Monday, August 2, 2010

YES NO I LOVE YOU

Masuk tahun ni, umur aku genap 26 tahun.

Ini bermakna sudah kurang lebih 21 tahun aku belajar Bahasa Inggeris samada secara formal atau tak formal.

Lama kan?

Memang lama amat.

Tapi aku sampai sekarang masih tak mahir berbahasa Inggeris.


sumber:google images

Betul ni. Tak tipu. Aku memang mengaku aku lemah betul dengan bahasa penjajah yang satu ni. Kadang aku rasa rendah diri gila. Kenapa lah aku ni bebal sangat bab-bab Bahasa Inggeris ni. Padahal dah 21 tahun aku bergelumang dengan bahasa tu.

Sedih.


Bila aku tak pandai Bahasa Inggeris, mula lah aku tak suka subjek tu. Bila dah tak suka subjek tu, mula lah aku mencik kat cikgu yang mengajar. Serasa aku tak de sorang pun cikgu feveret aku cikgu Bahasa Inggeris. Memang aku tak suka. Aku tak suka sebab aku tak paham apa yang diorang sok sek sok sek dalam kelas. Aku jadi mencik sebab aku malu nak tanya soalan tentang topik-topik yang aku tak paham. Aku malu sebab aku tak reti nak susun ayat.

Aku lemas bila terpaksa bersusah hati memerah otak pikir bila masa aku patut letak "ing", bila pulak aku patut guna "ed" bila ketika pulak nak masukkan "s" ke takyah "s" ke.

Letih otak pikir.


Pernah dulu kalau orang suruh cakap English, ada tiga perkataan jek yang selalu muncul-muncul atas kepala.

Yes

No

I love you.

Hahaha! Sungguh. Perkataan lain aku amik masa sikit nak keluarkan. Haha. Sengal kan?

Peliknya aku lemah matapelajaran tu jek. Subjek lain semua aku terer. Wah kau! Berani mati ngaku terer subjek lain tu. Haha, sila abaikan perasaan mahu mengangkat bakul sendiri tu.


Tapi memang sedih bila satu-satunya subjek bahasa tu yang selalu cacatkan sijil UPSR, PMR, SPM aku. Kalaulah aku hebat berbahasa orang putih tu, mesti cantik je sijil aku. Seragam je semua gred. Entah-entah boleh muncul jadi pelajar terbaik seluruh negara. Wah...angan kau!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kalau la aku pandai berbahasa Inggeris.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ah sudah la. Takyah bagi banyak alasan. Kalau dah malas tu cakap je la malas.

6 comments:

  1. wan..wan..kt uitm exam sume english..ko score je~ hehehe... ala bab2 speaking tu lain laa sbb kita xpraktis..nobody is prefect kan~ watever pun, u go girll!! hehehe...

    ReplyDelete
  2. Ninie - ko bg komen dah mcm ogy ahmad daud kritik bdk2 AF dah ha..huhu..*u go girl!*

    ReplyDelete
  3. wan...kena kepit je kamus tu huhu sama lah kita..english pun terabur huhuh

    ReplyDelete
  4. Farah fatihah, mari kita belajar english!!huhu

    ReplyDelete
  5. Wan, u go girl! Hehehehe...umo dah meningkat, ingatan susah sikit nak melekat. Betul tak? Tapi, usaha tangga kejayaan. ;p

    p/s: English ku pon dah berterabur sekarang...wuwuwu...

    ReplyDelete
  6. Btol tu Azlina...dh bsr skit ni boleh la setakat nak borak2 kosong dgn mat salleh ke pak arab ke yg jln2 kat KLCC tu..tp mmg broken tak hengat la.Lantak kan!

    Tak kuasa nak pikir pasal grammar dah..bak kata kamu ingata dh berkarat.haha

    ReplyDelete