Minggu ni dah nak masuk minggu ke 31 mengandung.
Sekejap sangat rasaya mengandung kali ni. Tup tup dah masuk 10 minggu terakhir. Kali ni tak tahulah nak overdue jugak ke, awal ke atau ngam ngam due date, Wait and see je lah.
Yang pastinya perut aku membesar bagai johan sekarang. Kat sekolah aku ni ada 3 orang cikgu tengah mengandung yang dijangka bersalin dalam bulan November ni. Aku sorang dijangka bersalin December. Kira paling last lah. Tapi aku tengok perut aku paling maju jaya sekali. Siap ramai yang ingat aku orang 1st yang aka bersalin antara ramai-ramai cikgu ngandung kat sekolah tu. Apakah??
Selasa ritu scan dengan doktor kat KK.
3 kali scan kat KK, tiga tiga kali doktor kata kedudukan baby melintang. Awal-awal dulu melintang aku tak susah hati sangat. Biasalah tu. Ni dah masuk 30 minggu pun melintang lagi...mau tak berpeluh aku?
Tapi macam biasalah, doktor mesti akan suruh relax dulu. Katanya tunggu 36 minggu nanti kita scan lagi tengok macam mana. Harap harap mahulah baby turun ke bawah.
Itu bab baby melintang. Satu hal.
Bab berat badan aku lagi satu hal.
102 kilo hoi!!!
Inilah berat paling berat yang pernah aku miliki setakat ini. Anak punya pasal, mama sanggup je dik. Mujur aku takde sangkut kencing manis. Dah dua kali minum air gula, dua dua result normal. So legaaaa. Cuma kena jaga makan sikitlah. Doktor takut baby terlalu besar. Setakat ni baby dah 1.85 kg. Boleh tahan jugak budak dalam perut ni.
Takpelah...apa apa pun mengandung memang banyak pancarobanya.
Mujur ada Aidi hensem aku tu buat penenang jiwa.
rindu pulak zaman Aidi baby baby gini
Jatuh chenta aku dengan anak sendiri sekarang ni. Aidi sangaaaatttt menyenangkan hati. Walaupun kenkadang ada je projek tak senonoh dia nak buat, tapi iols tetap jatuh chenta.
Alaaaa....sama macam incik suami jugaklah.
Ko ingat dia tu 24 jam menyenangkan hati??
Memang tak lah.
Tapi iols tetap chenta mati sama dia.
=)
aidi dah mule faham tue yong yg adik die x lame lg nak kuar
ReplyDeletehehe
salam dear,
ReplyDeletekalau google ada bnyak juga petua nak bagi baby nampak jalan yang benar..hehe antaranya setiap malam cuba posisi menyujud, naikkan kaki ke atas..semoga selamat semuanya
Btw, kalau berminat dengan supplement from Shaklee saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html
thanks!
last week scan utk 33 weeks baby x turun lg..doktor pun swh tgu 36 weeks...harap2 bby turun la time tu...huhuh..
ReplyDeletedlu sy prgnt bby pon melintang jgk....time 2 dh 34w cmtu...kt buku pink tu siap ade note if 37w masih melintang trus admit....tp syukur alhmdulilah bby dh xmelintang....ms tu sy g urut bg btolkn kedudukan...akhirnye dpt bersalin normal
ReplyDeletekak, bykkan bersujud tu,.. tido tonggeng,,, doggy2..hahhaha..larikkkkk :P
ReplyDeletesabar ye...kita dulu pun sama jugak dekat2 nak bersalin baby dah tak melintang
ReplyDeletehahaha lawak ko yong, mmg, xde org yg 24jam yg boleh menyenangkan hati, tapi tetaplah kita cinta lelaki berdua itu (suami n anak)
ReplyDeleteyong buat senaman mcm kucing menggeliat..insyaallah..
ReplyDelete