Thursday, May 22, 2014

Aidi dah mula tadika


Hari ni cerita Aidi pulak.

Aidi sekarang ni lawak jugak budaknya. Ada je benda lucu dia buat tiap hari. Jadi oleh sebab dia kelakau sangat, aku decide nak hanto dia masuk School of Lawak. Bahahahaha!

Idok ler.. aku nak anto dia tadika.

2 tahun setengah, masuk tadika. Very the gedevance ko nak!

Aku memang saja nak sekolahkan Aidi. Bukan sebab utama nak bagi dia pandai membaca mengira menjelang umur 3 tahun, tapi tujuan utama aku lebih kepada nak ajar dia bergaul, berkawan dan bercakap.

bergaul dan berkawan aku rasa Aidi takde masalah. Bercakap yang masalah. So dengan harapan bila dia dikelilingi rakan sebaya, guru-guru, aktiviti-aktiviti sekolah yang fun, Aidi akan dapat tambah vocab diri dia sendiri.

Tadika mana aku hantar Aidi nanti?



Tadika Muhibbah nama diberi. Heh.

Secara luaran, tadika ni nampak biasa-biasa je. Rumah kampung yang diubah suai jadi tadika. Janganlah imagine Aidi sekolah kat Q Dees ke mana ye, tadika biasa je. Tak kisahlah tadika biasa, janji hasilnya luar biasa. Gituuuu.

Aku ada bawak Aidi pergi jumpa pengetua tadika masa registration hari tu.

Aidi nampak happy
Nampak selesa
Dan guess what? Dia dah dapat kawan.
Pengetua pun nampak impress tengok Aidi. Kata cikgu, Aidi very friendly. So walau umur dia baru 2 tahun setengah, pengetua allowed dia bersekolah.


Kawan baru Aidi, Raiyan namanya.


Tak tau siapa student baru siapa student lama ni.


Masa register ni, waktu tadika dah tamat. Tadika mula jam 7.30 pagi sampai 11.30 pagi. Lepas tu ada day care untuk siapa-siapa yang nak tinggalkan anak kat tadika sampai petang. Sebab tu kawan Aidi si Raiyan pakai baju biasa je. Dah habis waktu belajar.

Sempatlah aku masuk round round tadika. So far semua okey. Berbaloi lah dengan yuran RM100 sebulan.

Jadi naik penggal dua nanti Aidi akan mula sekolah. Cuti sekolah ni sibuklah aku laki bini menyiapkan kelengkapan sekolah Aidi.

Checklist checklist!

5 comments:

  1. wah abg aidi dah masuk skool.. bestla dpt jmpe ramai kawan..

    ReplyDelete
  2. yeayy abg aidi nak masuk school dah!

    ReplyDelete
  3. bestnya yuran rm100.... sini tunggu 5 tahun baru dapat yuran rm100... tu pun half day

    ReplyDelete
  4. wah, dah nak masuk sekolah.. selamat bersekolah abg aidi.. jangan noti2 yer.. :)

    ReplyDelete