Monday, July 19, 2010

AKU TAK TIDO SEMALAMAN UNTUK BUAT INI

Sape kat sini pandai edit gambar angkat tangan??
.
.
.
.
.
.
.

Aku sungguh la tak reti. Tapi aku ada keinginan yang tinggi bak klcc untuk belaja edit gambar sendiri.

Owh lupa, kepada yang angkat tangan tadi, sila turunkan tangan masing-masing.

Ok sambung semula.

Agaknya ngedit gambar ni perlukan bakat alam semulajadi ke atau bakat belakang pisau yang diasah sampai tajam?? Kalau bakat alam semulajadi memang aku takde la kot. Aku ni kalau kamu suruh lukis orang lidi pun belum tentu cantik orang lidinya. Silap haribulan jadi orang mop!

Haih!

Sangat cemburu pada mereka yang punya bakat istimewa itu.

Tapi kalau kita tak cuba mana nak tahu kan? Lagipun berlambak dah software edit-edit gambar sekarang ni. Kamu tanya jek incik google. Jangan lupa mintak yang free. Hehe.

Macam aku siap dapat 3 software free.

1. Picasa 3

2. Photoscape

3. Photoshop....hanya bertahan beberapa minit pastu aku delete dari laptop. Sungguh aku tak reti guna photoshop. Rumit bebenau. Padahal inilah satu-satunya editing software yang aku belajar secara formal dalam kelas dulu. Tapi sumpah sampai ke hari ni aku tak paham fungsinya. Its complicated bak kata Avril Lavinge. *ater betol ke aku ngeja nama minah saleh tu?*

Maka aku guna dua software jek. Picasa 3 tu aku dah familiar sikit dah sebab dah lama jugak kitorang bersahabat baik. Cuma Photoscape tu jek baru malam ni aku mintak kat incik google. Jadi sesi ice breaking tu masih tak abis lagi.

Nak edit gambar ni bukan senang rupanya ek? Perlukan tahap kesabaran yang tinggi melangit.

Mana taknya...ko kalau nak edit gambar kena kenal semua function yang ada, tau cara guna semua tools yang tersedia, pendek kata kena tahu semua la. Dan proses nak tahu semua tu bukan makan sejam dua ye..boleh jadi berminggu-minggu.

Dan untuk budak baru macam aku ni, yang baru habiskan 3, 4 jam godek-godek software ni, maka jangan diharap la hasil editan *ada ke word ni?* yang terbabomm bak OP-OP terkenal ye. Memang jauh panggang dari pulut panggang, Apatah lagi dari ayam panggang. Memang jauh!

Yang aku mampu...cuma ini.


Aku suka tona warna gini. Tapi tak semua gambar sesuai guna warna camni pun. ke aku yang tak reti?? Hmm tidak syak lagi, memang aku yang tak reti. Huhu

Lagi,


Kalau ikut gambar asal, ada sorang minah saleh dok posing mosing jugak kat belakang aku. Aku godek-godek sang Photoscape tu......Tara!!! Hilang. Magic kan? *padahal orang lain dah tau lama dah camne nak magic-magic kan objek dalam gambar ni*

Seterusnya..

Gambar ni pun aku magic-magic kan jugak. Kalau ikutkan kat laut belakang aku tu ada 3 ke 4 buah bot ntah. Tapi aku dah ghaibkan semua, tinggal sebijik bot saja. Budak-budak pat lima orang sedang mandi-manda kat belakang tu pun aku dah "lemaskan". Ilang tanpa dapat dikesan. Hahaha.

Okey ini pulak..

Aku memang suka betol gambar ni. Sebelum edit pun memang aku dah suka dah. Haii..siapalah tukang petiknya ek? Hehe..

Ada lagi?



Gambar ni sekali tengok aku memang jatuh chenta. Tapi dua kali tengok aku jadi nyampah. Sumpah buruk gila peha ayam segar dari ladang aku tu! Hishh!

Blum habis lagi..


Ini gambar make-up masa bertunang setahun yang lepas. Bila tengok gambar ni aku musykil betul...kenapa gambar time make up orang lain semua lawa-lawa, cun jek, nampak macam artis-artis diva-diva jek. Tapi gambar aku??? Awat la huduh semacam?? Tak gelemer langsung. Sampai sekarang aku musykil..Hmmmmm...*sambil pegang janggut yang tiada*


Owh ini pulak gambar masa rombongan meminang sampai. Aku jumpa function "fisheye" kat Photoscape tu. Boleh buat gambar melengkung. Ikut suka la nak melengkung berapa darjah pun. Darjah satu ke darjah dua ke darjah enam ke..Tapi kalau amik darjah enam nanti kena amik UPSR. Kena tunggu sampai UPSR confirm mansuh baru boleh amik darjah enam. Selamat sikit. *tak paham?? Tak paham pegi amik newspaper, ada berita tentang UPSR nak dimansuhkan*


Ini gambar hantaran bertunang dua-dua belah pihak. Yang pink tu dari aku and vice versa. Aku gubah senirik ni hantaran masa ni. Kemain gigih tanya kat incik google camne rupa dan cara nak gubah hantaran sendiri. Siap taip kat enjin carian "hantaran ekslusif". Ha..inilah hasilnya...Ekslusif la sangat. Bunga pun pelsu cap sin yin. Haha!

Hmm..editing gambar buruk.



Orang tua-tua tengah berbincang bla bla bla. Sungguh memori detik ini. Jadi aku edit ala-ala gambar lama...tahun 1980an. Haha..Gila lama kau bertunang ye Yongnana??


Tetiba kuar gambar nikah pulak. Sangat tak mengikut kronologi. Ada ke hanimun dulu, pastu bertunang kemain lama *dari 1980an* pastu tup tup baru menikah? Hahaha!

Oii Oii jangan pikir lain ek? Kisah hidup aku penuh dengan kronologi yang amat tertib okey? *heh, tetiba risau orang pikir aku btol-btol hanimunan dulu sebelum btunang.apakah??*

Okey ulasan gambar terakhir...


Gambar huduh amat. Sila tunjuk ajar ku sifu.


Sekian.




p/s: Jangan kamu tanya kenapa aku edit gambar sekian-sekian, nape tak edit gambar sekian-sekian. Aku memang pick gambar randomly jek. Ikut suka jari aku nak click yang mana. Hehe.

13 comments:

  1. wan..gambo hantaran..cantik la hantaran..suka..huhu..

    ryna lagi x pandai edit2 nih..hehe..

    ReplyDelete
  2. dear, guna la photoshop..best tau..blaja perlahan2 sure bleh punya!!

    ReplyDelete
  3. rajin giler edit.hahaha..mesti takder keje kan?bila lah kite nak posting nie cikgu?

    ReplyDelete
  4. Fikaryna - tenkiu puji hantaran tu cantik...hehe. agak2 boleh amik upah x?hehee

    Farah Fatihah - tak reti la guna....penat dah godek.Tp mmg tau photoshop mmg lg best..ada jual manual x utk blaja photoshop ni??huhu

    Shalin- mmg xde keje..malam2 berjaga buat keje xde pekdah jek slalu..Kamu mlm2 buat apa??Jeng jeng jeng..

    Posting tak tahu la cikgu oiii..menanti dan terus menanti..owhhh bilakah??

    ReplyDelete
  5. pandai la tu...kalu saya bape tahun baru nak siap tu.kalu nak ngedit2 ni mmg nak kene mengabdikan diri kat lappy...silap2 tak masak tok somi tercinto

    btw cantik la gambar hnymoon korang...g mana ae

    ReplyDelete
  6. Eka..tu je yg termampu dilaksanakan..kna menuntut lg gigih kalo nk gambar lg cantik.huhu

    Kami p hanimun ke langkawi bln lps..best!

    ReplyDelete
  7. hehe...cantekk...tp kalau blh gambar2 kawin jgn edit sampai muka kita jd gelap...=)
    sume cantek

    ReplyDelete
  8. sy pon tgh blaja mengedit gamba nih... cube awk search tutorial photoshop.. byk.. sy blaja dr stu je =))

    ReplyDelete
  9. Syima Syaz - gambar kawen kalo boleh tak mau edit beria..nnt rosak gambar.kalo nak edit pun wajib tinggalkan copy yg ori sbg back up.hehe.

    Gambar nikah kat ats tu memang huduh..gelap mcm kicap.hehe

    Shida - ooo camtu ek?owait dear! Thanks share info!

    ReplyDelete
  10. i usually use Photoshop CS2..and then topup ngn topaz application.. terbaik~!

    and photoshop ade byk tutorials on youtube

    ReplyDelete
  11. akak...gmbar yg 1st tu cam ner nak wat ek...suka ngan tone...sy pn bdk teringin nk blajaq jugak...godek2 dlm photoscape xjumpa gak...huuuhhh

    ReplyDelete
  12. intan..gambar first tu kalo x lupa akak guna tool filter> film effect> cinema atau cross process.

    tak ingat mana satu. Pastu akak tambah2 efek lain..Ikut suka jek..kata baru belaja. Gitu la kekdahnya..huhu

    ReplyDelete