Sejak sejak jadi bini orang ni macam jadi hobi pulak belek resepi. Ewaah gaya cakap macam baru semalam aku kawen kan, padahal anak dah duo! Hahaha. Aku ada join grup grup masak kat fesbuk nun. Grup Resepi Ringkas la, grup Musykil Resepi la, menarik betul nama grup. So aku join. Bolehlah jugak baiki skill memasak yang tak berapa nak hebat ni. Uhuk uhuk uhuk.
Okey rini aku share 1 petua yang aku dapat dari grup Musykil Resepi.
Petua masak tomyam maveles ala ala restoran punya style!!
Aku ni bukan apa, kalau buat tomyam mesti rasa tak sama macam kedai. Kalau tak sama tu membawa kepada rasa lebih sedap tak pe jugak, ini rasa lagi huduh. Huh. So skrg aku dah dapat rahsia masak tomyam ala kedai. Mau resepi??
Nah sila printscreen.
RESEPI TOMYAM ALA KEDAI
Bahan:
1. Binatang yang disukai (ayam, daging, udang, sotong etc)
2. Pes tomyam made in thai (jangan pakai kiub)
3. Sayuran (carrot, bunga kobis, jagung muda, kobis etc)
4. tomato 1 biji
5. daun limau purut 3 4 helai
6. limau kasturi ambil airnya
7. bawang besar sebiji potong bulat
8. bawang putih 3 ulas diketuk
9. lengkuas seinci diketuk
10. Cili padi ikut suka banyak mana
11. serai 1 batang dititik
12. susu pekat manis 1 sudu
13. garam perasa
14. air untuk kuah
Nah kau, berderet bahan. Tapi percayalah, bahan je banyak tapi tak susah nak sediakan. Nanti dah siap bahan ko campak campak je siap tomyam ko. Gituuu. Okey meh tengok cara membuatnya.
1. Masukkan ayam, udang, sotong, daging apa saja lah binatang yang disukai. Masuk sekali bawang besar, bawag putih, cili padi, daun limau, serai, air. Biarkan sampai mendidih.
2. Bila air mendidih, Masukkan sayuran. Pas masuk sayur, masukkan pes tomyam. Aku suggest korang pakailah pes tomyam yang made in thailand punya. Lagi banyak tulisan siam lagi bagus. Hahaha. Tapi pastikan halal ye. Aku pernah buat tomyam pakai kiub, tak bape kick lah. So pakai pes. Aku pakai pes yang ni. Masukkan 3 sudu besor. Ikutlah air korang banyak mana. Lagi banyak pes lagi kaw!
Ini pes tomyam yang famous dikalangan peniaga peniaga restoran. Aku cari, jumpa tapi beso benor tin nya tahap boleh bukak restoran. Haha.
3. Okey ini langkah secret nak bagi tomyam sedap. Bubuh susu pekat 1 sudu. Iye, benor ni aku kabo, bubuh susu pekat sikit therefore tomyam ko akan mabeles gitu. Bubuh susu cair pun boleh. Jangan banyaklah ye, 1 sudu cukup. Bagi rasa lelemak sikit gitu. Kang banyak sangat kang jadi susu tomyam puleeekkk.
4. Perahlah limau kasturi tu sikit bagi masam masam. Pastu perasakan dengan garam. Siap!!
rupa memang tak semenggah tapi taste is there kata omputeh.
TIPS MAMA: Mama aku pesan, kalau nak guna udang, better masukkan udang tu last last sikit untuk elakkan udang kecut and keras. Kalau ada daun ketumbar, bolehlah tabur daun ketumbar untuk hasil yang lebih meletop!
Sekianlah segmen dapur Kak Yong hari ni. Silalah masak tomyam mabeles lawankan dengan sotong goreng tepung dan telur dadar. Perrrghhhh!!!
siyes cam tak caya letak susu..y lain2 bahan tu memang dah sama dah..lepas ni memang kena terai le..
ReplyDeleteOkay...nnt dapur dh siap..akan ku korek balik resipi nie dr blog ko yong... Hehehe
ReplyDeleteResepi yang simple, tapi sedap !!
ReplyDeleteboleh makan ngn nasi, boleh makan ngn bihun..
nak cuba ikut resepi ni la nnt..terliur..
Jemput ke blog saya..
http://norzuryati.blogspot.com
~perkongsian ttg kehidupan, tips kesihatan, tips kecantikan, tazkirah dan sebagainya..
moga bermanfaat
mana nak beli pes tomyam tu?
ReplyDeleteBinatang yang disukai hehehe.....
ReplyDeleteMarvellous dulu sangka masukkan santan rupenye susu pekat manis.....komen maknyeeeeer nisetelah letih mengajar balik rumah anak dah siapkan makan tengahari tomyam resepi kak yong 5 bintang utk anakku dan kak yong!!!!!!
ReplyDeleteSemalam dh try buat tp guna kiub tomyam. Sedap! Hihi. Tq cikgu ^_^
ReplyDelete"Binatang" tu buat saya ketawa sorang2....hehehehe..btw resipi yg brguna...sbb my hubby asyik keep asking knp tomyam bt kt rumah xsame mcm kedai thai...ok xpe...lps ni kte bg die tomyam kick punye..... :-)
ReplyDeletecari resepi....
ReplyDeletesedaapppp
=)
Mmg best tomyam akak.sy dh try bt 3x dh.bile bt mesti ank2 tanye,beli kt mana tomyam ni?kelass khennn...muahaha..Anyway tqvm cz kongsi resepi.mmuahh
ReplyDeletelaaa..susu pekat manis rupanya..ingatkan santan, patut ler x jadi..nak kongsi jugak lah ya sis..terima kasih..tapiiii..."binatang yang disukai" itu membuatkan daku tersenyum meleret..hihihi...i loike uuuu...
ReplyDeleteKudos. Thanks. sy tak penah msk selama ni. start masak pas kawen bru2 ni. try buat tomyam skali haritu pakai sebijik2 resipi u. Thorrrbaekkkkk.. encik syuben hirup tomyam smpi menyandau.
ReplyDeletePerghh .. kalau tom yam dapat guna pes ori dari thai memang terbaiklah ...
ReplyDeleteKalau 200 org makan bahan nye cmne plak
ReplyDeletesusu tu sudu makan ke teh?
ReplyDeleteCigu pes tomyam yang famous di kalangan peniaga tu tak dapat nak download gambar..so pls send the name n the brand.tq
ReplyDeleteTerima kasih untuk resepi.first time masak tom yam sendiri, dan hasilnya memang terbaik 😁👌👌
ReplyDeleteassalamualikum kak , mohon share resepi ni ea . seriusly dah 3 kali try , memang sedap sangat :)
ReplyDelete