Sunday, December 30, 2012

Cerita Balik Semenanjung : Baby Glam???



Semua dah baca dah entri Birthday Aidi Episod 2??

Kalau dah, aku nak sambung cerita lagi ni. Kalau belum, pi baca dulu. Keh keh keh. Cikgu sangatkan aku, macam nak arah arah anak murid baca buku. Hiuhiuhiu.

Aku stay lama jugak kat rumah mentua. Dari 10hb sampai 15hb. Nanti 15hb tu famili aku datang amik aku kat umah mentua. Kami nak pergi berfamili day!!!!

Yiiihaaaa!!

Famili belah mak aku a.k.a Famili 1881 ni memang ada tradisi untuk organised family day setiap 2 tahun. 2 tahun lepas, kami pergi famili day ke Bandung, tapi aku tak ikut sebab aku baru je pindah Labuan. Incik suami pulak tak cuti jadi aku tak dapat join. Sedih amat rasanya.

So tahun 2012 ni memang takkan kulepaskanlah. Biarlah incik suami tak dapat cuti lagi pun, aku tetap nak join. Bawak Aidi pun dah best dah. Hehe.

Kami ke mana??

Kami ke Flamingo Hotel By The Sea, Pulau Pinang.

Best!!!


Aidi on the way ke Penang. Muka ketat sebab jalan jem. Heh.


Sampai-sampai je Penang, lepas check in semua..pakcik makcik dah riuh-riuh ngajak pegi berkelah. Makan doghoyan uolsss!!

Suka sangat Mak Jemah bila ada aktiviti dengan durian ni. Heh.

Kami pi lepak Batu Feringghi.



Aidi yang sentiasa mesra dengan siapa saja. Senang mama nak santap. Huhu.


Hari mula renyai-renyai. Jadi marilah kita berteduh.


1st day sampai memang takde banyak sangat aktiviti. Tambah pulak petang tu hujan lebat selebat lebatnya. Jadi aktivitinya dalam bilik je lah. Malanglah aku incik suami takde. Kalau taakkkk..hahahaha!


Esoknya baru best. Ada banyak aktiviti.

Awal pagi lepas breakfast kami ada telematch.

Weeehooo!! 

Ini paling best sekali bila berfamili day. Aku dapat kumpulan biru. Nama kumpulan adalah HARU BIRU. Wakakaka!! Satu kumpulan dengan Mama Akid. Nasiblah dapat geng dengan ibu baru, banyak games beliau tak dapat join sebab Akid jeles. Asik hok hek panggil mamanya jek. Haha.


senamrobik dulu uolss. Kalau pandai carilah aku mana satu. Yang pasti palingggggg depan. Teruja kau!


Aidi macam biasalah.

Letak je lah dengan siapa-siapa pun. Dia cool jek. Tapi banyaknya Pah Ma dialah menjaga si kecik ni sepanjang telematch. Sampai tertidur-tidur atas riba Pah Ma letihnya dia bersorak untuk mama. Haha.


Main pantai. Kena kawal ketat budak ni sebab dia suka nau makan pasir pantai. Huhu



Ewaahhhh.. Big boy sangat kamu dalam gambar ni Aidi. Macam budak tadika dah ha.


Menunjuk apa je lah tu.


Ini takde apa lagi ni..telematch jek. Tunggulah malam sikit baru HA-PENING!!



Yeahhhhh!!!

Glam Nite yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.

Glam Nite kata ko!! Jadi pakaian haruslah glamer gitu. Masalahnya ku dok sibuk-sibuk nak glam kan Aidi sampai diri sendiri lupa nak glamer. Haha.

Siapa yang tau, tau lah kot sejak beberapa minggu lepas aku kecoh dok jahit sequine kat baju Aidi. Eh baju Aidi untuk Glam Nite ni pun dah beli sejak Aidi 10 bulan kalau tak salah. Bila sampai time nak pakai dah jadi sendat sikit dah. Haha.


Sayangnya takde pulak gambar close up Aidi yang cun.

Yang ada cuma ini.





Tu diaaaa....bukan setakat baju je bling bling. Rambut pun aku kilatkan. Gigih tau pusing tesco Penang mencari benda alah kilat-kilat tu. Minyak rambut pun beli baru. Miahaha.



lantakkan aje Aidi nak meniarap ke nak tertonggeng ke apa dalam hall tu.



Aiihhhhh..sempat pulak kau ngorat Neelofa tu ye Aidi. Eh memang baby gebus tu namanya Neelofa tau. Bukan rekaan. Sepupu aku, so otomatik jadi mak sedara Aidi. Haha.



Haa amek kau!! Mak Jemah dah bersimpuh atas lantai tu tandanya Aidi dah mula start enjin la tu. Hahaha.


Best ohh Glam Nite ni.

Semua pun pakai glam-glam, cun-cun, hensem-hensem.

Sorang-sorang dah macam retis. Yang macam orang nak pergi meeting pun ada. Hahaha. Memang HA-PENING lah.

Standardlah dinner, mesti ada acara karaoke, tukar-tukar hadiah, lucky draw etc.

Ada jugak Anugerah khas untuk Miss Glam, Mr Glam, dan Baby Glam. Ceaaa!! Pemenang dipilih melalui undian. Haruslah aku undi anak sendiri kan? Nak undi diri sendiri macam tak layak pulak rasa. Hahaha.

Dah ternyata majoriti pilih AIDI SEBAGAI BABY GLAM!!!

Yeayyy!!!

Tak sesia penat lelah mama Aidi oiii. =)


Aidi bersama Mr Glam dan Miss Glam. Pasanagan suami isteri yang memang glamor. Retis 1881 ni. Haha.


Dah hujung-hujung majlis tu barulah ada masa untuk buat sikit sambutan besday Aidi Episod 3.

Kali ni kita sambut sekali dengan besday cousin Aidi, Shaqil. Shaqil will turns 2 pada 16 Januari ni. Glam Nite tu kita buat 16 December. So kira aci lah sambut sebulan awal. =)


Kek Besday. Ku tempah dari LINA SARIFF


Choclate Indulgence. Sedap jugak kek ni. Tapi honestly aku suka lagi kek besday Episod 2. =)


Eh tak habis lagi tau cerita ni.

Esoknya sebelum check out, sempatlah aku terjun swimming pool dengan Aidi. 




Ewaaahhh..macam jurulatih renang tak aku dari belakang?? Haha.

Kat hotel ni jenis kena pakai proper swimming attire untuk mandi kolam. Aku manalah ada swimming attire ni. Mujur mak aku yang gojes tu ada muslimah swimming suit ni. Dia bagi pinjam. Itu yang korang tengok aku macam cikgu berenang tu. Padahaaalllll...cikgu berendam bolehlah. Haha




Sudahlah tu Aidi..moh kita naik. Sejuk dah ni.


Ingatkan lepas check out, masing-masing nak balik destinasi masing-masing dah. Rupanyaaaaaaa...

Nak pergi Pulau Aman pulak.

Aku ni sumpah tak tau Pulau Aman tu letaknya kat mana. Dengar nama Pulau Aman pun aku tak pernah. Depa kata nak pegi makan Mee Udang kat sana.

Ha moh ler kita.

Siap kena naik speed boat bagai. Adveture nau nak makan Mee Udang yang satu ni. Hiuhiuhiu.



Mak Jemah muka ala sinyum sebab dapat makan. Makaaaan je kau ingat. Manalah badan tak badak!


Not bad lah makan kat sini. Kalau kau memang peminat fanatik udang dan ketam memang kau akan rasa syurga sangatlah makan kat Pulau Aman ni.

Memandangkan aku memang TAK MAKAN UDANG DAN KETAM, maka aku order nasik goreng udang, udang tolak bagi kat mak, pastu aku order side dish...TELUR MATA SATU!! Hahaha!


Janji kenyang.

Sebab lepas ni nak terus zaassss balik KL. 

Maka tamatlah cerita Famili Day 1881 edisi 2012.

Dengar khabarnya...famili day 2014 nanti depa nak buat kat Labuan. Yelaaahhhhh..asik tak cukup korum jek. Ada sorang famili member ni memanjang payah nak cuti. Jadi elok kita buat kat Labuan je lah senang.

Jumpa lagi famili day 1881 di Labuan!!!

Insya Allah.


Penutup entri.

Tataplah muka budak yang letih berjalan.





2 comments: