Saturday, June 12, 2010

EPISOD 4: GAMBAR LUAR PINTU

Owait....sekarang masa untuk outdoor. Huhu..

Outdoor aku pilih Taman Tasik Ampang Hilir jek. Senang..dekat pun dekat dengan rumah. Kami pergi berenam..aku, incik suami, OP, 2 orang cousin *merangkam 2nd OP.huhu* dan seorang mak sedara gojes. Huhu..

Jujurnya masa buat outdoor ni memang aku dan incik suami dah keletihan tahap suria baja hitam. Dengan cuaca panas teriknya....hulala la kami laki bini. Mata aku pun dah mula kering-kering..lupa nak bawak eye drop. Make up dah mula comot-comot, maklumlah dah petang. Memang rupa dah takde macam pengantin sangat dah time tu. Huhu Tapi demi untuk mendapatkan gambar terbaik aku gagahkan jua diri ni berposing mosing seperti yang diminta.


Err...kita layan gambar la terus boleh? Hmmm tapi maaf la ek sebab gambar-gambar kaweb aku semua kecik. Aku dah resize gambar ni sebab nak mudahkan proses upload. Kalau guna actual size..hmmm..mau berejam baru dapat upload sekeping jek. Huhu..


cinta si daun lalang..owh no!


lepas buat aksi ni incik suami tak abis-abis request nak dukung aku. Gila! Ingat bini kamu ni ringan seperti kapas? Owh sungguh aku tak rela nak patahkan pinggang laki sendiri. Hahaha.



ni satu lagi aksi yang nampak macam mudah semudah makan kacang goreng...tapi aduyai..ko tau betapa susahnya jari aku ni nak membentuk huruf "E" tu?? Owh Tuhan je yang tau...Errr nak tanya, kamu-kamu paham tak maksud aksi ni? Kalau paham maknanya aku berjaya..hehehe


Adore this pics...bukan apa, aku nampak kurus! Muahahahah!


Ada member kata muka incik suami persis Protege Mas Idayu yang baru ni..apa nama dia? Shaq ke apa ntah..Yeke ada rupa?? Huhu...tak boleh bagitau incik suami, nanti beliau mula senyum-senyum sendirian tanda perasan diri. Huhuhu..


Sebenarnya aksi ni nak tunjukkan kami laki bini seronok tengok daun gugur. Punyalah susah payah cousin aku kaut daun-daun kering then tabur ke arah kami..sudahnya takde selai daun pun yang kelihatan sebab background belakang semua pun ijau. Tapi reaksi pengantin esp pengantin pompuan maintain teruja. Huhu


Sebenarnya ada banyak lagi gambar outdoor ni tapi aku tak resize lagi. Owh lupa, gambar-gambar ni semua bukan dari OP tau, tapi dari lensa kamera cousin aku...Athirah. Semua gambar-gambar kawen sebelum ni pun dari lensa kamera dia. Memang berjuta liun thanks la untuk beliau kerana sudi menjadi 2nd OP tanpa sebarang bayaran. Muahhh!

Owh ye, semalam Athirah ni baru ajar aku edit gambar guna Picasa 3. Wah punya teruja aku mengedit gambar untuk dicuci. Nak tunggu gambar-gambar dari OP mesti lambat lagi kan, jadi baikla aku p cuci sendiri dulu gambar-gambar yang ada. Tengok dalam laptop je tak best la. Huhu..

Okey, cukupla untuk entri outdoor. Kalau ada masa nanti aku haplod gambar-gambar yang dah diedit pulak, tanpa sebarang proses resize. Baru puas sikit kan? Ini gambar cenonet jek...Haih!

Sebagai penutup entri..layankan gambar pengantin dengan selamba yaya meredah gerai cendol dan rojak lepas abis sesi outdoor. Semua mata pun memandang, tapi i peduli apa you..Panas terik tak hengat. Fresh Oren 1!!

makan! makan! pengantin belanja...=)





9 comments:

  1. yang gambar no3 tu LOVE!!
    hehehe menjadi laa...

    ReplyDelete
  2. Syima - nasib awk paham..maksudnya saya berjaya..yeay!!

    ReplyDelete
  3. yong happy gile okay muka even u kata penat sangat2, kalau boleh nak pinjam? hehe.. kalau i outdoor tak tahu la mcm mana muka kalau penat..

    congrats again!!

    ReplyDelete
  4. nurulhuda...serius sungguh penat time ni...kdg2 pandang kamera pun mcm kabur2 jek. Tapi senyuman tetap kena maintain...hehehe..

    ReplyDelete
  5. dear...sempat tu gi minum blanja OP..hehe

    ReplyDelete
  6. Harzharun - pastinya sempat....tekak ni dah haus sesangat time tu.huhu..memang nikmat betol lepak gerai mamak time tu biarpun semua mata memandang.haha

    ReplyDelete
  7. eh2.. rase nye mcm nampak je perantin ni outdoor aritu.. hehhee..

    ReplyDelete
  8. fiza - awk ada nampak kitoang ek?hehehehe..malunyaa....^_^

    ReplyDelete
  9. kite pun outdoor kat situ jugak.. hehehe.. ramai tul pengantin yg ada time tu ;)

    ReplyDelete