Semua pakat dok hapdet tentang dapat bonus hari ni.
Hamboiboi....seronok ye?
Aku pun seronok jugak. Dapat duit lebih kan? Siapa tak seronok. Isnin depan dapat pulak gaji. Ohh berdabel la riangnya.
Tapi kena ingat...lepas ni 25 September baru dapat gaji lagi. Kalau dah perabis semua duit ke raya, lepas raya nanti tiap hari kita makan biskut raya je la kekdahnya. Breakfast biskut makmor, lunch makan almond london, dinner makan kerepek. Sampai 6 minggu. Haha.
So hari ni dah plan dengan incik suami nak keluar detink.
Nak pergi amik spec mata raya. Cewaaahhh!
Nak pergi tukar duit raya. Total semua RM500 untuk adik-adik, sepupu-sepupu, anak buah dan anak murid yang datang beraya. Pheww!
Nak cari mangkuk hayun. Haha. Tidaklah. Nak cari mangkuk hidang lauk yang cantik sikit. Rumah aku mana ada mangkuk-mangkuk cantik ni. Pinggan pun plestik. Haih!
Incik suami kata nak beli tong air yang ada paip tu. Senang, tak payah bancuh air dalam jug. Okey, boleh beli.
Dia nak cari mop kat Cosway. Okey, nanti kita cari.
Aku ingat nak usha alas meja baru. Alas meja yang ada tu pakai dari raya tahun lepas punya. Setahun sudah berlalu. Huhu.
Apa lagi nak beli ni ye?
Rasanya hari tu masa meeting dengan incik suami macam banyak benda nak dibeli. Laki aku tu..kalau ada duit semua nak dibelinya.
Almari kasut yang tak bersalah tu pun nak diganti baru.
Ada jugak dia bunyi-bunyi nak tukar sofa baru.
Tapi.....
Tak payahlah.
Yang koyak-koyak tu kita soletep je lah bang.
Jimat.
hahaaha.lawak la men salotep2...
ReplyDeletewaahhhh seronok ye org dapat bonus...nie org xdpt bonus, menangis tak belagu bajet lari,...huaaa..uwaaaa....
ReplyDeleteaarrggghhhh..aku jeles nih....boleh shopping di tengah bulan ngan duit bonus...lepas tu gaji pulak...aku ni pas raye baru dapat gaji..tu ar nasib aku bekerje swasta..berenti ar macam ni..*tetibe...huhu
ReplyDeletemakneng dah terbeli mcm2 pon..hahahah..haru ok..
ReplyDeletemakneng follow sini
jemput follow makneng