Monday, February 4, 2013

Karangan di hari Senin


Assalamualaikum

Hai.

Mood berbelog memang ke laut sikit sekarang. Tak tahu kenapa. Macamlah banyak sangat kerja kan? Haha. So hari ni aku cuba jugaklah buat satu karangan untuk uolss. Hehe.

Eh nak tau tak, dua hari lepas kan, tengah syok-syok main dengan Aidi tentiba aku perasan baju aku tang dada basah.

Apakah??

Bila aku siasat rupanya itu adalah susu badan!!

Hamagad!!

Aku masih ada susu badan lagi ke setelah hampir setahun Aidi stop breastfeed. Rasa panik kejap. Tapi susu yang keluar tu takdelah banyak. Kalau aku buat marmet dia keluar lah titis-titis. Tapi cukup buat aku....buat aku apa eh? Tak tahu nak kata apa perasaan. Terharu ke happy ke sedih ke apa ke. Berkecamuk gitu. Haha. Dua tiga hari jugaklah jadi gitu. Bila aku marmet je akan keluar susu. Tapi Cik B belah kiri je jadi gini, belah kanan takde pulak. Adalah jugak sua cik B kat Aidi kot-kot dia nak minum, tapi dia buat bodo je. Haha. Jadi kalau ada susu yang keluar aku calit guna jari bersih then aku bagi Aidi hisap jari. Ala-ala macam style Aidi 1st time menyusu dulu lah. Hehe.


Okey masuk cerita kedua.


Aku dan incik suami sudah sepakat membawa berkat mahu ke Langkawi hujung tahun ni. Insyaallah 6hb hingga 9hb December 2013.



Nak cakap yang aku adalah teruja nak pergi holiday sebab aku dah mula survey segala mak nenek hotel, kereta sewa, tiket flight, tempat makan best, tempat nak jenjalan bagai semua. Hover kan? Nak pergi 10 bulan lagi tu. Kalau pregnant pun sempat baby keluar dulu ni. Haha. Tak kisahlah, yang penting kali ni aku nak plan betul-betul. Nak berjalan bukan pakai duit sikit-sikit. So adalah lebih baik kita pla sebijak mungkin supaya duit tak terbang tak tentu hala.


3 tahun lepas pergi Langkwi berdua. Honeymoon kekdahnya.





Kali ni pergi dah bertiga.

Aidi pun by that time dah boleh berlari and maybe dah petah bercakap.

Jadi rasanya percutian famili akan lebih bermakna gitu.


Mau hati aku senyum je pikirkan nak pergi holiday hujung tahun nanti.


Senyum macam ni....




Macam spek aku yang telah dipatahkan oleh budak di bawah ini.




Aidi...anak kesayangan.

Heh.

6 comments:

  1. Bila da ber3 hidup terasa sgt bermakna =)

    ReplyDelete
  2. wah boleh lah jmpe kat sane.. sy pon g lngkwi tarikh tu! beli tiket AA mse sale aritu hehehe

    p/s : anak kite sebaya, lahir bln 12 jugek.. =D

    ~ nurul

    ReplyDelete
  3. wah....jenjalan langkawi pulak..bestnyer =)

    ReplyDelete
  4. wah plan ke langkawi ke bestnya rendu langkawi last pegi 4,5 tahun lepas :(

    ReplyDelete
  5. wahhhhh, ada orang tu nak holiday la... syoknyaaaaaa...

    ReplyDelete