MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, June 10, 2010

EPISOD 2: MAJLIS NIKAH ITU

Jumaat...4 Jun 2010

Akhirnya tarikh ni menjelma jugak. Ingat lagi dulu masa tengok ticker belog tulis 7 bulan lagi untuk sampai ke situ...perghhh! Terasa macam azab gila nak tunggu. Punyalah terasa lama 7 bulan tu. Alih-alih sekarang dah sampai pun. Alhamdulillah....

Hari Jumaat tu aku bangun awal pagi. Walaupun badan masih letih dengan aktiviti semalam tp aku kena bangun jugak. Sedara mara pun dah mula ramai kat rumah, jadi aku kena mula buat apa yang patot.

Bangun pagi, mandi, breakfast nasik lemak sedap..yep memang aku makan puas-puas pagi tu. Makan sampai kenyang sebab takut nanti bila dah kalut-kalut aku tak sempat nak makan pulak. Jadi isi perut siap-siap.

Hari Jumaat ni sebenarnya hari yang agak bizi jugak. Ada beberapa hal lagi nak kena setel antaranya nak amik hantaran kat Merisik Gallery, and nak p amik tudung nikah kat Vispera. Pastu nak kena amik famili in law yang datang dari Seremban then bawak diorang semua ke hotel penginapan. Pastu ada lagi...nak kena p beli buah-buahan, and coklat untuk hantaran. Owh memang banyak agendanya.

Tapi aku dah cakap dengan famili yang aku tak mau keluar p mana-mana dah hari tu. Nak duduk rumah jek. So aku mintak tolong sedara mara la keluar untuk selesaikan semua urusan tu.

Malangnya.......aku terpaksa jugak keluar rumah.

Kenapa?

Contact lense aku rosak kena inai!!

Hahaha..mana la aku tau yang inai kat jari aku ni akan luntur bila kena air. Camni citernya, pagi tu lepas mandi aku ingat nak terus la pakai contact lense, nak biasakan mata ni sebab aku memang jarang pakai contact lense ni. Nak memakainya pun boleh amik masa berejam sebab tak reti pakai. Hahaha..Maka aku dengan confidentnya letak la lense aku ats tapak tangan sebab nak cuci dengan solution. Alih-alih tu dia................abis air solution tu bertukar kaler oren sebabkan inai kat tapak tangan ni. Abis lense aku pun berubah jadi kaler oren jugak. Haih!

So takkan nak pakai jugak kan?Kena infection nanti sape nak jawab? Aku nak menikah ni petang tu. Maka nak tak nak mak seret aku p kedai optical kat Ampang Point untuk beli contact lense baru. Nasib baik la ada stok. Siap staff dia pakaikan kat mata aku. Hehehe..Paling best ianya diberi percuma! Yeay! Alhamdulillah.rezeki..hehehe

So dah alang-alang keluar tu kitorang terus p beli buah and coklat untuk hantaran sekali. Yang kelakarnya tinggal lagi beberapa jam nak nikah aku masih sempat jumpa incik tunang yang baru sampai KL dengan famili dia dari Seremban *umah sepupu beliau* sebelum adik lelaki aku bawak diorang balik ke hotel untuk berehat, mandi, solat semua sebelum datang ke rumah untuk majlis akad nikah lepas asar nanti. Memang takde pantang-pantang jumpa dah kitorang. Lantak la..emergency. Huhuhu..

Selesai semua, aku bergegas balik rumah. Jam dah kul 2.30. Aku terus capai tuala p mandi puas-puas. Jap lagi dalam kul 3.30 Anje akan datang untuk make up. Dalam kul 3 camtu fotografer aku En. Razak dah sampai. Bagus betol sampai awal. Aku mintak OP aku duduk minum n makan kuih dulu sebelum mulakan tugas. Nanti aku buat entri khas tentang OP ok?

So seperti yang dijanjikan, kul 3.30 Anje sampai untuk make up kan aku. Menadah muka la aku selama kurang lebih 2 jam tu. Memang lenguh tengkuk-tengkuk. Tapi nak cantik punya pasal tahan je la. Heheheh.

Sedara mara dari Perak and Kedah dah mula memenuhi rumah. Kawan-kawan baik aku pun ada datang jugak. Korang memang best la. Rumah dah makin meriah, makin sesak. Maklumlah rumah sekangkang kera jek. Tapi kemeriahan tu yang buat majlis aku nampak menarik. Hahahha..Perasan.

Aku siap make up dan pakai baju semua dalam kul 4.30. Sempat amik gambar posing-posing seekor diri dulu dalam bilik. Huhu..Memang takde perasaan berdebar langsung lagi time ni. Tapi bila dengar orang kat luar bagitau rombongan lelaki dah sampai.....hulala..baru aku terasa gedebak gedebuk. Aku nampak Incik Tunang berjalan ke dapur, nak amik wudhuk mungkin. Dalam debar-debar gitu aku sempat bertanya kat kengkawan, incik tunang aku nampak hensem tak? Boleh? Hahahah..sengal.

Perasaan makin menjadi-jadi bila tok kadi sampai. Hok oloh...parkinson mai dah time ni. Memang takleh pikir apa dah. Sampai mak panggil duduk kat depan pintu bilik pun aku boleh blur. Hahaha...

Jom kita layan gambar sebab gambar memang boleh ceritakan segalanya..


dalam debaran...


khutbah nikah....kena dengar betol-betol ni


yes...inilah saatnya. Dengan sekali lafaz aku akhirnya menjadi milik dia.


penyerahan mas kahwin...terima kasih sayang



Pembatalan air sembahyang


ciuman pertama seorang suami


Puan Amry...=)


kami dah kawen..yeay!!


ngeeeeeeee......


hadiah pintu buat tetamu


Bersama hantaran dari pihak lelaki......sentuhan MG


syukur....akhirnya kami disatukan.


Syukur Alhamdulillah majlis nikah aku berjalan dengan lancar. Tanpa sebarang masalah yang besar. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kepada kawan-kawan blogger yang mendoakan majlis aku, thanks banyak-banyak. Sedikit sebanyak doa dari kamu-kamu memudahkan urusan pernikahan aku.

Thanks dear!

Doakan kebahagiaan aku dan incik suami dunia dan akhirat.

Amin..








Koleksi cerita kawen yang lain:

Episod 1: Beberapa Hari Sebelum Detik Itu

10 comments:

  1. aminnn...congrates wan! really happy for you...after mcm2 dugaan finally dah jadik cik puan dah skang =)
    ~ sgt cantik tme nikah tuh!

    ReplyDelete
  2. tahniah dear! kamu kelihatan sangat la cantik!

    ReplyDelete
  3. tahniah..tahniah..dan tahniah..

    ReplyDelete
  4. Cik ieza - Thanks! Owh satu lg..juta2 liun thanks ats entri khusus utk majlis saya di blog awk tu..*terharu*

    Xora - awning tajaan vispera..ngeeeeee..

    thalhazlin - cantik ek?hehehehe...thanks!!

    Hana - thanks..thanks..dan thanks...=)

    farahfatihah - thanks dear!

    ReplyDelete
  5. mcm2 cerita..haru betul.hehe.anyway..mesti lega sume da settle,kan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah :) suke sgt baca, hehe sambung yaa

    ReplyDelete
  7. yong, muka u dgn husbad mmg nampak berdebar, hehe. omg i dah start risau!!!

    congrats again.. last pic nampak baru nampak true color mekap, cantik!

    ReplyDelete
  8. Kay - sangat sangat lega bila saksi kata "sahhhh".hehe

    dd dudu - tgg entri baru esok okey!

    Nurulhuda - mmg brdebar gila time tgg akad tu..tp tok imam tu wat lawak trus x jd nk touching2..huhu..thanks ats pujian mekap itu.huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...