Wednesday, August 19, 2009

SUPPIAH...(JIWA TERSEPIT YA?)

Aku rasa sejak aku tadika sampailah aku amik CIMA, belum pernah lagi aku rasa sangat lah rugi kalo aku tak menghadiri kuliah. Dulu, aku memang ratu ponteng. Kecik-kecik dulu lg aku dah tunjuk bakat dah dalam ponteng memonteng ni. Tu yang sampai kena libas dengan abah tu.Huhuhu.Masa wat degree plak, kelas apa yang aku tak tuang? Sumer abis aku tibai. Tapi sejak sejak amik DPLI ni, tak pernah lagi aku ponteng kelas. Kesalahan devian tu.(Sila rujuk buku Sekolah dan Masyarakat Bab 8 kalo tak silap.). Aku suka p kelas kat UPSI ni. Biarla aku terpaksa menapak dari umah ke pintu timur sekalipun.(perjalanan biasanya memakan masa antara 15-20 minit jika berjalan dalam kadar yang sederhana), aku tetap akan gagahkan jua. Huhu.Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kerajinan aku ini adalah...jeng jeng jeng...tgk tajuk la dei! Suppiah la..mana lagi ada?
Siapakah Suppiah ini? Yang telah membuatkan aku mencipta rekod terhadap diri sendiri? Suppiah ini merupakan lecturer subjek Psikologi aku. Beliau tersangatla pandai dalam hal-hal menyiko aku dan kuncu-kuncu aku. Tapi serius, 7 minggu kat UPSI (atau boleh dikenali sebagai Proton City) ni, Mr. Suppiah ni dah byk mempengaruhi pemikiran aku dan kuncu-kuncu aku. Sampaikan cara kitorang bercakap pun dah mcm Suppiah.
Antara dialog yang menjadi kegilaan ramai dan sering digunakan dalam perbualan harian adalah seperti berikut:(Perlu dibaca dalam nada Suppiah)
1. Lambaian malar hijau..bersama kita berjuang!
2. Seribu satu isteri boleh kita cari, seorang bonda sukar dicari ganti..
3. Durjana la?!
4. Berkeliaran tanpa tujuan..
5. Jiwa tersepit ya?
6. Kurang bedak la?
7. Urusan malam ya?
8. Otak pegaga la?
9. Lucucah la?
Stop Stop Stopppp!!! Fuh, cukupla tuh. Memang banyak lagi sebenarnya. Ini baru dialog rutin beliau, tak citer pasal cerita-cerita lawak yang beliau utarakan semasa kuliah. Memang terbahak-bahak la. Tidak mampu kutahan lagi Jebat. Ini pun ada rasa nak terkucil ku tahan Jebat.Hahaha..Mr. Suppiah memang terbaeekkk la. Bersama kita berjuang...Cikgu Jo dan anak muridnya, Daneng. Lambaian Malar Hijau!

No comments:

Post a Comment