Saturday, August 15, 2009

MY INCIK TUNANG



Skit- skit mengenai My Incik Tunang:

1. Nama penuh beliau Syaiful Amry bin Ahmad Syah. Nama kosong beliau Amry@Manong@Abang@Sayang@Ucuk.=)

2. Lahir pada 20 April 1985 kat Bukit Gantang, Perak. Berbintang Aries yang dikatakan tidak serasi dengan gadis berbintang Cancer mcm aku. Tapi kita bahagia kan?hehehe...

3. Berkhidmat sebagai anggota TUDM di Kem Jugra, Banting Selangor. Beliau bukanlah pegawai tinggi..jadi jangan berangan nak tengok aku kawin bawah pedang. hahaha..

4. Beliau sangat la suka menonton DVD dan bermain PS2. Itula bini no 1 and 2 dia..aku ni bakal bini no. 3. Cedih...

5. Makanan feveret??err..mamat ni jenis telan apa saja..tolak batu and kayu jek. Tp beliau sangat bahagia andai dapat p 'cap teh' bersama teman-teman sambil bergosip. Hehehe..

6. Terlalu penyabar dan berhati lembut. Aku tak pernah kena marah dengan Incik Tunang ni. Aku yg selalu marah dia ada la..hehehe..cowi ucuk.=)

7. Perangai buruk beliau? Sangup berbohong untuk jaga hati aku. Oh tak sukanya. Tp setakat ni aku berjaya discover semua pembohongan beliau..cuma cepat atau lambat jek. Jgn x tau, aku ada teropong hikmat. Hahaha..

8. Beliau sangat concern dengan minat aku terhadap ayam sampaikan bercita cita untuk jadi penternak ayam bila pencen nanti. Wah..dapatla aku mkn ayam hari hari. Hehehe..

9. Bukan seorang yg romantik dengan material e.g: bunga, hadiah, coklat bagai. Sekuntum bunga pun aku tak pernah dapat dr beliau..hatta yg petik tepi jalan pun. Tp aku tau beliau sayangkan aku sepenuh hati. Aiceceh...

10. Beliau bakal jadi suami aku, anak lelaki mak abah aku, imam aku, bapa kepada zuriat aku. Doakan kebahagiaan aku dan Incik Tunang..

3 comments:

  1. soooooooooooo sweet membacanya...diriku jdi 'ghalit' smp tergolek2 suka kerana incik tunangnya adalah TUDM...haihhh~ my ex pun TUDM juga...tapi pelamin anganku musnah bila sminggu nk tunang dia buat hal dgn 'awekssss' lain...xpe xde jdoh~huaaaaaaaaa!!!! sok incik tunang kmsalan dekat kwn2 dia ya sis =P

    ReplyDelete
  2. Dark Sensei - mahu cari jodoh tudm lg ke? ramai je abg2 tudm yg x abis2 suruh saya crkan mereka jodoh..hehehe

    ReplyDelete
  3. waaaaa!!! nak jugak :)

    ReplyDelete