Dalam entry sebelum ni aku dah citer skit-skit tentang My Incik Tunang kan? So arini aku nak citer skit-skit tentang aku pulak. Hehehe...ni boleh kata entry edisi membuka pekung di dada.Hahahaha..
1. Masa dalam perut mak aku dulu, mak aku sangat2 yakin yang aku ni baby boy. Dia siap booking nama Wan Mohd Farid dah untuk aku. Time melenggang perut, mak bidan tu bagitau yang anak dalam perut tu girl, tapi beliau tetap mempertahankan "kelakian" aku. Sudahnya bila kuar baby girl, beliau hampir2 nak mengatakan aku ni bukan anak dia. Nasib baik wajah aku yang comel tu mewarisi iras beliau. Jadi beliau akur yang anak sulung beliau ini girl..Huhuhu..
2. Asalnya mak nak namakan aku Wan Nor Fatin..hihihi. Tapi beliau kata nama tu nampak macam 'mati' jek. Sudahnya arwah pah aku yang bagi nama untuk aku..Wan Nor Fadzlina, nama yang diilhamkan dibawah pohon rambutan. Patotla rambut aku lebat mcm buah rambutan.hehehe..
3. Aku ada satu fobia masa kecik2 dulu. Aku sangat takut dengan bunyi guruh, kilat and hujan. Sangat takut. Aku masih ingat lagi camne aku berlari terkedek-kedek mencari kain buruk untuk tutup sgala lubang2 samada bawah pintu, kat tingkap segala dengan harapan air hujan tak masuk umah.Hahahaha..then aku akan menyorok samada dalam almari, belakang pintu, atau bawah katil sambil menekup telinga. Hahahah..sila la gelakkan aku.
4. Kecik-kecik dulu aku juga sangat takutkan tarian singa yang suka berjoget joget time CNY. Dalam takut-takut tu, aku tetap akan join kawan2 p tengok singa-singa tu bersiap untuk berjoget. Bila gendang dung dung ceng tu bunyi jek..Maka bertempiaran la aku berlari tanpa tujuan. Hahahaha..sampai sekarang famili aku suka ungkit citer tu. Mak kata aku lari tak cukup tanah. Dengan badan montelnya..korang imagine la sendirik.Hehehe..
5. Aku pernah kna rotan dengan abah aku masa kecik dulu. Reasonnya sebab aku selalu ponteng sekolah agama. Huhuhu...Tapi itulah first and the last time aku kna tibai. Sampai pecah2 cermin kat dinding korang tau? Sungguh takkan aku lupa. Apapun aku tetap sayang abah aku. Makin dah dekat nak kawin ni, makin aku sedih bila pikirkan abah. Serius.
6. Masa kecik2 dulu jugak aku ada satu habit pelik..aku sangat suka wat collection beg skolah, botol air, n kotak pensel. Tiap kali kuar jalan2 kat mall, aku mesti akan merengek rengek nak kan samada botol air, atau beg atau kotak pensel baru. Hehehe..Jujurnya sampai sekarang aku masih suka mingle2 kat department stationery bila p mall. Trasa sangat bahagia.Hehehe..
7. Aku ada bantal busuk. Sampai sekarang aku masih tido dengan bantal busuk. Bantal busuk aku haruslah mempunya bucu yang tajam kerana aku sangat suka gentel bucu bantal busuk tersebut sampailah aku terlena. Indahnya...
8. Aku juga suka cabut rambut gatal. Kecik2 dulu aku ada masalah gatal kulit kepala. Jadi aku suka cabut rambut kat bahagian kulit kepala yang gatal tu. Sedap kot. Sampai pernah satu masa, kepala aku botak kat tengah2. Dah macam keadaan bumi bila diserang kapal angkasa. Hahahah..
9. Aku tak pandai masak. Serius. Tapi mama kata aku sangat pandai goreng telur dadar. Sangat sedap even telur kosong jek tanpa cili bawang bagai. Hahaha..satu pujian yang cukup mengembangkan idung aku ini.
10. Aku pandai wat biskut choclate chips and kek batik. Tiap kali musim raya aku terpaksa buat hampir 1000 bijik biskut choclate chips untuk santapan keluarga. Sebarang tempahan tidak diterima.Hehehe..Baru2 ni, dah pandai buat kek choclate pulak. Sangat sedap kata famili aku. Kembang lagi idung aku.heheheh..
11. Aku ada 4 orang ibu pelbagai kategori (thn depan insyaallah dpt sorang lg.), aku ada 2 orang bapa yang bakal bertambah jadi 3, 2 orang adik kandung, 3 orang adik sebapa, seorang adik seibu, beberapa orang adik beradik lain ibu lain bapa, seorang tunang, ramai kawan2 yang best, dan beberapa ekor teddy bear yang sentiasa menemani aku. Aku sangat bahagia!
No comments:
Post a Comment