Tiap kali plan nak balik semenanjung, kepala aku mesti serabut lebih dari biasa.
Payah oh kalau suami kerja askar ni. Cuti bukan main isi borang minggu ni, minggu depan boleh cuti. Bertuah sangat kalau begitu.
Aku memang dah lama dah cakap dengan incik suami nak balik semenanjung cuti sekolah bulan 12 ni. Banyak agenda bulan tu.
9 Disember....Kenduri kawen sepupu belah mak kat Perak
12 Disember....Besday Aidi. Tentu ada besday party punya. =)
14,15, 16 Disember..Family Gathering kat Penang.
22 Disember...Kenduri kawen sepupu belah abah kat Kedah
Tu dia! Bersusun jadual. Boleh bayang dah bizinya macam mana nanti. Itu pun nasib baik adik perempuan kesayangan aku tak jadi nak bertunang bulan Disember, kalau tak....menitik-nitik peluh jantan aku ni nanti.
MASALAHNYA.....
Incik suami peliharaan tak dapat cuti.
Ate cane??
Pheww!
Dia dapat cuti panjang bulan Oktober. Hujung tahun memang tak dapat cuti dah sebab nak bagi peluang pada yang non muslim pulak cuti sambut Krismas.
Cuti bulan Oktober..alahaii..tak bestnya. Aku pun kena sekolah lagi.
Incik suami kata...
"takpelah..abang cuti 3 minggu bulan depan, ABANG JADI SURI RUMAH."
Okey..terima kasih.=)
aku part paling suker kalau kate nak jadi cikgu ialah part cuti sekolah..!!! lagi2 cuti akhir tahun..tak yah susah2 apply dapat cuti sebulan...ni kalau cuti keje biase macam aku ni..[dolu2] cuti paling panjang nak rase mase cuti beranak jer..tu pon bukan tiap2 tahun dapat merase...huhu..;p
ReplyDelete