Wednesday, August 22, 2012

Raya Umah Mentua Tak Best?



Eh eh..nak hapdet belog lagi keww??

Haha.

Bosan ni..sementara nak tunggu fajar siddiq menjelma esok hari, jadi baik aku hapdet belog dulu. Haha.

Aku sebenarnya nak tulis tentang satu perkara. Sejak-sejak musim raya ni, ramai pulak dok hapdet tentang famili mentua masing-masing kat satu group kat facebook nun. Siapa yang tau, tau lah. Tak perlulah nak link link bagai eh.

Dalam group tu, ada lah aku terbaca member-member komen plus komplen tentang famili in law memasing, especially MAK MENTUA.

RAYA UMAH MENTUA TAK BEST LANGSUNG.

MAK MENTUA BORING.

MAK MENTUA TAK SPORTING

FAMILI MENTUA TAK LAYAN BAIK

FAMILI BELAH HUSBAND LAYAN BABY DIA MACAM HAPA JEK.

Eh macam-macam lah. Sampai aku jadi kesian pulak.

Kesian oh kalau famili mentua buat dono je kat kita. Yang aku perhati yang dok komplen-komplen ni kebanyakannya yang baru kawen sebab majoriti belum  ada baby atau ada baby kecik umur bulan-bulan gitu. Jadi aku pahamlah jugak perasaan diorang. Orang baru dalam famili belah sana, semua pun tak biasa lagi. Mak sana letak pinggan kat mana, sudu kat mana, berus jamban kat mana, penyapu sangkut mana pun tak habis hafal lagi. Tentiba famili mentua macam bolayan. Di mana mahu ku bawa hati ini. Begituuuuu..

Pastu ada yang cerita famili belah sana buat anak kita(baby kecik) macam-macam. Kira macam depa treat baby kita tu suka hati depa lah. Bagi makan macam-macam sedangkan baby tu tak boleh makan makanan tu, kacau baby tido, gomol-gomol, cubit-cubit pipi baby, eh macam-macam lah yang membuatkan ibu si baby rasa macam nak bertukar jadi hijau. Haha.

Pendapat aku?

Kalau bab famili mentua ni aku payah sikit nak komen sebab aku tak lalui semua tu. Famili mentua aku memang SUPER BEST. Aku kalau balik kampung sana tak pernah bangun lagi awal dari mak mentua. Lagi hebat, bangun-bangun mandi terus makan jek. Tapi mak abah tak bebel pun. Bertuah tak aku? Haha.

Tapi bagi aku lah...ni pendapat aku lah eh, kalaulah takdir kita dapat famili mentua kurang best atau tak se best famili kita sendiri, aku rasa eloknya kita BERSABAR je dulu. Terutama yang baru-baru kawen macam aku *nak jugak baru kawen.haha* ni, kita tak kenal sepenuhnya lagi famili satu lagi tu. Nak bentak-bentak pun, itu famili suami kita. Nak marah-marah mak sana pun, itulah wanita yang lahirkan yang jaga makan pakai suami kita sampai dia berjaya kawen dengan kita sekarang ni. Kalaulah sang suami tahu isteri dia dok bebel-bebel pasal keluarga dia...apalah perasaan dia gamaknya. Luluh hati aku rasa.

Eloknya kita sabarlah. Kita yang muda ni mengalahlah. Orang tua kadang perangai memang cepat sensitip. Kita buat air kurang gula tu boleh muncung mulut dia. Haha. Aku yakin, lama-lama nanti kita akan serasi jugak dengan famili belah sana. Yang jadi tak berapa best tu mungkin sebab cara dan gaya hidup famili kita sendiri tak sama dengan famili suami. Itu yang buat semua jadi kekok, jadi boring, jadi tak best, jadi menyampah apa semua.

Kalau bab baby tu pulak..

Hurmmm...

Pengalaman aku sendiri??

Aidi masa dalam pantang memang ramai yang datang ziarah. Tapi aku takde pulak terpikir nak menaruh syak wasangka pada tetamu yang datang.

Semua tetamu yang datang bagi aku mereka datang ikhlas nak tengok insan baru yang jenguk dunia. Mereka ikhlas mendoakan kesejahteraan anak kita. Kalau dipeluk cium tu pun aku pikir positif jek, mereka sayang Aidi. Aku langsung tak terpikir tetamu aku kotor ke tak jaga kebersihan ke apa. Takkan kita nak sedia jubah khas siap topeng muka macam kat spital tu bagi tetamu pakai then baru boleh pegang anak kita kan? Entahlah...mungkin ada yang kata aku ni ngok ngek, tak sayang anak, tak jaga kesihatan anak..entahlah. Aku cuma berperasangka baik pada semua orang dan dalam masa yang sama aku berdoa Aidi, anak aku dilindungi Allah. Alhamdulilllah..Aidi sangat jarang sakit walaupun ramai yang gomol dia, ramai yang kendong dia masa dia kecik dulu.

Tapi kalau sampai bab orang suka-suka hati sumbat anak kita makan apa saja sedangkan dia belum sampai masa nak makan semua tu..bolehlah kita tepis cara baik. Mungkin kita boleh get ready makanan anak kita bila pergi berjalan raya. Kalau ada yang nak sumbat anak kita makan rendang ke apa ke, kita tolaklah elok-elok dan keluarkanlah makanan yang betul untuk anak kita.

Kalau anak memang belum sampai masa untuk makan...ha ini pandai-pandailah cakap wisely. Biasanya kalau kita as the ibu tolak pelawaan orang yang nak bagi anak baby kita makan, mereka akan paham. Tapi rasanya tak perlulah bawak anak lari nyorok masuk dalam bilik semata-mata takmau orang tengok dan ganggu baby.


Memang 2 3 bulan pertama banyak sikit dugaannya nak membesarkan anak ni. Kita masih baru sangat jadi ibu. Terlalu baru.

Rasanya tak perlu menyombong sangat denga ibu-ibu yang dah 20 30 tahun jadi ibu kat dunia ni.

Ada benda yang kita boleh tepis...tapi tepislah dengan berhemah.

Sebab yang aku hairan....

Yang komplen-komplen tu semua melibatkan famili mentua sahaja.

Famili sendiri macam mana??

Apapun aku mohon ampun maaf lah andai entri ni ada mengguris perasaan mana-mana pihak. Tak terniat nak sakitkan hati sesiapa. Sesungguhnya ini hanyalah luahan dan pendapat peribadi aku sahaja.

Selamat Hari Raya!!

=)



Mood: Tak sabar nak balik rumah sendiri. Rumah mentua jugak. Mesti mak sana tengah sibuk buat ketupat palas untuk menantuhantu beliau ini. Haha!!

2 comments:

  1. Hey, this is really a good one! Itulah, kalau tengok dalam group ibu2 ni, banyaknya isu mertua menantu ni. Macam tak habis-habis. Mana-mana group pun mesti ada and yes, memang most of them ibu-ibu muda je. Well, of course semua orang sayang anak, tapi jangan sampai kasih sayang tu mengaburi perbuatan baik orang lain dan merosakkan hubungan kita dengan orang sekeliling. Bersangka baik itulah yang paling elok. Awal-awal dulu I pun pernah je ada konflik macam ni, rasa macam paranoid je dengan the way orang sekeliling treats my baby. As time goes by, I try to lay back, take it easy (but not to take it for granted!), alhamdulillah anak OK dan hubungan dengan orang sekeliling pun kekal baik and rapat.

    Anyway, I have a great in-laws too, alhamdulillah. Sorry terkomen panjang pulak. Selamat hari raya! =)

    ReplyDelete
  2. Itulah pengalaman hidup berkeluarga namanya.

    ReplyDelete