Aku ingat lagi, dulu masa sekolah rendah, dari darjah 1 sampai darjah 6 bila dah dekat hujung-hujung tahun tu mesti cikgu akan buat soal selidik tentang cita-cita murid-murid termasuklah aku. Cikgu akan panggil nama setiap murid sorang-sorang pastu murid-murid yang namanya dipanggil haruslah berdiri dengan pantas dan sebutkan apakah yang anda ingin jadi untuk tempoh 10 ke 20 tahun akan datang. Bukan jado ottomen, ke flash man, robocop ke suria baja hitam ke apa, tapi apa cita-cita kamu. Beritahu cikgu apa cita-cita kamu. Pastu aku nampak cikgu akan tulis cita-cita yang murid-murid sebut tu dalam buku rekod penilaian memasing. Cenggitu la kekdahnya.
Ada tak cikgu-cikgu kamu buat gitu?
Takde??
Aik apsal sekolah aku je ada wat camtu??
Sudah lah tu, cikgu siap mintak senaraikan tiga cita-cita ko tau?? Dan hendaklah disusun mengikut tertib. Yang paling minat terkagum teridam-idam mesti duduk paling atas. Yang paling kau menyampah, kalau boleh tak nak jadi pun tapi sebab cikgu dah mintak sampai tiga cita-cita dan ko cuma tau tiga jenis pekerjaan tu je masa tu, maka kau sebut la jugak dan yang itu kau letakkan la paling bawah.
Kamu tahu apa cita-cita aku masa kecik dulu??
1. Doktor *ni cita-cita yang memang glamer la zaman aku dulu. Sape yang tak taruk doktor sebagai cita-cita memang akan dipandang kuno ataupun dianggap tak pandai matematik oleh kawan-kawan. Maka harus letak "doktor" sebagai cita-cita paling atas sekali supaya dianggap pelajar pandai matematik walaupun hakikatnya sifir 6 pun kadang-kadang sangkut. Tapi harus!*
2. Peguam *Walawei!! Aku pernah rekodkan mahu menjadi peguam bila besar kamu tahu? Gila kentang putar. Sumpah masa sekolah rendah dulu aku tak tahu sangat peguam tu camne kejenya. Yang aku tahu keje peguam dalam mahkamah. Kawan dengan hakim yang rambut putih gulung-gulung tu. Pastu pakai baju hitam macam hebat gagah perkasa jek. Maka "peguam" harus ada dalam senarai. Hahaha*
3. Pramugari * Ini memang paling tak boleh blah. Pramugari wokkk??? Adeh la...sape la yang pengaruh aku untuk jadi pramugari masa ni entah lah. Nak kata selalu terbang naik flight yang memungkinkan aku kagum dengan kerjaya ni, baru sekali jek aku naik kapal terbang. Nak kata pengaruh drama TV, ada ke citer ala-ala Awan Dania dulu-dulu??
Tak de kan?
Entah la labu..Memang tak sedar diri aku time tu. Badan dah macam tong deram, ada hati tu...Alahaiii...
4. Akauntan. * Hehehe..ni 100% pengaruh dari mak aku. Mak dari dulu sampai sekarang pegang jawatan Penolong Akauntan di MPSJ. Jadi dari aku kecik lagi aku dah terbiasa dengan perkataan akauntan ni. Dan dulu-dulu bagi aku keje akauntan ni macam keje mak. Kira-kira duit. Sampai pernah satu masa aku konpius antara akauntan dengan cashier pasaraya. Dua-dua pun kira duit jugak. Huhu..
5. Guru *Hmmm..guru adalah nama yang paling aku sebut-sebut dalam buku rekod aku. Boleh kata setiap tahun mesti ada "guru" sebagai salah satu cita-cita aku. Wajib ada. Tak tahulah kenapa aku minat sangat nak jadi cikgu. Tapi memang tak pelik bila budak-budak kata nak jadi cikgu masa kecik sebab setiap hari hidupnya bergelumang dengan guru. Kat sekolah nampak guru, balik rumah pun dok terbayang muka cikgu. Lagi-lagi cikgu yang garang misai lebat yang bagi homework matematik berlambak-lambak tapi aku tak siapkan lagi! Wakakaka! Gerun!
Aku kecik-kecik memang tak luas perbendaharaan kata. Aku tak pernah tahu apa tu arkitek, jurutera,juruaudit,programmer, angkasawan, buruh binaan, makcik cleaner bla bla bla semua tu. Memang aku tak kenal lagi. Aku cuma tahu *yang tak berapa tahu* lima jenis kerja kat atas tu jek. Sudahnya lima tu la aku dok ulang-ulang setiap tahun dari darjah 1 sampai darjah 6. Haha.
Bila aku masuk tingkatan 3, aku mula nekad *ni betul-betul nekad* untuk pilih "akauntan" sebagai cita-cita sebenar aku.
Kenapa??
Hehehe..konon-konon nak teruskan perjuangan mak. Aiceh! Mak aku lulusan Diploma in Accountancy (DIA) dari ITM. Beliau lulus cemerlang dan ditawarkan sambung degree in Acountancy di luar negara tapi..............*hmm ada tapi*, mak tolak sebab dah seronok kerja dan dah sibuk nak kawen. Alahaii omak...
Maka aku konon-konon nak sambungla perjuangan mak yang terbantut tu. Aku nekad nak amik degree akaun kat UiTM. Muktamad! Takde tukar-tukar dah. Sampaikan tiap kali lalu depan UiTM Shah Alam tu aku mesti cakap dalam hati..
"satu hari nanti aku mesti akan ke sini. Mesti."
Dan Alhamdulillah, aku berjaya amik degree akaun kat UiTM Segamat, Johor. Walaupun bukan kat UiTM Shah Alam tapi tetap seronok gila. UiTM Segamat best apa??? Hanis Zalikha blogger terkenal tu pun budak UiTM Segamat jugak what?? *haha...tumpang glamer*
Bila graduated merasa la aku kerja sebagai juruaudit kat firma audit swasta. Weh, apsal tak jadi akauntan?? Dulu kemain kobar-kobar nak jadi akauntan??
Huh!
Kalau kat firma-firma swasta ni, bila sebut kerja akauntan saling tak tumpah macam kerja kerani akaun. Sebijik. Tambah-tambah kalau kampeni kecik. Silap-silap ko yang key in akaun, ko yang sign, ko jugak yang approve. Adeh..aku tak mau akauntan gitu. Biarlah aku jadi auditor, skop keje lebih luas dan lebih mencabar. Mana tak mencabar, dalam 5 kali submit file, paling kurang 2 file mesti kena baling kuar dari bilik bos. Hahah! Gila kena kuat mental fizikal kalau mahu jadi auditor. Mana-mana auditor pun lebih kurang jek. Bos semua pesen baran. Huhu.
Bila dah asik kena humban baling fail jek, aku dah mula bosan. Bosan weh kalau dah sampai satu tahap ko takde motivasi dah nak pergi keje, apatah lagi nak buat kerja. Memang bosan. Aku mula berkira-kira nak cari kerja lain, yang tak stress sangat, yang best, yang gaji banyak.
Ops, cakap pasal gaji, kamu tahu tak masa aku kerja auditor dulu gaji aku berapa??
Teka lah..
Rasa macam banyak kan? Maklumlah..auditor. Dengan bunyi pun dah ala-ala editor. Ubah sikit lagi mungkin boleh jadi Edi Pak ataupun Edry KRU. Gaji mesti mahu mahal lor...
Tetapi..
Takde maknanya.
Gaji aku cuma RM1550 sajork masa aku resigned aritu. Itu pun adalah increment skit sebab prestasi aku bagus sepanjang tahun *mahu puji diri jugak.hehe*. Kalau tak RM1400 sajork okey?
Tapi apapun Alhamdulillah..ada jugak rezeki dari takde langsung.
Maka makin hari aku makin merajuk dengan dunia perakaunan. Ceh, baru kerja setahun lebih dah merajuk. Pigi daa!
Dan memang aku pergi.
Aku tekad nak mohon jadi guru. Yep. Cita-cita aku yang tak pernah aku lupa bagitahu kat cikgu dulu-dulu. Ya...patotnya dari dulu aku jadi cikgu. Kerjaya tu lebih sesuai dengan jiwa aku.
Terus dengan pantasnya beli borang DPLI, then isi secara kelam kabut dan hantar pun macam lipas kudung sebab tarikh tutup penyertaan *eh bukan, permohonan* adalah esok! Fuh fuh fuh!
Dan alhamdulillah aku berjaya ke UPSI. Amik DPLI dalam kursus Perdagangan/Perniagaan.
Dan tamat belajar dah pun. Praktikal pun dah selesai. Sekarang cuma menunggu penempatan mengajar sahaja.
Aku dah mula rindu untuk ke sekolah semula.
Rindu amat.
Kangen bangat sama budak-budak nakal begini.
Dan juga anak-anak cerdik pandai gini.
Juga rindu pada rakan-rakan seperjuangan seperti ini
Incik KPM...cepatlah posting kan kami.
Cepat lah incik...cepat lah..
Errr..saya mahu mengajar di Labuan boleh tak incik KPM??
Boleh la...boleh la...*sambil menyanyi lagu bolehlah boleh gelekkan Mas Idayu*
aku plak xsangka ko jadi cikgu betul2..padahal aku dh nmpk bakat terpendam ko ms blaja sesama kt uitm..hahahaha~ apa2 pun all d best yer dear..
ReplyDeleteWah..ninie, ko dah lama nampak bakat terpendam aku ek??Hebatlah ko ni...mmg tak syak lg aku jadi cikgu kan?hehe..
ReplyDeleteThanks Ninie!
sangat setuju ngan entri wan.. mmg masa kecik2 dlu tu jek la vocab utk cita2 idamanku.. peguam, dokter, cikgu.. kalo yg lelaki plak polis, bomba hehehehe comel jek kn..
ReplyDeletetapi bila dh dewasa br la masing2 kejar impian masing2.. mane yg larat nk dikejar la :P
sy penah menangis sehari semalam sebab masa tu apply DPLI x dpt.. mmg meraung giler.. my sister dapat lak tu lagi la down.. tapi syukur.. dapat pekerjaan yg lain dari org lain hehehee~~
ape2 pun ape yg kita citakn x semestinya kita dapat.. :)
besnye jd cekgu kn?time hari guru dpt present..xsaba nk abiskn degree pastu nk apply kpli..berbakti pd anak bangsa kn cekgu nana?hehe
ReplyDeleteCik Fiza - btol tu..x semestinya apayg kita letak as cita-cita dulu akn jd kenyataan..tp x bermakna kerja yg kite x pernah terpikirkan pun masa kecik dulu lngsg x best..kadang jauh lebih best. Hehe
ReplyDeletePuan Nanie - wah..mahu jadi cikgu jugak ye?bagus bagus..welcome to the club!=)
itu rupenye rentetan idup yong...in my case doctor tu tak pnah berubah..dari umur 4 taun sampai la....
ReplyDeletemasuk 1st year medschool..trus nyesal tamau jadik doctor tapi da terlewat..now tggal sebulan 2 je kalo tade pepe aral..hoho..*doakan exam kami pass ye,cikgu--> doa cikgu makbul lbih skit*
Kay..wah wah wah..kamu bakal doktor ya? Hebat hebat! Saya ni memang tak de kelayakan langsung nak jadi doktor..Nampak katak pun dah jerit satu bilik air. Haha.
ReplyDeleteGudluck ya Doc to be!*cikgu dah doakan dah ni.hehe*
masa kcik2 dulu pun saya nak jadi pramugari, cikgu!
ReplyDeleteXora - sama la kita ye? Malangnya tinggal kenangan dalam report kad je la cita-cita tu.huuhu
ReplyDeleteTerkenang masa kecik lagi ;p
ReplyDeleteBetul apa yang Wan tulis tu sebab masa kecik, hanya 5 jenis pekerjaan tu je yang glamer dan mak pak selalu sebut2. Main pakai hentam je kita sebut, padahal tak tahu apa pun.
Dulu, kuat sangat nak jadi doktor. Tapi, IQ tak segenius doktor. Apapun, bersyukur dapat jadi misi. At least, still in health site ;p
p/s: Wan, kalau nak tengok resepi takoyaki, sila la ke blog KAK INA KL. Cuba2 lah, mana tau jadi fevret pulak.
Azlina - Tokayaki?? Senang ke nak membuatnya? Kalau senang nak je cuba..tp kalo rumit bebenau kang mau je tukar nama jadi tokakkaki *gegetkaki*.Hahaha!
ReplyDeleteo...cikgu jugak ye awk ni...napa nak kat labuan...hubby kat sana ae...syoknya kalu dpt labuan,dkt sket dgn kk
ReplyDeletegud luck k my anty pun mgajar kat labuan :) hehe ape pun all the best k take cre
ReplyDeleteEka..a'ah..hubby keje kat sana..tudm labuan. Jadi mengharap sgt kalau dpt ngajar kat sana..huhu..doa-doakan ye.=)
ReplyDeleteFana, thanks ya..moga-moga dpt satu sekolah dgn aunty awak.hehe
ReplyDelete