia manggil. Kalau ada yang sudi melayan memang ter kekek kekek la Aidi menyembang ntah apa ceritanya aku pun tak tahu. Buat-buat tahu je lah.
Pastu sekarang dah pandai buat aksi mengiring badan. Mama kata itu petanda nak meniarap dah la tu. Bukan mengiring je pandai sekarang ni, dah pandai beralih kedudukan baring siap. Punyalah lasak.Sebijik serupa aku.
Itu part bijak-bijaknya...part rasa nak bagi cubitan sedas pun ada jugak Aidi ni. Haha.
Satu perangai negatif dia..sebijik serupa aku jugak.
Kuat mengamuk.
Eiii...kalau dia dah hek hek hek manja-manja mintak susu kau buat dono je, tak lama pastu kau tadah telinga la dengar dia meraung. Meraung bukan yang pelan-pelan punya volume ni, ini aku rasa kalau jabatan kebajikan dengar pun sure aku kena tuduh mendera anak. Kuat ya hampun! Kalau sampai dia dah mengamuk gitu memang pakej aku kena sediakan susu sambil kendong dia la jawabnya. Sampai aku dah terer dah bancuh susu guna sebelah tangan je tau. Haha.
Tapi apa yang aku sykur sangat anak aku ni..dia tak banyak ragam. Ragam dia terlebih bila masuk part lapar nak susu jek. Kalau hal lain..dia cool baby. Taik penuh selambak dalam pampers pun dia cool je, buat muka hensem. Padahal bau vontot dah macam hapa. Haha.
Kalau letak dia sorang-sorang atas tilam depan TV pun dia diam jek layan TV.
Kebetulan pulak baru ni aku ada beli satu playgym secondhand dari juaimurah.com, jadi makin ralitlah dia main.
Secondhand pun Aidi tak kesah kan? Huhu
Dah lenguh mendongak...dia main pakai kaki je pulak.
Tambah lagi rocker dia baru sampai semalam. Uiiii...sedap betul dia menempel dalam tu. Bila on vibration, kemain lena dia tido. Mama pun makin banyaklah masa nak berblogging...nak bercinta dalam telefon dengan abah dia pun senang hati. Eh?? =)
Bestnya bila Aidi ada playtime dia masa siang-siang adalah..
Malam..dia akan tido lena direct dari jam 11.30/12.00 sampailah pagi. No more kena bangun tengah-tengah malam bagi susu ke apa lagi dah.
Syurga betul rasanya.
=)
ammar pun dh 2 bulan..mmg sama perangainya..hehe..
ReplyDeletekalau mengamuk..tu adoii la..
ika mmg nk beli gak bouncer ni..skrg mendodoi pakai buaian tgn mama..lenguh..huhu..
nk terjah expo midvalley nie..jum2..hehe
muka cap cu tu comel lahai...kemain kepit lagi toy dia, sambil tgn garu kepala, ezekiel gaya tu jugaklah , dok garu kepala, apa nth sedap sgt.hihihi..
ReplyDeletesenang la yong dia xbgn mlm kan. anak aku, adoyai adalah wajibul bgn 3-4 kali nk susu, nasib baik pakai tadah je.huahuahua...
malam2 ank tdo lena ya?mama ngn abah plak wat ape?hahaha...yong, pantang 1o0 hari naaa..keh2...
ReplyDeletebestnya blh tido lena..umar pulak 2,3 kali bngun malam2 nak menyusu..lepas menyusu bukan blh tido terus,boleh dia ajak ibu dia layan dia potpet..eh,sweetnya.. ;p
ReplyDelete