Thursday, December 30, 2010

PROSEDUR BUAT KAD NIKAH NEGERI SELANGOR

Okey, hari ini mood baik sikit, jadi nak buat pahala sikitlah untuk pembaca-pembaca sekalian. Heh.


Entri hari ni boleh dikatakan berguna buat Bride to be dan juga mantan bride sekalian...iaitu....PROSEDUR NAK BUAT KAD NIKAH. *hehe..kat tajuk pun dah habaq awai dah*


Ohh..berkenaan dengan entri lepas yang umur aku tentiba melambung jadi 42 tahun tu, aku lantakkan aje kat situ. Tak de masa dah aku nak patah balik ke Kajang nun betulkan segala, jadi aku proceed je buat kad nikah dengan berumurkan 42 tahun. Gila makcik-makcik. Huhu.


Okey, berbalik pada tajuk kita hari ni...mungkin ada yang masih konpius-konpius camne nak setelkan urusan nikah-nikah ni lepas kawen. Yela...selalunya lepas kawen ni mood happy manjang..rasa malas dah nak pikir hal-hal dokumen-dokumen nikah ni dah..serupa aku. 6 bulan kemudian baru hegeh nak pegi setel. Haha.


So kat sini meh aku tepek skit kekdah-kekdah yang patut kita buat lepas je dia terima nikahnya. Ohh lupa, kekdah kat bawah ni khusus buat pengantin-pengantin yang menikah kat Selangor. Untuk negeri-negeri lain rasanya prosedur tak jauh beza. Dua kali lima jugak.


1. Lepas je akad nikah, jurunikah akan berikan satu sijil nikah sementara kat suami. Itu adalah lesen L kamu berdua. Eloklah kiranya fotostat sebanyak 2 helai. 1 kamu simpan, 1 suami simpan, yang asal tu simpan la kat tempat yang selamat. Jangan sesekali tak bawak lesen L ni bila keman-mana terutama bila check in hotel. Datang pak haji pakai serban seramai 4 orang naya je kamu. Huhu.

2. Lepas balik dari hanimunan segala..pergilah terjah semula Pejabat Agama Daerah masing-masing. Senang cakap pergi Pejabat Agama kat mana isteri setelkan hal borang nikah beliau hari tu.

Nak buat apa pergi semula??


Untuk tuntut sijil nikah yang betul. Sijil nikah ni ada dua. satu untuk suami, satu untuk isteri. Masing-masing boleh ambil sendiri punya sahaja. Tak boleh nak wakil-wakil. Macam kes aku, suami tak dapat balik KL hari tu, jadi aku ambil aku punya saja. Yang suami punya masih elok di marinate kat PAID nun.

Tiada sebarang bayaran dikenakan sebab kita dah bayar siap-siap masa akad nikah dulu.



3. Lepas dah dapat sijil nikah, semak dulu setiap maklumat yang ada sebelum balik. Takut-takut jadi macam aku, umur terus jadik 42 tahun. Huh..Kalau ada yang silap, bolehlah cepat-cepat inform balik kat pegawai PAID tu, kalau semuanya okey..jom chalo betey!



4. Bila ada masa terluang, bolehlah pergi zaass ke Shah Alam untuk buat Kad Nikah pulak. Senang kalau ada kad ni,,tak payah lagi nak kelepet-kelepet salinan sijil nikah sampai lipat 8..pastu selit-selit dalam wallet sampai kembung. Leceh.


Jadi macam mana nak buat Kad Nikah ni??


Senang..Nak buat kad nikah ni tak perlu ada dua-dua suami dan isteri pun takpe. Salah seorang saja pun dah cukup.


- pergi kedai gambar, ambil gambar berukuran i/c (1 gambar suami, satu gambar isteri. Kalau kat Selangor, suami tak wajib bersongkok tapi ISTERI WAJIB BERTUDUNG)

- Fotostat depan belakang 1 salinan sijil nikah yang betul. Nak selamat, bawa sekali sijil yang asal.


- Terus ke JAIS kat Shah Alam. JAIS ni terletak kat Bangunan Sultan Idris Shah, betul-betul sebelah Masjid Shah Alam yang cantik tu. Nak senang meh aku tepek alamatnya.

Bahagian Perundangan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 4, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid Bukit SUK
Shah Alam
No tel: 0355143463/3478


Sebelum naik tingkat 4, tinggalkan i/c kat kaunter pelawat di tingkat bawah Menara Utara *menara selatan dan utara ni sebelah-sebelah jek* untuk dapatkan pas. Pas ni kita akan guna untuk swap kat pintu masuk Bahagian Perundangan Keluarga tu nanti. Kalau takde pas..tak boleh masuklah jawabnya.


Pastu terus ke tingkat 4 Menara Selatan. Terus ke kaunter bagitahu nak buat kad nikah. Nanti diorang akan bagi satu slip form, isi.

Pastu buat pembayaran sebanyak RM40 untuk dua keping kad. Bayar kat situ jugak. Sebelum-sebelum ni kaunter pembayaran kat Tingkat 9 Menara Utara, tapi sekarang dah ditukar. Permohonan kad dan pembayaran di kaunter yang sama. Senang.

Pastu bagilah slip form tadi, salinan sijil nikah, dan gambar kamu laki bini.


Tunggu sekejap untuk dapatkan resit pembayaran...dan selesai.


Kad akan siap dalam masa 5 hari bekerja. Better call dulu sebelum pergi ambil kad.


Kad kamu akan lebih kurang ini. Ini contoh sajork.




Sekian. Terima Kasih

13 comments:

  1. panjangnya prosedur kat slgor eh??

    zana nikah kat n9.. sijil nikah tu boleh wakil tlg ambikkan..

    utk kad nikah, xyah tunjuk sijil nikah pun.. bgtau nama jer then trs leh ambik.. wakil pun blh tlg ambikkn.. byrn dh kira sekali masa nikah..

    ReplyDelete
  2. elya dh gi jais dah ri tuu..ambik borang nikahhh..hehe...

    ReplyDelete
  3. Owh..
    abru taw..
    erm, ni kat selangor jer ker or satu malaysia?

    ReplyDelete
  4. bagusnye bagi info yg berguna.. mane tahu jodoh sy sampai nnt nk kawen dh tahu dh :)

    ReplyDelete
  5. yong. memang sungguhlah...surat nikah sementara memang aku lipat 8 wooo..kembung keh purse, gamaknya cam byk jek duit.hahahah

    ReplyDelete
  6. Samalah kita..dah 6 bln kawen tp tak wat lg kad nikah nie..tak kena denda kan..?

    http://fadthnwan.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Hoho.mekaseh la update psl menda ni pn yong oi..nti nk p buat senang tgk guide kamu ni..;-)

    ReplyDelete
  8. Adieyza..senanglah prosedur N9. Kat Selangor ni kita kena p apply sendiri kad nikah. Kalau tak apply tak de la kad nya.huhu

    Elya..musti dah berdegup dup dap kan jantung?hehe..


    Zwan..Prosedur ni khusus untuk Selangor. Tapi rasanya negeri lain pun lebih kurang je prosedurnya..tak byk beza.

    Cik Fiza..Semoga cepat ketemu jodoh..aminn..

    JuneHalim..kamu pun lipat 8 jugak? Haha..memang "mengandung" la purse tu kan? Huhu

    Iella..takde kena denda lah kalau buat lambat. Kalau tak buat pun takpe..terpulang pada kita. Tapi eloklah buat..hehe

    Hana..Sama-sama kasih hana...ehh sampai skrg takleh lupa insiden baju nikah kamu sama dengan artis tuutttt. Sumpah memang sama. Huhu

    ReplyDelete
  9. gambar cth kad nikah tu gambo pengarah JAIS..huhu..time p kursus kawen org tu yg bg ceramah. xpe ke klu tak tukar umur yg typo tu kak yong?

    ReplyDelete
  10. Thx ya,,,, mmg menyenangkan keja..

    ReplyDelete
  11. Sangat membantu .. TERIMA KASIH ! =')

    ReplyDelete
  12. adey leceh nya nak p.. jauh.. huhu dah setahun kawen.. takdak lagi kad nikah.. tq info ye..

    ReplyDelete
  13. suami orang selangor dan isteri orang perak boleh buat dekat selangor ke???

    ReplyDelete