Sunday, November 25, 2012

Teringat Boipren Lama.


Aku ni tentiba rindu kat boipren lamaaaaaaa.

Ekekeke.

Ni kalau incik suami baca statement ni mau 3 kali malam jumaat dia tido luar. Miahaha!

Tapi betul, aku teringat kat boipren lama. Tapi ni bukan kategori boipren ilebiu yulevme tu tau. Ni memang betul-betul boipren a.k.a kawan lelaki atau nak rock lagi, member lelaki. Boipren jugak kan? Haha.

Manalah beliau ni sekarang.

Nombor fon memang lama dah hilang sebab aku asik tukar-tukar fon.

Facebook dia memang dari awal dia create tak pernah je aktif. Dia buat facebook untuk apa entah, add aku, add 3 4 orang member lain pastu senyap. Tak paham.

YM pun dah mcm tak bernyawa. Eh, ada lagi ke orang main YM lagi skrg ni?? Hahaha.

Harapan yang tinggal cuma emel jek. Emel dia je yang aku masih hafal. Wahhh hafal ko!! Jangan tanya kenapa aku hafal. Keh keh keh.


Dia ni member masa aku study kat UiTM segamat dulu. Satu batch, satu course, and mostly subjek kami satu class. Aku jumpa dia masa part 4, tapi sempat sama-sama  1 sem je sebab dia pindah ke UiTM dungun. Homesick katanya. Coi sangat kan, nama je lelaki tapi homesicks.

Even 1 sem sempat sama-sama, tapi banyak jugak kenangan.

Sampai ada yang suspek kitorang ni bercintaaa kekdahnya.

Eh no no no ye.

Perhubungan kami suci murni tau. Hahahah!

Memang dia suka habiskan masa dengan aku.

Nak study kat library ajak aku. Padahal menyembang. 3 jam kat library muka surat buku dok tang tu jugak. Heh.

Nak makan KFC kat bandar pun nak ajak aku.

Nak balik KL pun nak balik saing aku.

Nak masak sardin pun nak sms aku tanya resepi.

Nak basuh baju guna sabun basuh jenama apa pun nak mintak pendapat aku. Keh keh keh.

Banyak lagi kenangan.

Nak gelak kalau ingat balik.

Memang lawak member sorang ni.

Sebab tu aku tak pernah lupa dia. Aku tak tau dia ingat aku ke tidak lagi.

Lepas habis semester 4 tu memang dia pindah terus ke Dungun. Aku ingat aku takkan jumpa dia dah. Rupanya boleh jumpa lagi. Jumpa kat mana kau tau??


Dalam bas Rapid KL.


On the way nak balik kerja. Rupanya selama ni kami pergi balik kerja naik bas nombor yang sama. Cuma hari tu nak jadi cerita kitorang ter naik bas yang sama.

Since that..mulalah ada aktiviti "dating" after keje Aku tunggu bas kat KLCC, dia tunggu bas kat Ampang Park. Kalau nak jumpa, sanggup lah dia berjalan kaki ke KLCC jumpa aku.. Agagagaga.

Tapi takdelah selalu. 2 3 kali jek. Dah dia ajak makan lah apa lah..teman je lah. Masa ni aku dah in relationship dengan incik suami, so nak keluar dengan member ni haruslah aku inform kekasih hati aku yang sorang tu dulu kaaannn. Mujur cinta hati aku tu open minded, bukan jenis cemburu-buru punya. Dia on je bagi aku keluar, janji pandai jaga diri.

Lepas tu bila dia dah beli kereta, takde dah lah dia nak naik bas kan? Rumah pun dah pindah ke lain. So aku  takdelah kerap jumpa dah.

Sampailah time aku nak bertunang.

Kau tau veil yang aku pakai masa bertunang tu dia yang belikan???





Sungguh-sungguh dia kata nak carikan veil untuk aku. Aku pulak beria lah kata tak payah. So untuk bagi aku selesa, dia cakaplah dia sewakan veil tu. Sewakan hapa nya sebab aku rasa macam dia tak amik je duit sewa tu.


Tapi bila aku kawen, dia kata dia tak dapat datang. Kena kerja katanya. Sedihlah jugak member baik tak dapat datang. Bertunang kemain lagi siap carikan veil, bila aku kawen dia tak dapat datang pulak.


Lepas tu memang takde jumpa dah. Ada sekali sekala dia sms tanya khabar. Aku suspek dia ada baca blog aku sebab dia tau bila aku mengandung. Ada pulak dia mesej aku kat fesbuk. Ingatkan mati dah fesbuk dia tu. Huhu..


Itu last aku borak dengan dia.


Sampai sekarang, langsung tak dengar cerita dah.

Dah kawen agaknya.

Entah-entah dia pun ada baby sorang dah. Aku je yang tak tau.


Rindulah.

Dia memang kawan lelaki yang baik.

Yang memang tak pernah amik kesempatan.

Yang tak pasal-pasal nak cakap sayang sayang ke nak jiwang-jiwang ke. Tak pernah.

Sebab tu aku selesa dengan dia.




Tapi mana ye dia sekarang??

















p/s: Dia adalah lelaki pertama yang tido kat rumah aku. Sorry incik suami. Masa tu u belum muncul lagi dalam hidup i. Hehehehe.





4 comments:

  1. saya juga ada kawan lelaki yang rapat sangat. tapi, bila dia saya masuk u, perlahan-lahan kami menjauh. sehingga sekarang. sedih. T_T

    ReplyDelete
  2. So sweet....
    Harap-harap dengan entry ini,yongnana dapat jumpa balik boypren lama tuh..

    Tak salah ada kawan baik lelaki ini...selagi kita menjaga tingkah laku...

    Kekadang kawan baik lelaki lagi senang nak mintak pertolongan kan...? Tanpa banyak alasan untuk memberi pertolongan....

    Saya pun ada kawan baik lelaki...dari belajar dulu...1st sem until last sem... kemana-mana pun bersama...study sama, makan bersama, outing pun bersama-sama...Walaupun ada juga kawan-kawan lain.... sebagai peneman...

    Kekadang kalau ada assignment perlu bergroup...kami mesti akan 1 group..

    Yang bestnya... Boyfrend saya dah jadi suami sekarang...Syukur Al-Hamdulillah.. :-)

    ReplyDelete
  3. tempat keje dia? tau tak dia keje company apa? pastu call je.. minta sambung ke dia
    cuba..cuba..
    kawan2 lain? tak try tanya..

    kalau ada kawan laki yg ebst mcm ni, mmg sayang kalau lost contact

    ReplyDelete
  4. hahahaha aku macam dah agak siapa. punya lah aku dok pikir kt fb status ko sape gerangannyer. aku expect perempuan *kot aku ke* rupannyerrr... hahahaha...

    tapi xsangka lah ko serapat mcm ni skali. biasalah dulu2 ramai je suka saing2 balik kl dr segamat ni kan.

    Waaa tetiba rindu masakan mama ko. hehehe

    hope dpt ketemu balik dgn kwn baik ko ni. hehe

    ReplyDelete