Tuesday, January 15, 2013

Rumahku...alahaiiiii


 Aidi tido dari pukul 6.30 petang sampai 6.15 pagi tadi. Fuh fuh fuh, kemain lama lagi dia mengeroh. Dengan tak tukar pampersnya, dengan tak minum susunya, boleh dia layan tido sampai ke pagi. Gamaknya hujan sepanjang malam buat dia lena sangat tido. Sejuk dingin la katakan. Hehe.

Aidi sekarang kan, dia punya ruang bermain dia bukan setakat dalam bilik dia je. Ya, dulu aku kalut buat playroom merangkap bilik tido untuk dia. Konon taknak dia kecah-kecah hall. Tapi sejak sejak dia dah big boy ni, dah reti nak nengok Agent Oso, nak nengok Mickey Mouse Clubhouse, nak nengok Upin Ipin bagai...jadi aku macam kasihan. Kasihan pulak bila tengok dia dok sebok main-main dalam bilik, sekali terdengar lagu "Three Special Steps" dari citer Agent Oso, terus berlari keluar nak dengar lagu. Jap lagi dia masuk balik bilik untuk main, pastu jap lagi dia keluar balik nak tengok TV. Aku pun letih tengok dia ulang alik. Jadi marilah mama buat sesuatu untuk Aidi. Heh


Sediakan sudut bermain di hall pulak.







Bagilah Aidi satu sudut ceruk untuk dia main. Bawak keluar mainan yang perlu sahaja. Yang lain masih lagi dalam playroom dia.




Jadi sambil dia tengok TV, dia masih boleh bermain. Alah, baby....mana boleh dipidahkan dari bermain dengan toys ye tak? Biarkan je lah dia main kat situ. . 

Bila dah ada ruang bermain kat hall, memang rumah huru hara sikit lah. Kadang toys dia masuk bawah kabinet, kadang dia sorok toys belakang sofa, kadang dia sorok bawah meja makan, sukati Aidi lah dia nak "simpan" mana toys dia. Jadi, keje aku dengan incik suami la ngutip mainan-mainan dia setiap kali sebelum masuk tido and simpan balik dalam bekas toys dia. Nak kesah sangat rumah bersepah pun buat apa, kalau taknak rumah bersepah sangat..jangan buat anak. Haha



suasana rumah bila semua dah ready nak masuk tido. Mana ada bersepah kan? Haha.


Aku sebenarnya berangan nak decorate rumah aku ni. Walaupun rumah kecik je, sewa pulak tu, tapi nak lah jugak hias sikit-sikit. Dinding rumah aku ni kosong sangat. Jam dinding pun takde. Dulu ada, tapi dah rosak. Jadi malas nak gantung jam dah. Apatah lagi frame gambar ke frame ayat-ayat suci ke, semua takde. Kadang rasa macam rumah bujang jek padahal anak dah nak masuk 2. Eh? Hahaha.

Tengoklah nanti. Pelan-pelan lah hias rumah.

Maybe aku boleh start dengan hias dinding rumah dulu.

Nak cuci gambar, framekan, and gantung di "wall of frame". Gituuuu.

Maybe boleh buat kelainan sikit. Asyik gantung gambar je boring jugak. Cer kita try buat gini...



frame kan baby's 1st shoes. Credit google.

atau


frame kan baby's 1st cloth. Credit google.


Aku suka sangat idea ni.

Tengok je la nanti..berjaya ke tidak aku apply idea ni. 

Heh.

Tata.



8 comments:

  1. salam,

    kat mane awk beli float yg mcm dlm gmbar tu.. puas la kite cari tp tak jumpe2 pun.. hope awk leh share eh... thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat littlewhiz.com tu. Lama dah belinya. Cubalah cari kat website littlewhiz tu, tak tau ada lagi ke tak. Tapi aritu pernah nampak benda tu kat Jusco ke Tesco ntah..x sure pulak mana satu. Tapi harganya mahal sikit banding dengan kat Littlewhiz tu.

      Delete
    2. aduhai dh cari kt littlewhiz tp x jumpe la.. huhuhu... awk igt x ape name bende tu??? heheh..

      thanks ye share info...

      Delete
    3. klik sini elin

      http://www.littlewhiz.com/pd_intex_softsides.cfm

      Delete
  2. eh yong lawa pulak menan aidi yang bulat kaler hijau, kuning, biru tu. mana beli?
    cer habaq mai sat. nak jugak ku miliki satu untuk anak-anak main dlm umah. penah ah nak usung bawak p playground sokmo..kihkihkih!
    nanti yong email dekat cha boleh mana bli tu?
    puanatasha@gmail.com
    tq yong!

    ReplyDelete
  3. best kan klu leh wat deco2.. hehe.. selamat mendeco..

    ReplyDelete
  4. baby first shoes tu mmg rin nak buat jugak nanti..hehe samalah kite, dh lama terfikir, dulu masa bujang berangan nk beli kabinet nak letak semua kasut anak2, tapi bile dh kawin ni, buat nyemak rumah je, tu pasal ingat nak frame sepasang kasut aish n adik2 dia nanti ;p

    ReplyDelete