MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 23, 2011

SAYA ADA SEPUPU..NAMA DIA DIYANA. - PART II


Okey sekarang aku nak sambung setori cerita tentang Diyana. Ini adalah episod akhir. Jadi sila jangan ketinggalan. *padahal ada dua episod je pun.kecoh!*

*************************************************


Dalam episod yang lepas....................................


..............................Tapi sekarang........semua dah lain. Tak tahulah nak kata camne. Tapi aku dapat rasa keadaan dah berubah atau mungkin akan berubah.


Dulu kalau balik kampung Kedah, aku bebas nak lepak-lepak dengan Diyana. Baring atas katil sama-sama, pastu Diyana akan pasang lagu-lagu dari hand fon beliau, pastu aku suruh dia nyanyi. Aku tukang dengar cukuplah. Best betul sebab suara Diyana memang merdu bak buluh lemang. Hehe gurau jek.

Sekarang rasanya dah boleh gitu lagi dah. Diyana mesti tak nak lepak dengan aku dah. Dia dah ada teman lepak yang baru, teman baring-baring yang baru, teman borak-borak gelak-gelak yang baru.


Hurm..takyah main teka tekuk lagilah. Meh la sini aku direct to ampang point jek..


Diyana dah kawen uollss!!!






Aku gembira ke sedih??

Dua-dua pun ada. Sedih sebab rasa macam hilang kembar. Gembira sebab.......sebab apa nak cakap eh..gembira la, sepupu kesayangan bertemu jodoh. Tumpang hepi beb!


Dulu Diyana selalu berdialog gini...."siapalah nak kat Diyana ni kan Yong...." Dan aku selalu marah dia buat statement gitu. Pantang aku kalau Diyana nak merendah-rendah diri terover gitu. Kamon dear, ajal maut jodoh pertemuan semua dah ditentukan..

Jadi cuti sekolah hari tu adalah kenduri kawen Diyana. Aku sampai amik Cuti Rehat Khas (CRK) semata-mata nak bagi sampai Alor Setar pada masa sepatutnya. Demi sepupu terchenta..gituuuw.

Kenduri Diyana camne rupa??


Uiiiii......jangan buat main. Gelamer Da vomm Gedavass gitu!


Pelamin...biarpun D.I.Y, tapi sebab mak mak menakan yang vouge yang buat, hasilnya memang gedavass. Tak percaya??


Nah sekeping.




Untuk lebih jelas..tak payah klik untuk untuk tumbesaran..nak amik sekeping lagi.



Fuh, memang aku suka betul pelamin ni. Simple tapi va va vasss!

Pastu bilik pengantin pulak...Wooo wooo wooo...tergoda aku! Rasa macam nak check in satu malam je kat bilik pengantin Diyana tu. Diyana check in atas tilam toto dah la...hahaha manyakkkk cantik muka hang! Kata Diyana..heh.




See? Tak de rasa tergoda nak check in ke?

Siap ada satu sudut indah untuk pengantin duduk bersimpuh sementara tunggu sang suami sampai lagi tuu..Ohh indahnyaaa.





Paling kagum, bilik pengantin juga adalah D.I.Y. Lagi memori, bilik pengantin adalah hasil tangan mak pengantin sendiri. Phewww!!Kalau tahu Mak Ngah ada bakat terpendam, Yong amik Mak Ngah D.I.Y bilik pengantin Yong dulu. Ceaaa nak jugakkk!


Lagi apa lagi apa lagi nak tengok??

Pengantin??

Uiii pengantin jangan cakaplah. Memang melecun abis. Kata bride, cun itu adalah wajib.


See..cun tak?




Ceh. Udahlah mengetongderam. Ada hati nak mintak orang mengaku dia cun. Pigiii dahh!

Heh. Sila lempang laju-laju.


Okey okey serius. Ini betul punya gambar pengantin. Memang melecun. juta kali lecun dari pengantin wannabe kat atas nun. Serius ni.




Haaa kannnn...

Gojes abis di situ.

Muka pengantin pun berseri-seri.

Sungguh, Diyana nampak sangat lain pada hari itu. Diyana nampak sangat bahagia. Rasa macam dah lama aku tak tengok Diyana senyum bahagia macam tu. Lama....baru ini dapat tengok semula kebahagiaan pada muka Diyana...


Sepupu kesayangan....dulu kini dan selamanya.



- TAMAT-

3 comments:

  1. alhamdulillah..bertemu jugak jodoh Diyana....dah ada teman untuk berkongsi rasa..kepada Diyana Semoga kekal hingga hujung nyawaaaa...aminnnnn

    ReplyDelete
  2. haii kak yong..dapat jugak diyana tu kawen....xmoh sedih2 dh cakap kt dia....semoga dia happy2 selalu....

    ReplyDelete
  3. nana ni
    semalam beriya je tau ingatkan kenapalah
    rupany berita gembira

    suka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...