Wednesday, February 13, 2013

Ohmai ohmai ohmai gad!!


Ni cerita lama ni. Cerita Jumaat minggu lepas. Baru nak stori. Tapi kalau kat facebook aku dah kepoh dah. Kat blog je belum. Haha.

Hari Jumaat tu, incik suami off day. So dia ada kat rumah. Aku ni kalau suami ada kat rumah mulalah tak sabar-sabar nak balik dari sekolah, tak nyempat-nyempat gitu. Padahal nanti bila sampai rumah bercekau jugak dengan incik suami. Bahahaha.

Aku ni baru berangan nak ajak incik suami keluar ke bandar petang Jumaat tu. Nak cari baju Aidi. Kan hari tu aku ada cerita beli baju Aidi sebab baju dia banyak dah sendat kan? Ha..kejadian beli baju tu berlaku hari Sabtu. Kalau ikutkan hari Jumaat lagi aku nak keluar shopping dah, tapi terbantut sebab.....

INCIK SUAMI REFUSED UNTUK KELUAR.

Okey pasrah.

Aku malas nak gaduh. So pasrah sambil tengok TV je lah.

Tentiba...aku tengok incik suami bersiap-siap pakai hensem hensem.

Nak ke mana pulak pakcik ni? Tadi kata takmau keluar.

NAK JUMPA MEMBER KATANYAAAA........

Aihhhhh....ni memang saja nak bakar line ni. Aku ajak keluar otomatik lidah tu kata tak nak. Kawan ajak keluar kemain pantas dia bersiap.

terbako hati teman.

Sementara dia nak siap tu macam-macam lah ayat memujuk dia bagi.

Janji esok nak bawak keluar lah.

Suruh aku tido berehatlah, nanti bila aku bangun tido mesti aku happy. Apakah??

Paling tak tahan siap cakap...." abang keluar kejaaapppp je. Nanti abang balik mesti ayang seronok."

Malas aku nak layan. Aku memang merajuk time tu. Kalau boleh nak guling-guling hentak kaki tanda protes. Bahahaha.


Sejam.

Dua jam.

Tiga jam.

Baru dia balik.

Dari luar pintu dah dengar suara...

"Ayanggggggg...abang dah balik!!"


Tentiba dia hulur sebungkus paperbag kat aku.


" Ini hadiah untuk sayang"

Katanyaaa....

Dalam hati..."huh, ni mesti coklat cadbury je ni. Nak pujuk aku lettew"


Sombong pulak aku kan. Laki dah belikan "coklat cadbury" tu amik je lah dengan senyuman semanis coklat. Ini nak buat muka kicap pulak.

Aku duduk...nak bukak "coklat cadbury".

Sekali yang aku nampak adalah sebuah bungkusan dibalut cantik. Dalam kotak. 


"Apa ni bang??"


"Bukaklah dulu....tapi kalau nak bukak mesti kena cium pipi dulu."

Hamboboi.....siap ada syarat pulak ye. Bahahaha. Masa ni hati dah berbunga-bunga dah ni. Hilang habis muka kicap, terus ku bagi muka gula pasir cap prai. Manis gitu. Haha.


Hati ni berdebor-debor je bukak pembalut hadiah tu. Macam nak bukak hadiah kawen je debornya. Haha.


Bila dah bukak....


Hamai hamai hamaigad!!!!




Its a watch!!!


Ohh pengsan!!

Haha. Tipu.

Tapi aku memang freeze kejap kat situ.

Suami hadiahkan jam tangan?? ESPRIT??

Ohmai!!

Memang kejutan. Ini betul-betul kejutan. Sebelum ni aku selalu komplen komplen "abang ni tak pandai buat surprise la apa la", ha ni hamik kau. Mau luruh jantung.






Bila aku tanya kenapa tiba-tiba dia nak hadiahkan jam ni? *ek eleh..dah orang bagi tu kebas je lerrr*.

Incik suami cuma senyum je. Dia kata..takde sebab apa-apa. Saja je nak hadiahkan untuk isteri terchenta....haha.


Sebetulnya.....waktu ni, aku MEMANG TAKDE JAM TANGAN.

Jam tangan yang aku selalu pakai tu dah kiok. Baru lagi tukar bateri, tapi tetap kiok. So aku anggap jam tu dah sampai ajalnya. Lebih 10 tahun aku pakai jam tu. Sekarang layak simpan dalam kotak harta karun je. Heh.

Jam tangan yang mak hadiahkan masa besday last year pulak tertinggal kat Ampang. Itu pun surprise jugak tu. Haha.

Ada satu lagi jam spare. Tapi ketat. Maklumlah tangan Jemah kan gajah. Tapi sebabkan jam pertama tu dah kiok, so nak tak nak aku gigih jugak pakai jam ketat tu. Sampai merah-merah gelangan tangan aku.

Gamaknya...incik suami perasan kot.

Tu dia hadiahkan jam.


Thanks abang!!


Hari esoknya, Sabtu..kami keluar jenjalan beli baju Aidi. Sempat aku masuk kedai jam yang incik suami beli hadiah aku tu. Nak siasat harga kononnya. Haha.


Terkedu sekali lagi bila tau harganya adalah sama dengan 50% daripada jumlah bonus incik suami hari tu.


Ada diskaun 10%.


=)





6 comments:

  1. heheehe..best kann dapat seprise dari suami sekali sekala....
    lepas kita sindir2 die baru die nak bg ek...

    ReplyDelete
  2. Heheh...lawak ar ko ni yong...:-) sonot eh laki buat sepelais...laki aku tak reti semua ni....puas bg hint dah...nak buat acaner...kene terus terang jer gamak nyer...huhu

    ReplyDelete
  3. hehehe..sama la dgn lin aty..cakap kene luruss..tuh pun kdg2 tak dpt juga..yong bergaya la dgn jam baru..huhuh...

    ReplyDelete
  4. besnya...sekbek xpengsan mama aidi dpt seperise....hehe

    ReplyDelete