Ehem ehem.
Hari ni kondisi tak berapa sehat. Dari Jumaat hari tu lagi dah tak sehatnya, tapi sebab tak boleh makan ubat, jadi memang melaratlah. Siap aku bantai makan aiskrim lagi adalah. Maka menanggunglah batuk berkahak siap selsema ni. Pakej.
Padan muka.
Hari ni kan, aku nak cerita pasal set berpantang pilihan hati.
Kalau masa berpantangkan Aidi dulu, aku amik set bersalin Amway. Itu pun mak yang belikan. Nak harap aku beli sendiri memang ke lautlah tak reti. Jadi sebabkan ini anak kedua, aku pun dah bijak pandai sikit, maka biarlah aku beli sendiri pulak. Ceaaa!!
Set berpantang pilihan hati kali ini adalah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Set Bersalin Shaklee Kata ko!!
Uii aiiii sana sini orang dok gebang pasal Shaklee ni bagus la itu la ini lah. Mahunya aku tak terpengaruh? Nak pulak aku bangsa tak suka jamu jamu pahit pahit ni. Euuuwww!! So kita kasi moden sikitlah ye dak? Makan Shaklee.
Dah buat pilihan, pastu pening kepala tak tau nak beli dari siapa. Bukan takde orang nak jual, tapi sebab ramaaaiiiii sangat kawan-kawan yang dealer Shaklee ni, so aku jadi fening sikit nak pilih beli dari siapa. Kehkehkeh.
Kang beli dari si A, si B makan hati. Beli kat B, si C pulak tarik muka. Hahaha. Sudahlah Jemah..macam ko sorang je customer Shaklee dalam dunia ni. Pfttt!!
Sudahnya aku pilih beli dari cikgu sekolah aku ni ha..senang. Order order benda terus sampai atas meja je. Kalau ada masalah pape pun senang nak mintak consult sebab dekat kan?
Jadi itulah...aku pilih set bersalin Shaklee kali ni.
Tapi aku tak amik set yang macam gambo kat atas tu. Itu bentul-betul set bersalin yang basic. Aku ni ngengada sikit. Nak sehat lah, nak kurus lah, nak nyusu lah..macam-macam nak. Tapi bajet ciput. Acaner?? Hahaha.
Mujurlah Kak Mizan tu rajin nak melayan. Dia cadangkan aku amik 5 benda ni sebagai set bersalin ala ala diva aku tu.
Satu...
Vitalea. Vitalea ni fungsi untuk apa eh? Aku lupa pulak. Yang penting bagus untuk orang lepas bersalin. Hewhewhew.
Dua...
Zinc Compex. Ini untuk tambah darah la kot. Plus bagi hilang lesu lesu badan. Eh sukati aku je kan. Hahaha. Hari tu dah study dah kegunaan dia, pastu aku lupa. Pangg!!
Tiga...
Alfalfa. Ini bagus untuk sembuhkan luka. Plus merapatkan balik rahim kita. Ada geng geng gojes yang makan Alfalfa ni deme kata kalau makan ni nanti merenyam lebih. Wakakakak!!
ESP. Ini minuman soya. Bagus untuk energy. Dalam pantang kan letih mak ko tau lah kan? So minumlah ESP ni supaya tenaga kita bak kuda kedok kedok kedok gituuuu! Eh bagus untuk tambahkan susu badan jugak.
Lecithin. Haa...kau sebok nak kurus sangat kan dalam pantang nanti? Ate berat dah 103 kelo. Ni belum bersalin lagi ni. By the time bersalin kang mau cecah 107 Kelo. Pengsann laki iols kalau berat tak turun. Jadi marilah kita mendiet kan diri dengan mengambil Lecithin yang dikatakan mujarab untuk turunkan berat badan.
Jadi itulah 5 produk Shaklee yang aku akan amik masa berpantang nanti. Bajet aku dalam rm300 je, tapi demand kemain macam-macam. Jadi itu je lah yang dapatnya. Jadilah. Yang penting kena disiplin makan tiap hari semua vitamin tu.
Oh ya...Shaklee ni lebih kepada dalaman badan kita. Yang luaran luaran kulit berdaki berkerak ni silalah jangan dilupa. Tengkuk aku ni dah legam semacam dah ni. Aku sendiri geli. Suruh laki beli span gosok badan, dia pegi beli span gosok kereta! Apapuntakboleh!
So untuk kecantikan *cantiklahsangat* kulit, aku ada jugak pilihan hati aku.
Tada!!!
Set Belai dari Trubellai.
Set ni ada..
Body Scrub. Buat pakai masa mandi. Sental badan sampai berkilat kekdahnya.
Feminie wash. Ini penting untuk kaum bernama wanita. Tak berpantang pun memang elok pakai.
Body conturing lotion. Ini elok pakai sebelum pakai bengkung. Biar cepat sikit kurus badan aku ni. Ewwaaaahh..harapan menggunung sangat. Ekekekeke.
Set Belai ni harganya RM140. Aku tak order lagi. Minggu depan gaji aku order.
So total kos untuk set berpantang aku kali ni almost RM500!! Pitammm!!
Kalau tak cantik jugak lepas bersalin nanti tak taulah. Lempang diri sendiri je lah.
500 hoii!!