Nak cerita pasal berpantang.
Bukan cerita pasal pengalaman pantang Aidi dulu, ni cerita pantang yang coming soon nanti ni.
Aku sebenarnya ni 50 50 je ni. Tak tahu nak bersalin kat mana kali ni. Separuh hati rasa nak balik bersalin kat Ampang macam dulu sebab hospital Ampang memang best lah bagi aku. Tapi separuh hati lagi rasa nak bersalin kat sini sebab nak merasa pengalaman husband sendiri jaga kita dalam pantang pulak.
Ewaaahh..ayat last tu macam romantik kan? Kahkahkah.
Masa berpantang Aidi dulu, okey je takde masalah. Husband ada jugak dalam seminggu, lepas tu dia kena balik Labuan dah. Bila husband takde aku rasa macam patah kaki jugaklah nak uruskan Aidi, nak nak malamm-malam.
Kali ni punya berpantang pun jadi lagi mencabar sebab dah ada 2 orang anak. Siapa nak hadle Aidi, siapa nak handle baby?? Pecah kepala nak pikir. Tu yang tentiba aku rasa nak bersalin kat Labuan je kali ni.
Cikgu-cikgu sekolah yang pernah bersalin kat Labuan ni semua kata okey. Layanan okey, tip top. Bilik okey. Aku pun pernah kena warded hospital sini dulu. Merasa duduk 1st class, memang best. Bilik berdua, ada aircond, ada tv, bilik air besar, nurse cantik. Hahaha.
Pastu siang siang aku boleh hantar Aidi ke rumah Mak Long dia macam biasa. So aku boleh uruskan diri sendiri and baby kat rumah. Petang petang amik lah Aidi semula. Malam baru kita adventure sikit. Heh.
Lagipun kat Labuan ni macam ada privacy sikit. Tak ramai orang datang rumah. So aku boleh berpantang dengan aman damainya. Kalau rumah ampang kang ramaiiii je jiran jiran lah apa lah datang berziarah. Maklumlah mama ramai kawan. Sedara mara pun ramai. Selalu meriah je rumah tu. Tapi pahamlah kan dalam pantang ni kita nak rehat, nak privacy sikit. Ye tak?
Incik suami pun memang dapat cuti isteri bersalin 2 minggu. So 2 minggu pertama dia boleh jaga aku and baby sepenuhnya.
Masak
Sedia air mandi
Mandikan baby
Jaga baby sementara aku bertungku ke apa.
Sama sama berjaga malam.
Dan lain lain
Bagi aku, aku sangat sangat perlukan suami untuk sama-sama masa pantang. Aku dah rasa berpantang suami jauh, memang penat. Nak nak kali ni ada Aidi. Kalau suami jauh, macam manalah aku nak handle dua-dua sekaligus. Nak harap mama and cikyah kat rumah ampang nun, depa pun bukan larat sangat. Setakat tolong masakkan bolehlah. Kesian jugak kalau nak susahkan depa.
Tapi tak tahulah lagi macam mana.
Tengok keadaan dulu.
Kalau nak bersalin sini pun banyak benda nak kena prepare. Aku nak kena print out resepi resepi orang berpantang and bukukan, letak siap siap kat dapur. Senang suami nak masak.
Pastu nak kena beli ini
Tempat mandi baby. Ni gambar ni aku petik dari blog Juaimurah. Preloved la kiranya yang ni, rege RM38. Nak beli sekarang rasa macam awal lagi. Tapi mesti kena beli jugak nanti. Senang suami nak mandikan. Eh itu kalau confirm jadi bersalin sini lah. Heeeeee.
Pastu set set bersalin.
Nak kena beli yang mudah pakai je. Kang yang payah payah kang jenuh pulak cik abang nak handle. Haha.
Aku berkenan dengan set ini.
Set berpantang Trubellai.
Berkenan yang ini gara gara baca review dari Piya kat SINI
Tapi yang set ni pun macam best jugak
Set bersalin Shaklee
Sementelah kali ni aku azam nak breastfeed baby lebih lama banding Aidi dulu, so aku rasa set Shaklee ni maybe boleh bantu.
Dah sudahnya aku tak tahu nak pilih mana.
Ke boleh guna dua-dua serentak?
Boleh ke?
Pening pulak rasa.
Dan kali ni jugak aku nak pantang ketat sikit banding dulu. Sikit je lah. Hahaha.
Nak berbengkung hari-hari. Tapi tamau bengkung ikat ikat dah. Bohong je tu aku nak pakai tiap hari. Nak cari yang strap tu je. Janji boleh pakai 8 jam sehari selama 40 hari.
Dan aku nak cuba turunkan 20 kilo.
Ohoii!!
20 kilo hoi!
Kalau kat Labuan ni insyaallah boleh sebab sini takde mekdi delivery atau pizza hut delivery. Heh.
azam tu yong turun 20kg...caiyok2...doakan untuk yong...boleh??hehe....
ReplyDeleteeh yong, ciknaa punye la gigih cari bengkung strap tu.. tau tak kat mane nk beli? jgn suh beli yg ratus2 sudah ler.. tak mampu daku. dulu cosway de jual yg kaler biru tu, dgr mcm takde dah skrg ni.. adoiii..
ReplyDeleteyonggg...tau tak..sebab entry awak bersalin kat hospital ampang la yg yakinkan saya bersalin kat situ jugak. :D hehe
ReplyDeleteYakin Boleh ! ! saya pun berpantang berdua je ngan hubby..alhamdulillah....OK aje.. :D
ReplyDeleterasanye lebih byk kebaikan bersalin kt labuan kot, suami boleh tolong time pantang, masak org pantang ni senang je, sup, bakar2, sayur rebus2, aidi pun maklong boleh jgkan, lg privacy...haa labuan je la yong
ReplyDeleteBace mcm lebih nk berpntang kat labuan jer..:-) insyaa Allah boleh jer kot aku tengok gaye ko ni..:-)
ReplyDeletekann..kite pas beranak ni mesti nak asik berkepit ngan laki jeee...klu berjauhan ase serba x kena..yerlah kite pas bersalin kan eeling blues skit..hehe..
ReplyDeletebaik berpantang di labuan jer.. bukan apa nk capai target turun 20 kilo... rasanya boleh tercapai sbb xde fast food yang leh delivery dan dalam masa yg sama hanya ite dgn baby jer which mean food in take pun akan berkurangan... bila lapar br makan, klu malas maybe minum kopi cicah biskut jer..., caiyok ..caiyok
ReplyDeleteSronokla kalo suami sanggup nak jaga time pantang siap masak sumer... hehehe... http://wawaarifin.blogspot.com/2013/06/autumn-in-my-heart-autumn-di-hatiku.html
ReplyDelete