Tuesday, March 12, 2013

Aidi Takde


Aku dah kat Labuan sekarang.

Alhamdulillah selamat mendarat malam tadi. Separuh hati senang sebab dapat ketemu semula chenta hati yang sebelum ni kena bertugas 24 jam no stop. Rinduuuuu katanya. Haha.

Tapi separuh hati lagi....RINDUUUUU KAT AIDI.

Aidi tertinggal kat KL uols. Haha. Tertinggal la sangat kan. Aku terpaksa tinggalkan Aidi kat Ampang sebab kalau dia ikut balik sini pun takde siapa boleh jaga dia. Mak Long Aidi kan sama-sama balik semenanjung hari tu, depa tak balik Labuan lagi. Cuti sekolah nanti baru depa balik. Jadi siapa nak jaga Aidi?? Better tinggalkan sekejap dia kat sana. Cuti sekolah nanti memang aku nak balik KL lagi, Aunty Nini Aidi nak bertunang. =)


Jadi siapa jaga Aidi kat sana??

Aunty Nini lah.

Kata nak bertunang dah kan, tak lama lagi nak kawen, jadi kena blajar-blajar lah jaga baby. Ngeeeee.

Mujur Aidi jenis baby yang mahu kat siapa saja. Dia tak kisah sangat. Mama dengan abah takde depan mata pun dia no hal. Yang penting toys ada. Haha.


Ini gambar Aidi....tak sampai sejam lepas aku gerak ke airport. Tak sampai airport lagi pun ni. Dia dah "hadiahkan" Aunty Nini dia pampers yang penuh harumi. Siap melimpah-limpah keluar katanya. Huhu.


pakai baju dulu oi. Sebok nau nak naik kereta bogel bogel.


Lepas mandi..tukar baju, sepahkan toys, panjat meja untuk tengok TV dengan lebih tenteram. Haha.


Bila dah sampai Labuan, aku ada  lah call Nini, mintak laporan berita tentang Aidi.

Berita melaporkan..

Aidi baik-baik saja.

Dia tak merap.

Dia tak nangis.

Dia masih mampu makan nasik lauk sup tulang dengan seleranya.

Dia masih dengan hobi suka tengok TV.

DIA TAK CARI PUN MAMA DIA. wuwuwuwuuwuw...

TAPI.........

Kejap-kejap dia akan masuk bilik, panjat katil, golel-golek atas tu. Amik bau mama katanyaaa.

Yang mama dengan abah kat Labuan ni??

Dah macam pengantin baru. Bahahahah!!

Sunyi lah rumah...takde suara mak jemah Aidi tu.

Miss you like crazy Aidi!!

6 comments:

  1. nasib baik dia xnangis cari mamanya,bagus aidi,independent katanya kan,baru gentleman...hehe..;)

    ReplyDelete
  2. alahai yong. part amik bau tu mcm sebak je tau.....

    ReplyDelete
  3. uiiii bertabahlah mama, kang tetiba tertambah adik pulak untuk aidi, cane..hahahaha

    ReplyDelete
  4. alahai sian aidi..die rindu mama tu..tapi segan nak nangis agaknya..hihi

    ReplyDelete
  5. sesekali berdua dgn asben mcm baru kawen la yong..hehhehe

    ReplyDelete
  6. mesti rindu anak sgt2 kan....arghh..anis xleh dok jauh2 ngn airiell...

    ReplyDelete