Tuesday, July 30, 2013

Abang takmau beli baju raya kite eh?? eh?? nak makan lesung batu ni!


Semalam..aku terbaca petikan berita ni.




Baca tajuk je aku dah ketawa dulu. Kehkehkeh.

Ganas hoi wanita zaman sekarang. Tak dapat baju raya, mendapat lah anak lesung kat kepala kau wahai si suami. Huhu.

Tapi bila pikir pikir balik, kesian pun ada. Takde baju raya lagi..siapa dah sedih kan? Bukak fesbuk, berduyun kengkawan dok up status shopping baju raya. Buka segram, ramai pulak yang up gambor baju raya memasing. Semua tak nak kalah, baju raya semua nak yang bajet retis saja. Manalah kawan ni tak makan hati. Last last kepala suami makan lesung. Huhu.

Aku nak cakap jujur lah, baju raya aku memang aku beli pakai duit sendiri. So far lah. Aku memang bukan bangsa jenis mintak peruntukan husband kalau nak beli sesuatu. Dan aku tak pernah claim balik. Korang nak kata aku vodoh pun kata lah. Tapi itulah aku.

Lagipun, kita nak mengharap suami beli itu ini pun kena tengok jugaklah poket suami ye tak? Dah kalau gaji suami 1/4 dari gaji aku...nak memintak mintak jugak ke??

Agak agak lah kan.

Tapi tapi tapi....ini tak bermakna laki aku tu selamba badak je lepas tangan.

A big no no la macam tu abang.

Dia tak mampu nak belika baju raya rege 200 sepasang, dia belikan aku baju kelawar rege 10 hengget sepasang cukuplah. Tapi iols nak 5 pasang. Baru lima puluh hengget kan? Kehkehkeh.

Dia tak mampu nak belikan hand bag jurulatih rege 6 7 ratus sebijik pun tak pelah, dia belika beg duit cap uptown rege 20 hengget pun iols senyum dah. =)

Tapi kalau bab makan minum, kau jangan buat main. Dia memang jaga makan minum aku sehabis baik. Sampai semalam dia keluarkan statement dia yang satu ni...


" Kalau abang tak jaga ayang, tak sayang, takdelah ayang makin tembun dari hari ke hari."


Kau nak gelak ke nak makan hati hagak-hagak??

Monday, July 29, 2013

Lusa jek lagi


Tengah layan lagu raya ni hoi dalam bilik disiplin. Hahaha.

Isnin dah hari ni. Lusa je lagi..lusa jek. Aihhh tak sabar aihh nak balik raya. Biarlah tahun ni raya rumah mentua dulu pun, aku memang takde kesah sangat. Lagipun kampung mentua dengan kampung aku dekat sesangat. Kat Kuala Kangsar jugak dua-duanya. So takde efek sangat nak sedih sedih bagai.

Incik suami lagilah berdouble happy dia. Hari ni last day dia duty. Dah tu duty 12 jam je pulak tu. Selalu duty 24 jam. Kemain dia nak raya ni. Esok dia dah cuti. Kita suruh dia cuci rumah bersih bersih na sebab aku kena sekolah lagi sampai Rabu.

Baju raya kasut raya segala mak nenek persiapan raya kami 3 beranak kira setel dah lah. Semua ada dah. Aku dengan incik suami ala kadar dah lah. Yang tak terlebih kadar biasalah budak kecik tu je lah

Syukurlah ada jugak rezeki Aidi berbaju raya tahun ni


Eh eh sempat lagi mama tambah koleksi. Haha

Part tambah koleksi tu sebenarnya ada lagi yang aku tambah. Tapi mintak terus hantar ke rumah Ampang. Senang. Tak payah aku nak berangkut angkut penuhkan beg apa semua. Pos ke Ampang je lah senang. Ada sepasang baju denga sepasang kasut lagi. Kemain ko Aidi kasut sampai 2 pasang.

Sebenarnya takdelah nak sakan sangat pun belanja raya tahun ni. Bajet pun ketat kan, kata pun bonus 500 sajorkkk. Hahaha.

Jadi berpada pada lah.

Balik kampung nanti banyak nak pakai duit lagi.

Duit minyak duit tol.

Duit nak hulur kat mak abah buat beli bahan mentah nak masak lagi.

Duit belanja hari hari lagi.

Dan jangan terkejut lah ye orang Kuala Kangsar kalau jumpa aku dok ralit soping lagi kat Arena Square pulak. 

Hahaha.

Ok lah..bye.

Friday, July 26, 2013

Misteri bola golf di kepala Aidi


Cer tengok ni.



Apa bendakah itu?

Sebesar bola golf bertepek atas dahi anakanda hamba.

Ohoiii!!

Ni kejadian malam semalam ni. Semalam, incik suami kerja, dia balik lewat. Dekat pukul 8 malam baru dia balik bawak makanan berbuka aku. Iyeeee...pukul 8 malam baru dapat menikmati berbuka. Pukul 6.40 tu azan maghrib aku berbuka koko crunch je maka berdua dengan Aidi. 

Masa makan koko crunch..belum ada bola golf itu.

Husband balik kul 8, bawak nasik briyani. Aku makan lagi dengan Aidi. Pun belum ada lagi bola golf itu.

Lepas makan..lepak lepak bertiga. Pun tak perasan lagi bola golf tu.

Lepas tu Aidi main jam abahnya.Pandai pulak dia nak pakai kat tangan. Ke hulu ke hilir dengan jam. Tiba tiba dengar dia uwaaaaa sikit. Pendek. Sekejap je. Aku jenguk...Oooohhhh jam dia terjatuh atas lantai rupanya. Itu pun nak nanges ke Aidi??

Aku panggil Aidi....

"Aidi...mai sini mama pakaikan jam tu, so tak jatuh lagi"


Pakailah jam..sengih sengih dia melaram dengan jam abah yang besar gedabak tu.

Tiba-tiba incik suami panggil masuk bilik. *Aiiii jangan pikir lain ye walaupun semalam malam jemahat.haha*

Aku masuk bilik..Aidi pun ngekor sama.

Masa ni...aku perasan ada bintat besar macam kena gigit nyamuk tu kat tengkuk Aidi. Tapi besar betul.

Terus bagitau husband, suruh tengok..apa benda tu.

Sekali husband tertengok kat tempat lain. Aku suruh tengok tang tengkuk, dia tengok tang kepala.

Haaaa.....masa ni lah kami nampak bola golf itu.

Ohoiiiii!!!

Apa benda ni??

Aku punya terkejut sampai tekup mulut. Nasib baik tak melompat jek. Haha.

Apa benda ni bang??

Aidi jatuh ke??

Tapi nape tak nanges??

Kena geget apa apa ke??

Aku try tekan lembut kat bengkak tu. Nak tengok dia rasa sakit ke tak...Takde efek pun. Dia diam macam ralit main geget geget si Jamal dia tu. Sama macam dalam gambar tu ha. Sikit pun tak bagi reaksi pelik.

Apa benda tu??

Aku cepat cepat amik mopiko. Sapu kat bola golf, dengan bintat kat tengkuk tu.

Husband kata..ini kena geget agas ni. Agas??? Aku ni agas pun tak kenal. Bandaaarrr sangat kan aku tak kenal agas. Hahaha.

Ramai suggest pergi klinik, tapi si suami tu dah kelam kabut nak pergi masuk kerja balik. Dia balik rumah kejap je untuk mandi makan kejap. Then kena masuk duty balik.

So tak dapat bawak ke klinik.

Aku pasrah...berdoa bengkak tu surut.

Pagi tadi....tengok dahi Aidi...

Alhamdulillah....

Dah surut. Cuma masih ada kesan merah merah.

Kalau balik sekolah ni masih ada merah merah, aku bawaklah Aidi ke klinik.

Tapi memang misteri kejadian ni.


Wednesday, July 24, 2013

Mama mungkir janji


Rasa bersalah sikit hari ni.

Hari Isnin hari tu, Aidi berkali kali dok ngajak mamanya buat drawing session. Dia dah rindu la tu kat drawing block dengan crayon dia tu. Aku sekarang memang simpan beg drawing set dia dalam bilik ke 3. Tapi peliknya Aidi dapat tau. Jadi tiap kali dia nak melukis, berabis dia ketuk ketuk pintu bilik ke 3 tu mintak mamanya tolong bukakkan. Dia nak masuk amik drawing set dia.

Tapi tu lah.. Isnin ritu aku malasnya lahaiiii nak meneman dia melukis.

Aku pujuk Aidi bagitau kata esok lah ye kita melukis. Mama promise. Esok.

Aidi pun setuju.

Jadinya semalam petang, Aidi macam ingat balik kat drawing set dia. Maybe dia ingat janji mama dia. So dia pun mulalah ketuk-ketuk pintu bilik 3 tu lagi.

Adohaiiii...mama nak masak ni sayang. Malam nanti ye, malam nanti kita melukis.

Aidi pun pasrah je lah.

Sekali malamnya...

Aidi tidur awal.

Awal betul dia tidur.

Selalu time berbuka ada je dia sekali menyibuk kat meja makan. Tapi semalam waktu berbuka dia dah tido. Tido sampai ke subuh.

Aku mulanya takde pikir apa pun. Baguslah Aidi tido awal, boleh aku join tido awal sama. Tiba-tiba tengah aku tido, aku boleh terjaga sebab teringatkan janji aku untuk teman Aidi melukis tu.

Hurrmmmmm...

Kesiannya anak mama.

Tunggu drawing session sampai tertidur ha.

Tak boleh tidak. Hari ni mesti kena teman dia melukis jugak.

Walaupun just for 10 minutes.

Mesti.




Memang ginilah rupa muka dia kalau tak dapat melukis. Sedih pulak rasa.

Tuesday, July 23, 2013

Kami Balik Raya Hoi!



Lalalalala...hati ku berbunga riang. lalalalala.

Eh hot jugak entri lepas sampai ada cik cik anon yang bercekau pulak kat ruang komen pasal bonus. Sudah sudahlah tu..kita bincang..kita bincang..

Aku takde heran sangat dah pasal bonus. Ewaaahhh cakap lawa kau kan? Hahaha. Takdelah, kalau dapat baguslah..syukur nikmat. Kalau tak dapat pun takpe sebab aku anak beranak dah dapat balik semenanjung berhari raya!! Yeayyy!!!


Seronok kau tau!

Kemain sebelum ni canang kata tak mau balik raya. Eh bukan tak mau balik. Tapi tak sure boleh balik ke tak sebab incik suami ku itu cuti rayanya last minit baru boleh tau. Entahkan dapat cuti ke tak dapat ke mana nak tau kan? Tiket pun  tak boleh nak beli awal. So macam pasrah je lah kalau tak dapat balik.


Sekaliiii....tiba-tiba Jumaat last week dia dah dapat tau dah jadual cuti raya dia. Cuti dari 1hb sampai 10hb. Maknanya raya ke 4 dia kena keje dah. So macam boleh je nak balik ni. Ngeh ngeh ngeh...tapi tiket tak beli lagi ni.

Laju laju tengok tiket..

Uuuu aiiii...boleh tahan regenya.

Campur tolak campur tolak makan seribu hengget jugak lah untuk tiket pergi balik. Sampai kena korek korek tabung lah nak membeli. Nanges. Tapi nak balik punya pasal kan? Sanggup je. Nanti duit tabung ayam tu kita simpan lain.

Dan pagi tadi aku dah selamat mengadap tuan pengetua untuk minta cuti. Iyeee...kena mintak cuti tambahan sebab aku nak terbang balik KL 31hb. Sekolah aku ni 6hb Ogos baru start cuti. Mati mati aku ingat 4 Ogos tu dah cuti dah. Rupanya tak. Sekolah lagi Isnin Selasa tu, Rabu baru start cuti. Khamis dah raya. Alahaiii siapa je lah yang nak datang sekolah lagi Isnin Selasa tu hoi. Cuti je lah hoi.

Maka terpaksa lah aku minta cuti 4 hari. 1hb, 2hb, 4hb,, dan 5hb. Burn CRK aku. Nasib baik pengetua senang je nak luluskan. Takde banyak soal pun beliau. Gamaknya mood baik kot hari ni. Hehe.

So sekarang...hatiku berbunga riang.

Tiket dah beli.

Cuti dah lulus.

Tinggal kain baju je tak packing lagi.

Eh rumah pun nak kena kemas dulu ni. Walaupun tak beraya kat Labuan, nak jugaklah hias rumah macam istana. Raya setahun sekali kata ko!!


Kita jumpa kat semenanjung eh nanti!!

=)

Thursday, July 18, 2013

Bonus Raya 2013. Ada ke Tiada?


Tiga empat hari ni kecoh pasal isu bonus raya.

Memula kecoh kata ada bonus raya pada 9 Ogos nanti. Berita ada kat arkib Berita Harian Online bulan April 2013. Rupanya itu berita tahun lepas. Tak paham pulak aku kenapa BH nak repost berita tu masuk arkib bulan April 2013 sedangkan itu berita bulan Julai 2012 kalau tak silap. So, ramaaaaiiii sangat yang terpedaya termasuklah aku. Cait!!

Sebabkan berita bonus 9 Ogos tu dah tersebar, maka kerajaan pulak buat kenyataan kata "Kerajaan Belum Bincang Beri Bonus Raya 2013".

Pulaaaakkkk.

Baca tajuk pun  dah rasa punah harapan nak berbonus raya tahun ni. Nak pulak kerajaan kata bulan ni dah ada kenaikan KGT untuk semua kakitangan awam. Itu dah dikira bonus katanyaaaa.

Oklah, bonus la jugak tu bila dapat KGT extra untuk setahun lagi. So kalau macam aku, KGT RM 225. Dan tiap tahun pun memang aku dapat KGT setiap bulan Julai. So dapat double la bulan ni. Jadi kalau kira-kira balik, aku dapatlah extra gaji sebanyak RM225  X 12 bulan = RM2700 untuk tempoh bekerja Jul 2013 - Jun 2014 nanti. Kira bonus la jugak tu kan. Siapa nak bagi RM2700 macam tu je walaupun bukan dapat segedebuk macam tu.

Tapi yang menjadi masalah orang ramai ni ialah persiapan nak raya. Kalau macam aku ni..insyaallah takde masalah besar sangat. Cuma tak boleh nak berjoli sakan sangat lah. Kuih raya 4 jenis cukuplah. Duit raya sorang singgit jadilah. Haha.

Mujur baju raya Aidi dah setel. Kira-kira balik dah dekat 10 pasang baju dia. Kemainnnn anak aku.

Untuk baby A, kalau betul takde bonus, mama abah kena beli barang kamu sikit-sikit lah. Bulan ni spend RM500, bulan depan RM500, bulan depan lagi RM500 sampailah semuanya setel.

Tapi kalaulaaahhhh last minit ada annoucement bonus. Syukurnyaaaaa ya Allah.


Berdoalah.

=)

Wednesday, July 17, 2013

Baby A: Hunting For Playpen


Sejak menjak dah masuk 20 minggu ni..orang kata dah 5 bulan ni mulalah aku tergedik gedik nak survey barang baby.

Gedik sangat ko tau.

Ada masa free je..google stroller.

Masa free je..google baby cot.

Nak google benda yang besau besau je. Kalau benda kecik kecik tu takpe, beli kat Parkson je lah Jemahhh.

Ha, cakap pasal baby cot. Dulu aku pernah bagitau aku teringin nak beli wooden baby cot tu untuk Baby A kat entri INI. Tapi tentiba aku dan incik suami rasa macam.......hurm, tak payah beli yang wooden tu lah. Mahal satu hal lah. Satu lagi susah nak lipat simpan. Rumah aku tu kau tau je lah, 'banglo' kata kau. Hahahaha!

So incik suami cadangkan beli playpen je lah. Aku pun terus setuju. Dengan syarat, abang yang bayar. Kehkehkeh.

Jadi aku pun mulalah survey survey. Google je Jah oiii. Labuan ni memang tak banyaklah choice playpen. Ada tu ada lah. Tapi tak gerenti lah aku suka berkenan ke tidak. Jadi aku survey online dulu. 

Incik suami berkenan yang ini.





Rabien ke apa ntah nama modelnya. From sweetcherry.

Si abahnya berkenan nau yang ni. Aku tunjuk gambar je dia terus jatuh cinta. Playpen ni banyak function. Penghadang tepi tu boleh bukak, so boleh attached ke katil kita. Ala ala macam baby cot jugak lah. Tapi masalahnya aku ni ha mana ada katil dah ha. Tido pakai tilam je. Dah cerita kan katil aku dah roboh. Hahaha.

Pastu playpen ni datang siap kelambu and rocking bassinet. Harga dalam RM340 gitu lah.

Menarik jugak kan?

Incik suami dah setuju dah nak belikan bila dapat gaji bulan ni. Ewaaahhhh kemain awal nak beli katil anak. Haha.

Takpe takpe...kita survey lagi.

Aku jumpa yang ini.

Berkenan pulak.



Apa namanya entah. Lupa. Tapi from sweetcherry jugak.

Berkenan pulak aku dengan kombinasi warna dia. Siap ada ropol ropol kat bahagian kaki katil, reben reben kat tepi katil...sweet pulak. Kalau anak girl memang cun lah.

Siap ada tempat diaper changing. So tak payah mama nak terbongkok bongkok tukar pampers anak. Alah Yong...macam lah tak biasa.

Aku suka yang ni. Tapi incik suami tetap dengan yang kat atas tu. Dah dia yang nak beli, jangan banyak bunyi. Haha.

Tiba tiba semalam terjumpa yang ini.




Model Roswell from sweetcherry jugak

Oh mennn!!

Ini adalah ohsem!

Smart oh kaler hitam. Anak jantina apa pun tetap cun hensem tido dalam tu.

Secara kasarnya yang Roswell ni lebih kurang sama dengan yang terqoise tu. Corak je lain. 

Eh harga pun lain. Yang ni dalam RM250 gitu lah.

Aku tunjuk kat incik suami gambar ni semalam. Dia kata...."cantekkkkkkk". Haaa kemain panjang cantiknya tu. Maknanya ada harapan ni, ada harapan. Haha.

Aku nak yang Roswell ni lah.

Kalau nak add on kelambu mambu bagai, kita beli je lah asing. Ada jual kan?

Kalau setakat nak boleh bukak penghadang tepi tu pun apa gunanya, dah kata mak pak pun takde katil. Anak gedevance lagi tido atas katil empuk. Huhu.

Tapi...tapi tapi.....kau tau je lah aku. Mana akan berhenti men survey selagi aku tak klik "BUY IT". Selagi belum beli, selagi tu aku akan cari lagi. Kot lah jumpa yang lagi best gedevasss.

Kalau uols ada cadangan link link website ke online shop ke jual playpen cun cun roger roger lah eh. Rasanya paling awal pun bulan September nanti kot baru beli. Itu paling awal lah. Banyak masa lagi.

Ok lah..

Daaa!



Monday, July 15, 2013

Weekend je iols boleh masak. Uhuk.


Assalamualaikum

Hai.

Hamboiii mementang bulan puasa, terus blog pun berpuasa khennn. Biasalah, sibuk beribadat katanyaa..Haha. Amacam puasa uols? Ada okey? Ada cicir? Malulah dengan bebudak kalau puasa cicir tanpa sebab ye tak? Aku so far 5 hari tu dah selamat lah. Tak taulah esok esok. Selagi mampu, ku puasa sesungguh sungguh walaupun banyak terlajak sahur dari bangun sahur. Huhu.

Bulan puasa kali ni incik suami macam tak galakkan aku memasak. Nak nak weekdays, hari sekolah. Dia memang sanggup pegi redah pasar ramadhan tu ha membeli juadah dari nengok bini buyong dia ni tertonggeng tonggeng kat dapur memasak. Tapi aku biasalah kan, mengandung kali ni memang hormon nak masak tu mencanak naik. Tapi dah suami kata tak payah...maka janganlah durhaka. Nanti sia sia je pahala. Huhu.

Tapi kalau weekend iols dibenarkan masuk dapur.


Horayyy!!

Kemain suka kan dapat pegang senduk kuali semua. So hari Sabtu tu pepagi lagi kami dah ke pasar. Nak membeli belah lah apa-apa yang nak dimasak petang nanti.

Makanya terhasillah menu berbuka yang pertama aku masak tahun ni.



Sambal sotong licin on the spot.

Sayur kacang dengan udang pun sama. Licin secara terus.

Ayam masak lemak cili padi tu je ada balance. Saja tinggalkan balance skit dalam periuk konon nak makan sahur. Sekali sahur entah ke mana, ayam entah ke mana. Haha.

Hari Ahad punya menu lagi sempoi.

Suami order ikan kembung masak sambal jek.




Senang keje aku. Sap sap soi je siap.

Adalah lauk lain lagi. Ayam kicap. Kentang goreng dengan kacang and bilis bla bla bla. Tapi takyahlah gambo ye tak. Meluat pulak asik nak bergambo je. Ahaks!

Hari Ahad punya lauk lagi best. Semua setel dalam masa 20 minit. Dengan nasik nasik pun tinggal kerak je dalam periuk. Senang keje aku cuci sinki terus.


Pendek kata...bulan puasa ni memang nikmat lagi makan masak sendiri dari beli kat bazar. Nak nak bazar kat Labuan ni. Hadoiiiii....cendol pun rasa air minral. Wakdehekkk??


Hari ni...walaupun hari sekolah, aku nak masak jugak. Nak pulak incik suami kerja 24 jam hari ni. Dia balik rehat pun pukul 7 sampai 9 malam je. Berbuka pun kat tempat kerja. So aku makan sorang-sorang. Tapi malas nak beli. Nak masak jek.


Menu hari ni...Insyaallah.

KUEW TEOW KUNG FU 

Haiiii dah terliur pulak aku membayangnya.



Bajet Raya vs Bajet Beli Barang Baby


Ni dah dekat dekat nak raya ni, memang banyak pakai duit kan? Nak nak bajet tang baju raya. Ohoiii..beribu boleh jadi. So far baju raya Aidi boleh kata selesai.

Baju melayu selesai.

Baju kasual pun done.

Kasut raya yang buat aku pening nak cari pun dah jumpa.

So kira setel lah part Aidi.

Yang belum setel ni banyaknya part incik suami. Sian beliau, apa pun tak beli lagi. Takpelah bang..abang kan dapat kenaikan gred tertunggak bulan ni. Ahaks!

Tu belum masuk part lain tu. Mana nak order kuih raya, duit raya, bahan mentah nak masak. Dapat pulak bini banyak cenongeh macam aku ni ha..nak langsir baru lah, alas meja baru, balang koi baru. Mengada!


Aku dah kira-kira..adalah perlu lagi rm1.5k untuk raya ni.

Ni kategori tak balik kampung beraya ni. Kalau balik semenanjung tak taulah berapa pulak nak kena stand by. Huhu.

Itu raya.

Tak habis situ je. Lepas raya hoiii...nak pakai duit pulak nak buat persiapan Baby A.

By the time lepas raya nanti aku dah cecah 28 minggu mengandung. Dah masuk 7 bulan kata orang. Masa 26 minggu nanti aku kena pegi scan. Masa ni insyaallah boleh nampak gender dah kalau baby tak kepit. Kalau tak nampak jugak, by 28 minggu nanti aku nak pegi buat scan 3d/4d pulak. Insyaallah.

So kalau gender dah cofirm, bolehlah membeli belah barang baby dengan senang hati. =)

Aku dah buat bajet..draftly bajet je lah dulu. Terkejut aku bila tengok bajet untuk barang baby mencecah RMM2.5K!!

Homaiiii!!

Apa benda je lah yang sampai 2 ribu setengah tu??

Bila aku telek telek balik....logiklah jugak.

Playpen je koman-koman dah RM300.

Tilam lagi, paling tidak RM150.

Bedding set lagi, RM 150.

Set bersalin untuk aku je dah RM350.

Kain batik aku pun ada 2 helai je kat rumah ni...naaaakkk kena beli lagi. Dah berapa dah?

Baju baby lagi??

Tang baju bajan ni yang aku rasa selalu terbabas bajet. Elok kata nak beli 15 pasang baju je kang mau terlajak jadi 30 pasang. Kau bukan tak tau aku ni ha camne. Hahaha.


Aku kena review balik la bajet.

And nak kena kumbar balik baju-baju lama Aidi. Baju Aidi yang kekecik semua aku dah sedekah kat orang. Yang tinggal pun banyaknya size 6-12. Kalau baby A ni boy jugak..maybe banyak boleh jimat.


Tapi kalau dia girl???


Mama dah terbayang fink fink...dress dress..headband...bunga bunga...lalalalalala.

Monday, July 8, 2013

Lukisan Pertama Aidi


Aku dah lama nak buat entri ni. Dok simpan idea dalam kepala punya lama sampai terlupa sudahnya. Bila terbaca si Erin buat entri gini kat blog dia, baru aku ingat balik idea lama. Haha.

N haa... nak cerita tentang Aidi punya 1st drawing set.

Aku belikan Aidi drawing set ni 23 May 2013. Waahhh siap tarikh lagi. *alah, tengok details kat gambar je*

Memula aku belikan dia 1 drawing block.

dan 1 set crayon.




Crayon ku beli brand Faber Castell sebab terpengaruh dengan iklan dia kata "non toxic crayon, safe for kids"

Amik yang jumbo size untuk mudahkan tangan kenit tu pegang.

So far memang aku suka crayon brand ni. Tak melekat warnanya kat tangan. Kira selamat lah tangan tak kotor walau Aidi pegang crayon dah macam pegang pemukul drum.

Setakat ni, Aidi memang belum pandai pegang crayon dengan betul. Bukan aku tak cuba ajar, dah ajar..tapi biasalah budak, amik masa nak adapt. So buat masa ni aku biarkan lah dia pegang crayon tu cara mana pun dia selesa. Yang penting dia belajar pegang, dan ekspresikan apa yang dia nak atas kertas. Ewaaahhh kemain ekspresi lagi bahasa cikgu hari ni. Haha


Aidi dengan coloring book.

Aidi kan, dia sangat suka dengan drawing session. Tapi aku memang sengaja tak buat selalu. Maybe seminggu 3 ke 4 kali je. Biasanya time weekend. Bukan apa, denga Aidi ni, aku kena ada depan mata dia setiap masa time dia drawing. Sebab?? Sebab takut dia masukkan crayon dia dalam mulut or dia pergi draw ke tempat lain. Ini pun dah nampak tanda-tanda dia terbabas ter draw kat lantai bilik dia tu. Kot esok esok dia terbabas buat lukisan mural kat dinding pulak...nayaaaaa!

So masa untuk drawing masih terhad.



Tiap kali drawing session pun aku akan limitkan crayon yang boleh dia pegang. Aku takkan lambakkan 12 batang crayon depan mata dia. Mampuih aku nak control. So buat masa ni, aku limitkan 2 batang je at one time. Kau pegang lah satu tangan kiri, satu tangan kanan. Kau contenglah sampai bosan. Dan biasa setiap 3 4 minit aku tukarkan ke warna lain pulak. Yang penting, 2 je pada tangan dia. Yang lain aku sorok bawah peha. Hahaha.


Biasanya Aidi akan mula hilang fokus dalam masa 10 - 15 minit. Itu normal lah kan? Bila dia hilang fokus tu yang dia akan mula nak kaler lantai, nak kaler motor dia, kaler rocker dia..segalalah. Jadi sebelum benda lebih parah, baik aku kemas semuanya.

Dan biasalah tiap kali aku kemas drawing set dia tiap kali tu jugak dia merempan guling guling marah. Mama fedulik hapa. Haha. 

Aku pujuklah elok elok, kata next time kita draw lagi. Pastu pujuk dia ajak main toys lain pulak. Kejap je tu..sejuk lah tu.

Selalu aku akan sangkut beg drawing set dia belakang pintu. Dia pun dah tau. So bila dia rasa dia nak coloring, dia akan tarik tangan aku bawak pegi jenguk belakang pintu sambil tunjuk tunjuk beg drawing dia. Yang penting bunyi...."beh beh beh" tu mesti ada dia buat. Hahaha.

Apa je lah maksud beh beh beh tu mama pun tak paham.


Aku tau, ramai budak umur baya baya Aidi dah pandai mewarna dengan betul dah. Takpelah, aku pun bukannya nak masuk pertandingan mewarna pun. Yang penting aku introduced and biarkan Aidi belajar ikut keselesaan dia.


Nah, tutup entri dengan lukisan pertama Aidi.


100 % hasil kerja tangan Aidi.

Di lukis pada 24 May 2013.

Aku masih simpan lukisan ni. Cadang nak frame kan untuk Aidi simpan sampai besar.

=)

Thursday, July 4, 2013

Bila Aidi Turun Trek.

Ohoi!

Baru selesai sukan sekolah hoi.

Letih hoi.

Hahahaha..bedaah je letih. Padahal tugas aku hanyalah menyiapkan buku program saja. Kuikuikui. Aku rasa 3 tahun aku keje cikgu ni, tiap tahun keje aku tang buku program saja. Maklumlah mengandung sesajork, jadi buku program je lah mampu. Nak suruh jadi hakim balapan ke apa ke kang fengsan pulak mak buyong. Hehe.

Jadi selesai sudahlah sukan sekolah selama 5 hari.

Alhamdulillah.

Rumah sukan aku dapat Naib Juara je. Jadilah. Aku memang takde perasaan sangat pun. Semua rumah sukan aku sokong je. Hahaha.

Hari Selasa hari tu, aku bawak Aidi pergi kompleks sukan. Saja bawak dia nengok acara sesi petang tu. Petang redup sikit. Kalau bawak pepagi, matahari terik benau. Jadi kita bawak dia petang.

Bagi pakai hensem hensem. Padahal nak pergi stadium je poooonnnn.

Sampai je stadium, Aidi dah jakun.

Orang ramai.

Dia tak kenal.

Tapi dia tak nanges.

Dia behave jek.

Cikgu-cikgu lain amik dia, dia diam je, elok duduk beriba.

10 minit

20 minit

Dia dah mula keluarkan energy.

Hahahaha.

Ada pulak ramai anak anak cikgu lain yang sudi nak geng dengan dia. Seronoklah dia. Walaupun tak pernah kenal, tapi budak kan...kejap je boleh friend dah.


Aku takde gambo dia berlari lari dengan kengkawan dia, sebab aku sibuk nau memantau dia. Kejap dia tergolek atas trek tu, kejap tertonggeng. Kejap berlari laju macam dia lah peserta. Nak lawak tu lari siap dua-dua tangan ke belakang tu. Macam nak terbang. Hahahaha.

Bila acara nak mula, aku dukung dia bawak ke tepi trek, dia ngamuk lembik lembik badan nak turun. Alahaiiii...

Bila semua acara habis. Nah, aku lepaskan dia lagi sekali.


Kau tengok..kau tengok.



Kemain onyomat geset go lagi dia kat situ.




Hiyaahhh hiyaahhh hiyaaahhh..

Berlarilah sekuat hati kau Aidi. Takde peserta lain pun kat situ. Kamulah satu-satunya. Kalau menang pun kamu, kalah pun kamu jugak. Hahaha.

Kemain lari siap tunduk tunduk kepala. Macamlah letih nau.




Lepas tu dia nyibuk kat tempat penonton pulak. Berjoget joget hula hula. Mama lantakkan aje. Jangan kau kacau orang sudah.

Kul 4 acara semua selesai. Orang dah mula balik. Budak ni sah sah takmau balik. Ayooooooo!!

Ini baru sorang askar kenit, kalau tahun depan nak bawak anak lagi...uuuu aiiiii..2 orang sudah. Confirm mama pulak yang berlari-larian atas trek tu ngejor anak-anak. Hahahaha.

Okbai!

Monday, July 1, 2013

Baby A: 18 minggu


18 minggu sudah mengandung hari ni.

Alhamdulillah.

Kalau ikut kiraan last period actually baru 17 minggu. Tapi last check up hari tu doktor ubah aku punya EDD dari 8 Dec pergi ke 1 Dec. Maka usia kandungan pun otomatik besar seminggu. So 18 minggu la hari ni.

Perubahan??

Perut makin besar. Kain baju kurung aku pakai hari ni pun rasa macam dah susah nak zip. Bila duduk kang dengan sendirinya dia terbukak. Bahahahah.

Makan macam biaslah. Sentiasa berselera. Sampai nurse kat KK kata aku tak payahlah macam Vit C ke apa ntah tu yang menambah selera makan tu. So aku cuma amik asid folik and iron tablet je setiap hari. Sekarang dah rajin dah makan vitamin. Dah jadi rutin sebelum keluar pergi sekolah mesti telan dulu 2 biji tu.

Muka iols macam biasalah...berjerawat sesaja. Usap pipi belah sini, rasa gerutu gerutu. Usap pipi sana pun gerutu. Usap dahi lagilahhhh macam hapa je aku rasa. Nak buat camne kan, seri baby dah amik. Dulu ngandung Aidi pun gini jugak. Sampai ke badan berjerawat. Muka kusam, hitam, legam. Aidi dah amik semua seri mama. Tengoklah Aidi sekarang..comel kan dia? Kehkehkeh.






So aku rasa nak start minum aurawhite lah. Lama dah aku beli, dok bersimpan je kat dapur tu.18 minggu rasanya dah ok kot kan nak minum. Baby pun dah kuat insyaallah.

Semalam mak mentua call. Kemain kan aku....menantu kesayangan ni sampai mak mentua pulak call dulu. Kehkehkeh. Sembanglah macam-macam. Sampai satu part..mak cakap..

" Mak rasa pompuan kot dalam perut tu"

"Nape mak cakap macam tu?"

"Sajaaa lah. Tengoklah nanti. Mak rasa pompuan."

Hamboiiii mak. Kemain hebat menilik kan? Padahal dalam telefon je ni. Hehe.

Pompuan ke laki ke aku gembira jugak.

Nak nak hari ni aku dah mula dapat rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut.

Oh maiii!!

Perasaan indah tu datang lagi.

=)