Wednesday, October 9, 2013
Abah kata NO to Jajan.
Korang nak tahu tak, abah Aidi kan dia saaaangat menjaga makan minum anak dia tu.
Itu tak boleh
Ini tak boleh
Apapuntakboleh!
Haha.
Tapi ada baiknya jugak. Sebab apa, aku tengok Aidi jadi tak hadap dengan makanan bukan-bukan. Nak nak jajan.
Bertuahlah kalau nak tengok Aidi makan keropok super ring ke, cikedis ke apa. Memang tak dapatlah. Abahnya tak bagi. Aku pun tak berapa bagi. So Aidi hadap lah kerepek pisang kegemaran mama. Paling kuat pun aku gorengkan keropok kering ala-ala keropok moni ke apa tu untuk dia. Yang itu je abahnya bagi.
Kalau cekelat??
Cekelat ni ada jenis-jenis yang abahnya allowed.
Cadbury boleh. Tapi tak boleh makan sepapan terus sekali hadap. Setakat 3 4 kali cubit masuk mulut, its okey. Pastu sila simpan. Tapi kalau cekelat-cekelat doposen yang biasa kita kita beli kat kedai kedai runcit tu memang abahnya tak bagi. Aku pun tak pernah beli. Huhuhu. Walaupun orang kata Labuan ni syurga coklat, tapi kami sefamili idokler jenis beli coklat selambak lambak. Sebulan sekali nak jumpa cadbury sepapan dalam freeze pun payah. Apa lagi cekelat mahai mahai yang lain. Memang takdelah. Bila nak balik KL kang baru hegeh-hegeh nak borong coklat buat buah tangan. Alah, orang Labuan memang takde heran der cekelat cekelat ni. Hahaha.
Aiskrim??
Ini paling aku heran.
Kat rumah tu yang hantu aiskrim biasanya aku le tu. Itu pun jarang makan. Kalau incik suami ada beli, adalah. Nama aku nak beli sendiri memang takdelah. Tak tau kenapa. Baik aku beli telur ayam dengan megi dari beli aiskrim. Gituuu.
So, Aidi pun macam tak berapa berkenalan sangat dengan aiskrim.
Kalau aku makan aiskrim magnum, budak kecik tu laju je menempek kat aku. Nak menggoda lettew. Tapi bila aku sua aiskrim tu ke dia, dia larik!
Motip nak larik dari aiskrim??
Hahaha.
Maybe dia takut sejuk aiskrim tu atau dia memang tak reti cara nak makan aiskrim. Bila aku cubit skit kulit coklat luar magnum tu sumbat ke mulut dia, dia makan jek. Tapi bila sua aiskrim sebatang tu suruh dia jilat sendiri, dia larik.
Hahahaha..tak paham tak paham.
Aku tak tau sampai bila kami laki bini akan kawal Aidi dari makan jajan jajan gini. Lagipun benda baik, biarlah kita teruskan.
Habis tu apa je snek makanan Aidi kat rumah??
Biskut.
Biskut je yang abahnya macam izinkan lebih. Itu pun biskut kosong. Takleh banyak-banyak cream ke apa. Contoh, biskut marie.
Sian nau anak aku..makan biskut marie je kau nak. Haha.
Kokocrunch pun boleh jugak. Itu feveret dia.
Kismis pulak dia tak berapa suka.
Paling senang, ko bagi je dia pisang. Memang dia hadap sampai licin. Haha.
Tapi tapi tapi.....
Aidi dah mula kenal KFC and MCD.
Matiklah!!
Kalau dia nampak plastik bungkusan KFC or MCD...kemain "WAAAHHHH" lagi mulut dia.
Sekali sekala boleh lah nak.
Mama takmau Aidi jadi gemuk montel macam mama ni ha. Biarlah badan sedang-sedang je. Janji sehat. Abah kamu tu kadang bagus jugak. Kalau harap mama kamu ni ha...entah hapa hapa je yang mama sumbat. Nasib baik ada abah.
Sampai ke air minum pun kena kawal.
Ribena ada je dalam peti ais. Tapi tak pernah nak bancuh untuk Aidi.
Kau togok je lah susu dengan air masak tu je nak.
Togok bergelen-gelen. Heh.
papa fayel pun tak bagi tapi duk umah tok mak ko tau la...mudah aje bagi....huhuhu
ReplyDeleteHahahaha. Bagus nya! Arissa ada la jugak makan sikit2. Makan ice cream ms kna hfmd dia start pandai mkn. Heeee.
ReplyDeleteairis pun masih big NO for jajan...
ReplyDeletetapi bila ramai sedara mara datang ada jugak terlepas masuk...
senyum aje la...ngeee
Yong...mmng betul dan elok pon laki ko tak bg jajan2 kat anak..sbb bnd2 tu mengeraskn hati...kesian kat bdk kecit tu... kite pon tak tau sape buat kan..aku pernah pegi satu tadika islamik ni..kbtln terjadi satu insiden pasal mkn jajan..guru besar dan hafazan doa...alaaa...mls la nk cerite
ReplyDeletebagus la Yong..sekurang2nya sama2 jaga permakanan anak kn.i sokong u.....cewah~~hehe...
ReplyDeletehannah pun tak boleh makan jajan lagi..cekelat cadbury tu boleh..gula2 pun kalau leh taknak bagi..
ReplyDeletebagus la macam tu yong..tak elok pun makan jajan2 ni semua..unless jajan mcm honey star ke, koko crunch ke, ok lagi la mcm tu.. Safiyyah pun memang ku haramkan jajan..a big NO! NO! NO!
ReplyDeleteoh sama dgn baba faiq. say no to jajanss!
ReplyDeleteerr aty x abis cite la pulakk
oit super ring tu favourite ku! hahaha
ReplyDeleteayish pon big NO NO NO to jajan! tak bgus utk kesihatan & perkembangan minda jugak