Wednesday, March 20, 2013

Buat Mereka Yang Suka Mengata


Sejak-sejak krisis Lahad Datu ni, aku sebenarnya sedih.
Mula dengan sedih sebab banyak mulut-mulut yang mengata mencaci anggota keselamatan negara.
Enak mulut nak kata POLIS BODOH
Lancang kata nak laung TENTERA PENGECUT.
Realitinya....mereka lebih penakut.
Hanya berani berperang berkubu belakang skrin.

Hey kamu.
Memang aku bukan pejuang negara.
Memang aku bukan siapa-siapa.
Tapi bila dikeji pekerjaan suami sendiri, hati ini rasa meluap marahnya.

Hey kamu.
Sedang kamu enak-enak menonton TV diulit anak suami isteri,
Kami isteri dan anak pejuang negara hanya mampu ketakutan, kerisauan.
Apalah nasib insan tersayang di sana.
Menadah nyawa

Hey kamu.
Yang selalu mempertikaikan "kenapa anak isteri tentera saja yang diberi cuti? Kami orang awam bagaimana nasibnya?"
Renunglah...dalam keadaan kecemasan, kamu masih ada suami di rumah menjaga.
Suami kami??
Tiada.
Mereka telah keluar bertugas untuk melindungi kamu dan keluarga kamu.
Di rumah, kami tiada siapa-siapa. Yang ada hanya kerisauan.
Jadi salahkan kalau pergerakan kami dihadkan??
Diberikan cuti kecemasan agar lebih terjamin keselamatan

Terkilan hati,
Bila tahu ada yang tak puas hati.
Kami cuti bukan suka-suka hati.
Kami cuti atas arahan Panglima sendiri
Bukan sengaja nak berholiday balik kampung berjoli.

Kalau ikutkan arahan, 10 hari bekerja cuti diberi.
Demi anak murid, kami singkatkan menjadi 4 hari.
Biarlah keselamatan terancam atau apa saja.
Demi tugas, kami pun sanggup berkorban jiwa raga.


Kalau mereka pejuang negara
Kami guru-guru..pejuang anak bangsa.
Anak murid ditinggalkan 4 hari
Anak sendiri ditinggalkan 12 hari.
Tak apalah...
Kami sanggup.


13 comments:

  1. Biasalah manusia hanya pandai bercakap tapi tidak melalui situasi itu sabar ye doakan semoga perwira tanah air selamat di medan perang

    ReplyDelete
  2. yong..bergenang pulak lin membaca n3 yong kali nie..sabar ye yong..kami doakan keselamatan semua pasukan penyelamat baik polis atau tentera..terima kasih yong kerana sanggup berkorban jiwa utk kami

    ReplyDelete
  3. tersentuh baca entri kali ni..bertabahlah. InsyaAllah mereka pulang dengan selamat. Alhamdulillah kita masih di'jaga' baik. Bayangkan kalau pasukan keselamatan ni tiada... Apa jadi pada kita???

    ReplyDelete
  4. Sabar u. Mulut org yg ckp tu mmg mcm apa ntah. Xde otak nk pikir. Pastu nk kata polis ni anjing la apala. Dorg tu wira negara bukan keyboard warrior mcm org yg pandai ckp je. Panas plak hati i. Be strong. Ramai lg yg menyokong tentera dan polis negara

    ReplyDelete
  5. sayu hati baca entry ni dear... semoga mereka anggota keselamatan terus dilindungi Allah hendaknya...

    abaikan kata2 negatif drpd orang tu dear.. mereka tu hanya tau bercakap jer..

    ReplyDelete
  6. BUAT MEREKA YG SUKA MENGATA JE TUH!!

    HOI!! kau dah kenapa tak puas hati pula..? laki mu ke yg dok berkawal siang malam sambil pegang senjata demi negara? laki mu ke yg dok berdiri tegak tgh lautan @ daratan dan hanya mampu tdo 2jam sehari malah ade yg tak tdo 48jam.

    Choy!! kamu ke yg berjaga siang malam sebab tak tdo risaukan suami tgh pertaruhkan nyawa demi negara? kamu kah yg tak tdo siang malam menjaga anak yg sakit demam rindukan BAPAK nya yg tgh bertugas?

    anak kamu kah yg tiap2 hari merengek nk jumpa BAPAKnye sampaikan demam2 dan terpaksa menumpang kasih dgn BAPAK org lain..?

    Kalo kamu tak tergolong dalam kategori di atas sila DIAM dan teruskan buat kerja sendiri. tak payah nk minta cuti bagai atau nk membebel tak tentu arah. adalah lebih baik kamu BERTASBIH kepada ALLAh supaya pahala kamu dilipatkali gandakan.

    sori yong, terEMOSIonal plak. marah betul dgn org yg tak pandai bersyukur neh!!

    ReplyDelete
  7. sedih baca..sabar ye yong..orang yang suke mengata tu memang takde hati perut!!!!
    tak pikir pasal orang lain..
    eeee geram pulak neh!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. sedihla yong...sbr byk2 ye..mlt org nk ngata mang sng!

    ReplyDelete
  9. sabo je la yong... mulut tempayan buleh di plaster..mulut org buleh ditempeleng...(tu kalau dekat) hanya doa dari kami untuk pejuang kita di sana

    ReplyDelete
  10. xpelah kak yong.
    setiap lontaran kata kejian mereka akan menjadi pahala buat org yang sentiasa dirindui di perbatasan sana.
    Semoga dgn pahala2 ini melindungi perajurit2 kita.
    ^_^

    ReplyDelete
  11. yong... mmg betul kata yong, org suka mengata bila bukan diri sendiri yang kena.. cuba diri sendiri yang kena berjaga di pos, angkat senjata.. dlm kepala memikir nasib diri sendiri, anak-anak dan isteri...agak-agaknya dorang nie nak x ganti tempat tentera dan polis yang sedang bertugas nie

    ReplyDelete
  12. bergenang air mata ku yong..saba ye..mulut manusia macam tu la..kalau mulut tempayan boleh jgk kita tutup dgn zink.

    tak rasa sedap mengata..

    ReplyDelete
  13. rasa sebak.. semoga Allah lindungi kamu sekeluarga

    ReplyDelete