Wednesday, May 2, 2012

Aku Merinduimu.....ting tong!!

Hari ni hari Rabu. Ada aktiviti kokum lepas sekolah. Aku ni cikgu kadet bomba tapi uniform bomba pun yilek! Ingat semalam nak pergi kedai cari t.shirt celoreng tu tapi tak sempat pulak. Tambah lagi kena mengelek Aidi..pergerakan agak terbatas.

Aidi masih lagi suka nangis dalam tidur. Aku suspek dia ni nightmare kot. Aku selalu lupa nak bacakan doa tido untuk dia. Sebab tu gamaknya kot. Tido pun tak cuci kaki. Heh.

Tapi takpelah..hari ni abah Aidi nak balik dah dari outstation. Uiii 3 hari pergi latihan menembak pun terasa macam 3 minggu. Rindu tak taulah nak kata. *ngada*

Tak sabar tunggu abang balik.

Rumah dah kemas. Sampai ke stor aku kemas. Haha.

Kain baju semua dah basuh. Tinggal baju Aidi je ada beberapa helai tak basuh lagi. Kena tunggu menimbun baru jimat masuk mesin.

Bilik pun dah kemas. Siap beli cadar baru. Ngeh!

Petang ni nam masak feveret food kami laki bini.

Sambal sotong!!

Slurppp!!

Lapar pulak rasa.

No comments:

Post a Comment