Monday, September 3, 2012

Sembang Senin


Hai..Salam Isnin!

Hari ni pergi kerja rasa macam masuk kerja pada hari pertama persekolahan bulan Januari tu. Rasa macam...ala....habis dah cuti. Kena kerja kuat-kuat pulak lepas ni. Heh.

Semalam kan..Aidi tidur lewat betul. Pukul 1 pagi pun dia seboooookkkkk la nak main-main dengan toys dia lagi. Aku umpan susu, tak jalan. Aku peluk-peluk tepuk-tepuk bontot pun tak jalan. Sudahlah semalam bulan mengambang penuh. Terang betul malam semalam. Cahaya bulan menyinar-nyinar sampai masuk dalam rumah. Aku ingat lampu jalan, rupanya cahaya bulan. Pastu mula terpikir yang orang kata kalau bulan mengambang vampire selalu keluar. Huhuhu...seram!


Eh, tiga pat hari ni ada kecoh jugak kat fesbuk tentang sorang blogger yang mengata profesion guru. Ada baca tak? Kalau belum baca, boleh klik SINI.

Bila aku baca, aku tak tau nak bagi reaksi apa.

Nak marah ke..

Nak kesian ke..

Nak bolayan ke...

Ya, aku seorang cikgu. Sebelum aku jadi cikgu, aku pernah kerja auditor kat sebuah audit firm. Bila aku dah jadi cikgu, ya..memang aku mengaku aku lebih seronok jadi cikgu. Dan aku rasa bertuah dapat jadi cikgu.

Aku sebenarnya setuju bila "engineer Yana" tu cakap UNTUNGNYA JADI CIKGU.

Memang untung.

Tapi bukan senang.

DAN AKU PERCAYA MANA-MANA KERJA PUN ADA SUSAH SENANGNYA JUGAK.

Aku tengok mak aku yang kerja penolong akauantan tu...hujung bulan je mesti serabut, bizi-bizi memanjang nak setel hal gaji orang.

Aku tengok abah aku yang sekarang kerja videografer tu pun lagilah serabut. Badan sampai dah sekeping. Silap-silap kamera tu berat lagi dari berat abah. Haha.

Tengok mak mentua yang kerja kilang aiskrim je pun aku rasa macam kesian sangat. Nampak macam senang je buat aiskrim. Tapi cer kau duduk kat line dia tengok. Beku tak beku bontot kau dikelilingi aiskrim.haha.

Pendek kata, kerja apapun yang kita pegang sekarang, buatlah sehabis baik. Gaji kita banyak ke sikit ke, bersyukurlah. Kerja kau senang ke susah ke berat ke ringan ke...bersabarlah. Itulah punca rezeki kita.

Dari dok kalut-kalut mengira kerja orang ni untung, kerja orang ni best, kerja orang tu tak ikhlas kebenda..baik kita betulkan kerja kita dulu.

Ye tak?

=)

Jadi sekarang aku dah mula rindukan Aidi. *tentiba.ahaks*

Aku rindukan Aidi masa dia baby-baby dulu. Eh sekarang pun baby lagi. Tapi aku rindu masa Aidi di awal 3 bulan pertama.


Sooooo baby.




Bau pun wangi jek. Sekarang masam lebih. Haha.




Ololololo.....pipi bulat.

Ini kalau bukan anak aku pun aku mesti geram nak cubit-cubit. Tapi dah Aidi anak aku, memang confirm la aku boleh cubit. Hehe.


Dulu masa awal-awal Aidi gelap sikit kulitnya. Kadang-kadang cerah, kadang gelap. Macam siang dan malam. Hehe.

Sekarang ni kulit dia takdelah cerah mana. Tapi kira cerahlah banding kulit mak pak dia ni.






Sampai ada orang kalau nampak Aidi, mesti pandang aku atau incik suami. Pastu pandang Aidi balik. Pastu pandang kami balik
.

Pastu keluarkan dialog gini..


"ikut kulit siapalah Aidi ni yek?"


Ye..aku paham aku hitam.


Bai!



4 comments:

  1. bau baby mmg sedap time dia buat aksi comel...tp kalau smp pukul 2,3 pagi tak mo tido buat mak dia rasa dia masam je

    ReplyDelete
  2. wanie dh baca entry pasal cikgu 2..
    pada wanie, jgn bercakap kalau tidak menjadi seorang guru.. semua org boleh mengajar tp bukan semua org boleh mendidik....

    btw, entry 2 sebenar dorang jeles sbb x leh nak jadi guru.. klu di beri sehari jadi guru di sekolah, boleh bertahan x?? hahahah

    ReplyDelete
  3. anak aku mase lahir putih melepak..lepas 3-4 hari jadi gelap..!! tapi lepas 2 bulan kulit die makin lame makin putih..aku sampai sekarang pelik..macamane ley jadi macam tu..

    ReplyDelete