Thursday, December 5, 2013
manisnya berpantang sendiri
Ramai yang tanya..
"Ko pantang sendiri je ke yong kali ni?"
Iyo.
Kali ni den pantang sendiri sendiri je. Laki den jago.huhu.
Kalau masa pantangkan Aidi dulu aku pantang kat Ampang, ada mama jaga. Nak nak seminggu pertama tu memang macam princess la aku. Mak ada, mama ada, mak mentua pun ada, incik suami pun ada..memang feeling puteri la aku sampai spender pun mak mentua basuh n sidaikan. Nasib dia tak tolong pakaikan je. Kalau tak mau menangis puteri puteri raja seluruh dunia tengok aku. Bahahaha.
Itu cerita dua tahun lepas la yek.
Kali ni punya pantang, pandai pandailah ko laki bini ye.
Tapi best ohh pantang sendiri, laki jaga. Takde orang tua pun takpe, lagi best sebenarnya sebab bebas sikit. Dengan tok laki sendiri bolehlah nak fefeeling mengada kan, nak makan itu minum ini suruh buat itu mintak tolong ini. Best!
Setakat dah nak masuk sebulan berpantang ni..semuanya berjalan lancar.
Bab mandikan Adelea, memang keje aku. Mandikan, pakaikan baju, tukar pampers memang aku lah punya job sebab incik suami gayat lagi katanya. Tapi tiap kali aku buat semua tu dia akan setia duduk kat sebelah aku. Belajar katanyaaa. Nanti dah pandai, dia boleh take over.
Bab basuh baju, sidai baju memang serah ke dia. Tapi melipat baju memang aku lah amik. Tak sanggup aku nengok kain baju lipat serupa bungkus belacan. Haha.
Ngemas rumah pun aku takyah risau. Laki aku ada. Tiap hari dia akan vakum satu rumah. Kadang sehari dua kali dia vakum dan ngelap habuk. So setel di situ.
Tang masak memasak, memang keje incik suami. Tapi kadang aku masak jugak. Alah...takat masak sap sap soi takde apa lah. Aku alhamdulillah dah kuat dah. Kadang laki aku malas masak, dia beli bungkus je jah. Aku pun sebat je lerr. Prosperity beger pun aku dah tibai. Eh semalam iols melantak pizza hawaian chicken lagi. Kerlasss tak menu pantang mak jemah?? Hahaha. Matiklah kalau mak mak tau.
Bab susukan adelea, jaga adelea, berjaga malam, memang kami kerjasama. Ada shift kekdahnya nak nak tengah malam. Aku tido dulu dalam pukul 11 malam gitu, dia jaga anak. Aku bangun kul 3 4 pagi nak ngepam susu, dia pulaklah tido. Aku pulak masuk shift keje sampai pagi. Gituuu.. so takdelah letih sangat. Adelea pun jenis behave. Dia nangis nak susu je. Dapat susu, kenyang..dia tido lah balik. Nama dia nak nanges nanges tanpa sebab, or nak berjaga sepanjang malam memang so far aku tak nampak lagi. Tido pun boleh je dia lena sorang sorang dalam playpen dia. Tak payah berdodoi berpangku berdukung sangat. Senang jaga budak ni.
Jadi kesimpulannya aku suka cara gini.
Berpantang sendiri.
Berempat je...pandai pandailah urus anak dan diri sendiri.
Aku suka.
alolo...adelea jaga abah ke abah jaga adelea ni.....hehe
ReplyDeleteberuntung nye dpt suami mithali :)
ReplyDeleteUNTUNGGG..HASBEN ADA MEMBANTUU
ReplyDeletehoihhhh apa ni pantang main2 huh..pizza pun ko makan yong..bahahahaha, jgn tak jadi che ta ko nak salahkan pizza sudoh..aptb
ReplyDeletehahaha adelea muka boringgg..
ReplyDeletemasa pantang dulu, sy takut2 nak makan fastfood kfc mekdi piza apa semua tu. tapi mak mertua cakap, makan je.. kalau sakit ada ubat. HAHAHA.. so kita pun makan.. alhamdulilah, badan takdela sakit-sakit ke apa sampai sekarang okay je.. taktahu la time dah tua nanti.. huhu risau gak sebenarnya, tapi takpela dah TERmakan pun. :)
ReplyDeleteololoh..comelnye adelea..nmpk penat betul da ayahnye..untung yong..
ReplyDeletePantang org zaman dulu lagi teruk: cuma makan nasi tanpa kuah bersama ikan kering + lada...
ReplyDeleteadelea tido ke apa tu hehehee yg abahnya terdampar dah ngantuk gile hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah awak dapat anak jenis baik. Senang nak jaga masa pantang sendiri
ReplyDelete