Tuesday, July 17, 2012

Solid Food: Tanda-Tanda Baby Ready For Solid Food


Bila anak dah mula makan, maka bermulalah satu lagi siri pengembaraan dalam dunia keibubapaan. Wahhh! Ayat!

Tapi betul.

Once baby dah makan, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa alert, kena rajin, kena perhati, kena kaji segala-gala tentang pemakanan anak. Tapi sebab sekarang ni semua dah moden, maka semua dah senang. Pilihan ada di mana-mana. Tinggal pilih mana suka jek.

Hari ni aku nak share sikitlah apa ilmu yang aku ada tentang pemakanan baby ni. Aku pun ilmu bak sebutir pasir di gurun sahara, tapi tak salah rasanya kita kongsi. Mana yang baik..amiklah. Mana yang salah tu..betulkanlah.

Aku nak share info yang aku jumpa tentang Tanda-Tanda Baby Ready for Solid Food.

Biasanya baby akan diperkenalkan dengan first solid food bila mereka cecah umur 6 bulan. Tapi ada jugak ibu bapa yang perkenalkan solod food lebih awal dari tu. Contohnya aku. Aidi start makan masa umur ngam-ngam 5 bulan. Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh kita kenalpasti sama ada baby kita dah ready for solid food or not.

Antaranya:

1. Baby dah boleh duduk dengan stabil dengan sedikit atau tanpa sokongan. 
Maksudnya kalau kita letak baby dalam bumbo seat atau baby boleh duduk tegak atas pangkuan kita tu kira okey dah la tu. Bukan apa, bagi baby makan dalam keadaan baring adalah tidak digalakkan. Takut baby tersedak atau tercekik. Jadi suap baby dalam keadaan baby duduk tegak supaya makanan lebih mudah ditelan.

2. Berat badan baby dah naik dua kali ganda dari berat semasa lahir.
Contoh: Masa lahir berat baby 3kg. By the time kita nak bagi dia makan, berat baby tu mesti at least 6 kg baru dikatakan baby dah ready for solid food.

3. Baby menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap makanan.
Ini biasa berlaku. Time mama abahnya makan, dia pun sama berselera nak makan. Padahal gigi satu milimeter pun tak tumbuh lagi. Haha.

4. Baby dah pandai mengawal lidah mereka.
Part ni maksudnya gini. Baby umur 6 bulan ke bawah biasanya suka main jelir-jelir lidah macam nak menghisap sesuatu. Kalau baby dah mula mengurangkan kekerapan menjelir-jelir lidah tu, maknanya dia dah pandai control lidah sendiri. Kira dah boleh perkenalkan makanan kat dia. Kalau baby masih suka keluar-keluarkan lidah dia then kita dah bagi dia makan, itu yang jadi kes kononnya baby tolak makanan lah, luah balik apa yang dia makan lah semua. Sebenarnya mungkin baby tu belum pandai control lidah dia.

5. Boleh megawal kepala dan tengkuk.
Maksudnya kat sini tengkuk baby tu dah keras, dah stabil untuk mengawal kepalanya sendiri. Janganlah tengkuk baby lembik lagi kita dah sua makanan kat baby. Not good not good.

6. Cepat lapar.
Baby memang makin besar makin kuat menyusu. Kalau kita perhatikan kekerapan baby menyusu makin kerap, dah tu setiap kali menyusu tak reti nak sikit-sikit..hah silalah ready untuk bagi anak makan. Tak cukup susu dah lah tu. Dia nak makanan tambahan lain.


Seelok-eloknya tunggu hingga baby cecah 6 bulan atau semua tanda baby ready ready for food ni ada pada diri anak masing-masing then barulah bagi baby tu makan.

Macam kes aku dulu...

Aku cuma guna naluri keibuan aku jek. Lepas dah suap Aidi makan buat pertama kali, baru macam-macam info tentang pemakanan baby aku jumpa. Haha!




Makanan pertama Aidi


Tapi Alhamdulillah...Aidi sihat.

Kadang-kadang, tak semua perkara kita kena ikut cakap buku. Ada sesetengah perkara yang naluri keibuan boleh menang. Tapi kalau bab-bab makan ni, eloklah kita rujuk pada yang lebih pakar. Terlalu awal perkenalkan makanan pada baby memang boleh membahayakan. Ada banyak kes dah berlaku. Apapun, boleh guna tips di atas as a guideline, plus naluri keibuan masing-masing. Dan jangan lupa baca Bismillah sebelum bagi anak makan.=)

Next time, aku share lagi info tentang solid food. Insyaallah.

Daa!!




7 comments:

  1. bila anak dh start mamam solid food best rasanya kan.

    ReplyDelete
  2. noted..aku ni macam tak sabau2 jer nak bagi anak makan..tapi biler memikirkan kene gigih..tetibe macam malas..hahahaha..tak per..rilek2 dulu..tunggu tande2 macam info ko ni..:)

    ReplyDelete
  3. heh...tak sabar ni nk bg makan jgk...2 bulan lbey lg...hewhew...

    ReplyDelete
  4. my son da start solid food since 5mons atas advised Paeds, skang dah semakin selera mkn..best betul try & error menu-menu baru ^__^

    ReplyDelete
  5. ms sy kenit dulu (dalam pantang), arwah nenek dh suap nasi lenyek kat sy. 'anak mung lapar ni, siah.' arwah nenek beritahu mak sambil suap nasi lenyek kat sy. hihi...

    ReplyDelete
  6. Kak saya ada sent email kat akak baca ye...

    ReplyDelete
  7. mohon share ye dear...tq :)

    ReplyDelete