Berjodohkan seorang tentera.
Tak pernah terbayangkan langsung masa dulu. Sikit pun aku tak pernah terpikir yang aku akan berkongsi hidup dengan seorang tentera. Tak kisahlah tentera laut ke darat ke udara ke, langsung tak pernah terlintas.
Tapi itulah jodoh namanya. Tak kisahlah tak pernah lintas ke tak pernah seberang ke kalau dah tertulis itu jodoh kamu, maka berijab dan kabul la kamu berdua.
Dan sepanjang 3 tahun aku berbuah hatikan sang tentera, memang banyak pahit manisnya. Kalau nak diibaratkan mungkin dah jadi ikan siakap tiga rasa! Pahit manis payau! Haha.
Kamu rasa best ke jadi kekasih/isteri tentera???
Uiii...best apa.
1. Abang-abang tentera biasanya disiplin diri sangatlah tinggi. Kalau setakat nak kena bangun seawal subuh pagi tu memang takde hal la. Jadi tiada masalah untuk susah payah jadi jam loceng mereka. Memang sangat punctual, kemas, hebat bergaya. Markah tinggi untuk disiplin diri.
Errr...tapi incik suami ada masalah untuk sidai towel di ampai selepas mandi. Beliau lebih suka sidai atas tilam. Huhu.
2. Sangat protective. Sesuai dengan kerjaya mereka yang sanggup bergadai nyawa untuk negara, macam tu jugak la mereka sanggup perjudikan diri untuk kamu.
Macam aku, aku sangat fobia terhadap anjing dan kera/monyet. Sangat takut hokey? Sampaikan kalau aku terserempak anjing on the way nak ke kedai, ke mana ke, aku lebih sanggup pusing balik ikut jalan jauh ataupun tak payah teruskan jalan. Terus meluru balik ke rumah dengan nafas laju menggila. Gila seram.
Tapi bila ada incik suami di sebelah...
Anjing ke kera ke monyet ke..
Apa ada hal??
ceh.
3. Ayat power. Hahaha.
Ko ingat ni iklan power ruk?? *saya menang moto. Terima kasih pawaruk*
Haha.
Tapi memang itulah yang aku rasa. Incik suami macam punya kuasa dalam bab-bab mengayat ni. Aku pun kadang heran, aku merajuk la sebesar mana pun. Kadang tu sampai dah sms "benci" "meluat" "menyampah" segala bagai yang busuk-busuk semua aku hambur kat dia. Tapi dia tenang jek. Siap boleh balas balik semua rajukan aku dengan penuh kasih sayang.
Maka mencair la aku bak lilin yang kependekkan sumbu. Haha.
Tapi ada bahayanya juga ayat power ruk ni. Beware!!
Tapi ada jugak tak bestnya bila berlakikan tentera ni. Memang boleh buat makan hati. Kalau makan hati ayam masak kicap ke sedap la jugak. Ini tak...sakitkan hati jek. Huhu.
1. Sakit tak hati kamu bila si dia asik-asik membizi je sepanjang masa. Macam incik suami, kerjanya memang pelik sikit. Satu hari duty 24 jam, esoknya off satu hari. Pastu lusa duty lagi 24 jam, tulat off lagi satu hari. Nampak macam best kan? Selang sehari cuti. Kiranya seminggu kerja 3-4 hari jek. Sorga!
Tapi sorga kebendanya??
Tiap kali off day incik suami akan bantai tido dari pagi membawak ke malam. Abis tu bilanya masa untuk aku?? Haih!
2. Kalau kamu mahu berboiprenkan atau bersuamikan sang tentera, get ready la fizikal dan mental. Jangan terkejut kalau semua plan untuk berdetink, berjumpa, bercanda terpaksa dibatalkan secara mengejut. Pasti akan berlaku.
Macam aku, setakat plan nak jumpa, nak detink semua tu ter cancel tiba-tiba tu memang dah lali dah. Biasa sangat. Kalau kamu nak tahu, aku hampir-hampir terpaksa batalkan majlis perkahwinan sebelum ni semuanya gara-gara prosedur dan gaya hidup pelik seorang tentera.
3. Yang ni aku tak sure betul ke tidak. Nak ulas panjang pun tak berani. Kang tak pasal-pasal kena saman. Haha. Tapi aku memang selalu dengar benda yang satu ni. Dan pernah berlaku depan mata pun. Tapi tak berani la nak komen lebih. Bak kata orang terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata memang di setan-setan ko nanti. Uiii..tak berani.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi betul ke orang kata tentera ni playboy??
Ayakkk!!! Lari!!!!
like ur entry..hihihi
ReplyDeletesbb saya pun berboypren kan tentera jg...apa yg akak ckp tue mmg btol pun..x di sangkal lg..cuma yg playboy tue bkn boypren saya laaa...hahahaha
Setakat nk kua date tak jdi tu normal ..bb kte brkngsi diri dye dengn negare ..yg pnting pcye dye stia ...kita nie sbagai kekasih abg askar kita kena tabah n kuat ...😊😊
DeleteMissy Rara..uishhh..yg playboy tu tentu2 bkn boipren kamu..juga bkn suami akak. Hehe
ReplyDeletehihi..entry yg sgt kena-mengena dgn hana..hehe..tapi en tunang saya tak romantik lgsung..huh..
ReplyDeletexpe hana..romantik tu bkn pada bibir dan material jek.pasti kdg2 ada perbuatan dia yg comel n romantik.kan kan?hehe
ReplyDeletesebenarnye kalau dah 'playboy' tu ada di mana2...tak kisahla polis ke,tentera ke,even steward atau banker sekali pun....atau mat despatch...
ReplyDeletepeace!hehe
Syima, btol jugak kan?kalo dah lelaki cap arnab tu cap arnab jugak..di mana jua mereka berada.hehe
ReplyDeletecekgu pun ada yg playboy jugak kan..tp bkn somi sy..hahaha..nak bela laki jugakkk...
ReplyDeletetak pe lah yong
ReplyDeletejodoh dah tersurat macam tue
sepupu shalin pun bersuamikan tentera juga tapi bahagia sampai sekarang..anak 4 dah pun.hehe..tapi tue la..sepupu selalu kena tinggal..alah,kena tinggal pun anak anak ada kan..apa kedah kan?hehe
Farah,btol tu...cikgu pun ada playboy..lagi siap kes cabul cabul anak murid lagi.ish ngeri!Tapi tentunya bkn somi kamu.hehe
ReplyDeleteShalin, kalau dah jodoh kan..nak nyuruk kat dlm gua tempurung pun pun jodoh tu dtg cr jugak..hehe..err tp ni jodoh sukarela..I bahgia u! Hehe
yela..pernah juga dgr org ckp askr playboy..tapi i tak setuju statement tu..i ada kawan keje askr..dia setia sgt2..tp dia yg dipermainkan..
ReplyDeletebaru terbaca link ini..coz akan kawen dgn tentera...pernah gak org kata army ni playboy...tp sbnarnye terletak pada empunya diri sebenarnye, x kisah la die kje ape skali pon...so far, boyfren sy ni mmg awl2 mengaku die x romantik, sgt displin, punctual dll. bab setia, masih dlm pemantauan...boleh percaya tp bkn 100%...tp setakat ni die seorg yg setia...dah malas nak mengorat2 dh...ape2 pon thnx sharing...gud info for me..
ReplyDeletebeshnye ade post gnie..at least bley tambah ilmu..sy nie mmg bodo btul psl life tentera..b4 dis xberminat nk berkenalan..but at last tu pulak yg jd bf..n mmg btul2 mental ngn diorg nie..klu xkuat..bley giv up gtu je..thnx dear 4 sharing dis.. ;-)
ReplyDeleteItu yg awak perhatikan dari kaca mata seorang Wanita..cuba selidik lagi latar belakang aktvt mereka bersama sahabat..awk akan lagi terkejut..
ReplyDeleteHaha...agreed..cz sy da pn seelidik..sy pn tunang kpd askar jgk..mmg mcm mcm ad...tp ukhwah dorg sy puji..mmg tip top!
Deletesrius sy tkut di uji ble dh jd mlik army nie.
ReplyDeleteterima kasih atas entry nie .. dah kurang sikit rasa takot saya utk berkawan dgn tentera .. :)
ReplyDeletesy tunang kepada seorang tentera..kehidupan kak cm nk sama dgn sy
ReplyDeleteseronok baca entry akak.. hhehehe kelakar ada... sedih ada,, TAKOT ADA HAHAHA macam2..
ReplyDeletemintak Allah jaga dia.. in shaa Allah :)
ReplyDeleteOwhhh..sgt same ok..tang dating tu dah mmglah.lali sgt2 dah.pasti cancel last minute.dan kdg2 naik menyampah lak skit2 dia ckp askar slalu kawen dgn cikgu@nurse sbb diaorg phm keje..adoi...abis org keje pjbt xphmlah ekk.hehehe
ReplyDeletebetul ke tentera laut @ navy ni ade main perempuan kat kapal? bakal nak bertung navy, tapi bile dgar cerita buruk pasl navy ni, takutlah plak..... plis share pendapat n pengalaman
ReplyDeleteNo komen sbb takde pengalaman berkawan dengan navy. =)
DeleteEh xda la..
DeleteXde la...pakteh sye pon navy..ok jep..=) bahagia gtue..
DeleteYke kak?tkot plak rsenya...sbb boy sye pun tntera..
ReplyDeletebngga bla dating ngan dia kawal kta p bla dh blik kem lpa gf dia pe2 syg abg sngt2 kopral khairul azhar
ReplyDeletesedih syik kna tggl..pepe pon syg kamu kopral khairul azhar bin busu
ReplyDeleteye btul sama sebijik.. dari bab towel, jadual duty ngn cuti.. bersabarla kita.. tang playboy tu.. ermmm...
ReplyDeletehai..saya kawan dgn tentera udara..playboy... huhu...sabar sgt2...tapi semangat dalaman nk jugak tentera..hope dpt jumpa yg lain..
ReplyDeleteSy selalu dgr org bgtaw, askar ni selalu curang aka playboy.sy xpercaya sampai lah sy kenal sorg askar ni.dh beristeri.kantoi byk kali dgn isteri dia main kayu tiga tp isteri dia bg chance lg.paling latest bulan lepas, dia kantoi lg angkut perempuan lain pegi lepak sana sini..masa tue isteri dia tgh sarat 8 bulan mengandung.kesian sy tgk isteri dia..berendam air mata.bila mntk cerai dia xnak lepaskan siap merayu cium kaki isteri sume.isteri bg lagi peluang..lepas tue isteri dia bersalin ceaser.hntr duk kampung..masa isteri dia tgh pantang ni dia bwk janda plak ke sana ke mari.sy tahu xkisah mana2 pon kalau nk curang boleh curang.tp most of them adalah askar.org askar sendiri bgtaw sy sbb diaorg ckp dlm kem bosan.stress. bila keluar rasa nk enjoy je..bnda ni jdk dpn mata sy..kesian kalau dpt lelaki mcm ni.isteri bertarung nyawa dia enjoy dgn pompuan lain kt luar.nauzubillah..sekadar berkongsi cerita..
ReplyDelete