Friday, June 15, 2012
Dah Pandai Makan Kaki
Jumaat datang lagi. Haruslah mood ceria kan? Esok coti!! Tapi cuti tak cuti sangatlah sebab esok ada sambutan hari guru peringkat negeri. Jadi semua yang namanya cikgu kat kat Labuan ni kena berkumpul esok. Hari Guru dah sebulan dah lepas, baru nak sambut..feel pun dah takde.
Nasib baik esok ada benda best nak berlaku.
Mak nak datang Labuan. Yeayyy!!
Minggu ni mak datang sebab ada meeting. Hamboiiiii meeting kemain seberang laut lagi kan? Elok pulak tu kat Labuan. Memang bestlah. Merasalah aku tumpang tido kat hotel 5 bintang sama nanti. Haha!
Minggu depan mak datang lagi, sebab nak sambut besday aku. Ahaks! Perasan. Tapi memang bestlah dua weekend berturut-turut mak ada kat sini. Aidi pun mesti dah rindu sangat kat pah dia tu.
Eh cakap pasal Aidi ni...baru-baru ni aku perasan Aidi dah ada kebolehan baru.
MAKAN KAKI!!!
Gambar tak sempat nak snap sebab masa dia ralit makan kaki dia tu, otak aku pun ligat pikir..."eh Aidi nak adik dah ke?", sambil pegang perut sendiri. Haha! Punyalah risau. Padahal takde kena mengena pun baby makan kaki dengan nak dapat adik tu. Rasanya orang dulu-dulu cakap kalau baby makan kaki tu maksudnya nak dapat adik tu sebab yelah..baby biasanya boleh masukkan kaki dalam mulut dia masa umur 5 6 bulan cenggitu kan? Kalau orang dulu-dulu tu..anak dah cecah 6 bulan tu kira elok sangatlah nak proses anak lagi satu. Sebab tu lah diorang kata kalau baby dah makan kaki tu maknanya nak dapat adik dah. Haha. Logik tak?
Tapi Aidi memang dah jadi habit dia baring sambil pegang kaki then sedaya upaya cuba nak masukkan kaki dalam mulut. Kalau pakai stokin lagi gigih dia usaha, sedap agaknya dapat hisap stokin sendiri.
Aku ni dari atas tadi dok haha huhu gelak sakan konon. Tapi sebenarnya dalam hati ada sikit risau.
Lewat sehari.
Harap takde apa-apa.
*ohh berdoalah*.
Haha!
lama GK tak singgah blog nie...nana dah dapat baby ye..tahniah ye...
ReplyDeletenk dpt adik kot.hehehe
ReplyDeletejeng-jeng-jeng ;p
ReplyDeletehaaa nanti update ye gtau ;p
ReplyDeleteUisyyyy.... X terkejor, yob!!!!
ReplyDelete