4 Jun menjelma jua!!
Ohh nebes nebes. Lepas asar nanti nak menikah. Huhu. Rasanya sepanjang hari ni mesti aku asik keje mengimbau kenangan 2 tahun lepas je ni dengan incik suami. Imbau la sampai loya. Haha.
Hari ni plannya takde gempak mana. Since semalam incik suami duty malam, and dia baru je balik rumah jam 8 pagi tadi, maka semua plan hari ni kena anjak sikit ke petang. Bagi can lah pengantin baru tido lena dulu. Caj bateri. Nanti sampai ke malam jadual padat. Eh? Haha.
Macam tak percaya je dah 2 tahun tempuh alam rumahtangga bersama.
Dulu masa mula-mula kawen, duduk pun jauh-jauh. Sorang kat KL, sorang kat Labuan. Hari-hari rindu macam nak pecah dada. Ceaa!!
Bila dah dapat posting ke Labuan, seronoknya!! Mulalah hidup berumahtangga di Labuan. Masuk rumah sewa pun rumah kosong semata. Bantal pun takde. 1st nigh tido kat rumah sewa ni aku adalah berbantalkan lengan suami. Soooo sweet!!
Masa tu motor pun takde. Sampai kena pinjam *sewa* dari kawan. Sedih sangat kalau ingat balik. Kereta apatah lagi lah kan? Memang takde. Pastu kami berbondong beli barang-barang dapur dan rumah macam tilam toto, bantal, selimut, almari kain bla bla bla bla. Naik motor okey. Incik suami bawak motor, kat depan dia ada seplastik besar barang-barang. Aku pulak jinjing beg-beg plastik yang lain penuh tangan kiri kanan. Sekali di pertengahan jalan...hujaaaaaannnn!! Lebat kot. Habis basah kuyup kami dua. Dengan barang semua habis basah. Memang kesian sangat kalau ingat balik. Tapi itulah kenangan kami.
Sekarang...
After 2 years...
Alhamdulillah..syukur atas kurniaan Allah.
Kami dah ada motor sendiri. Eh kereta pun dah mampu beli.
Rumah pun dah lengkap walaupun takdelah mewah. Mesin basuh pun semi auto jek tapi syukurlah dari takde.
Makan pun tak pernah tak makan. Buktinya..lihatlah suamiku yang gagah macam gajah tu. Haha!
Paling istimewa...sekarang dah ada Aidi. Aidi adalah kurniaan terindah dari Allah setakat ini. Alhamdulillah.
Walaupun perjalanan rumahtangga aku tidaklah indah memanjang selama 730 hari ni. Tetap ada pasang surutnya, tetap ada gaduh rajuknya, tetap ada marah terkilannya...tapi itu adalah pengalaman indah buat aku.
Yep, bergaduh sampai sikit lagi nak terbang periuk belanga pun tetap indah bila dikenang-kenang balik.
Harapnya tahun ketiga ni membawa lebih banyak kebahagiaan. Kalau dikurniakan ahli keempat pun best jugak kan? Eh, pulak dah? Hehe.
Untuk suamiku yang terchenta..
Selamat Pengantin Baru buat kali yang ketiga.
Aaaa...aaaa...pengantin baru je kali ketiga, isteri tetap yang serupa tau. Jangan buat-buat lupa pulak.
Haha!!
Slmt pengantin baru kali ketige, yong... Wahhhh... Dah 2 tahun kan, kejap je.... Dah ready nak tambah ahli keluarge nmpk, hehe...
ReplyDeletetahniahhhhh...
ReplyDeletesmoga berbahagia hingga ke akhir hayat wan dan suami
tahniah wan...so sweet..2nd annibersary saya esok...tp sedih kitorg jauh2..so..nak celebrate kna tunggu next week..huhuu!
ReplyDeleteSALAM..TUMPANG TANYA YNOG..ADA TAK AREA RUMAH MAMPU DISEWA KAT AREA YONG DUDUK? NK MINTAK TOLONG..
ReplyDelete