Sunday, August 25, 2013

2nd pregnancy: 1st round shopping barang baby.

Dah mula beli barang baby ohoi!!

Tak boleh nak tangguh tangguh sangat sebab dah tak lama mana dah baby nak keluar.kira-kira 3 kali gaji je lagi. Gaji bulan ogos, september dan oktober. Gaji november tak boleh nak harap sangat dah sebab by the time nak gaji tu aku dah 39 minggu dah tu. Tunggu hari je kata orang. Kalau belum beranak lagi, bolehlah last minit shopping.wuwuwu.

So jumaat lepas aku keluar beli barang baby dengan incik suami. Berdua je, aidi tinggal rumah mak long dia. Tak sampai hati jugak nak tinggal aidi, tapi kalau bawak nanti aku takut balik rumah bawak hati berulam jantung je untuk dinner. Bahahaha. Jadi aidi tinggal lah kejap ye, mama abah nak shopping barang adik sikit.

Sikit je..tak banyak. Bulan ni bajet ciput je untuk barang adik.


Nak beli drawer plastik 2 biji.

And beli barang baby bajet dalam rm200 je.



Drawer baby jumpa.

Sebiji rege rm86. Beli dua. Saja beli dua. Satu untuk adik, satu lagi untuk simpan segala jemala cadar cadar, sarung bantal, towel apa smua. Bertabur dah lemari aku tu. Nak kena kemas balik. So misi drawer selesai. Dah siap pasang pun. Gambar je malas nak amik. Alah...drawer plestik je pun.


Barang baby pulak.

Baju baju memang tak dapat lah nak beli lagi sebab baby malu nak tunjuk bunga ke burung. Jadi aku beli dulu benda benda yang tak kesah jantina anak apa.





Ha..inilah benda yang aku sempat rembat.

Botol susu TT 5oz dua biji. Tak cukup ni. Kena beli sebiji lagi.

Lampin disney. Aku berkenan nau lampin ni. Padahal lampin ni tak penting pun. Aidi punya dulu pun ada lg yang tak berbukak. Tapi kat ampang. Aku memang dah lama aim yang disney ni sebab ada corak corak. Masa aidi dulu takde jual lagi. Jadi belilah sepeket.


Beli disposable breast pad. Ni penting ni
 Memang berguna sangat. Yang jenis pakai basuh punya aku ada dah yang dulu punya. So takyah beli dah. Beli yang pakai buang je.


Bengkung moden. Ni takde dalam senarai ni. Bukan sengaja takde kan, aku yang lupa. Padahal dari lepas pantang aidi dulu aku dah set nak pakai bengkung moden je kalau bersalin lagi. Leceh ohh bengkung ikat ikat tu. Ada jugak aku pakai seminggu je pastu ke laut la bengkung aku. Kali ni nak pakai yang moden punya. Senang. Target nak berbengkung 44 hari. Biar kurus. Hahaha..harapaannnn.


Lagi beli apa?

Beli storage bottle 6 biji. Yang lama ada 3 biji. Cukuplah. Aku bukan boleh buat stok bergelen gelen pun. Siapa yang tau, tau lah..aku tak boleh directfeed. Just boleh pumping and bagi dalam botol. Jadi memang stok ebm tu takdelah. Kais pagi makan pagi kata orang. Yang penting aku nak cuba jugak kais susu setiap hari untuk baby A selama mana yang boleh. Chaiyokkk!!


Pastu sempatlah rembat sepasang mitten booties tulis gini.



Saja amik hijau sebab tak tau gender kan. So hijau senang. Boy boleh girl pun boleh. 


Pastu sempatlah tarik je 2 helai barut. Barut barut aidi dulu entah manalah adik aku sorok kat rumah ampang nun. Memang nak kena beli baru balik semua. Belilah sikit sikit.


Ni baru berapa barang pun dah over bajet ni. Total loss adalah rm 250 lebih kurang. Hurmmm..lebih rm50 la dari bajet asal sebab aku beli bengkung tu rege rm68 ke berapa entah.


Tapi kira okeylah.


Bulan depan nak peruntukkan rm500 untuk beli baju baju pulak.


Pastu mesti over bajet lagi.


Normal lah kan..mak mak.

Haha


1 comment: