Saturday, January 29, 2011

SAYA CLASH 18 JANUARI TAU..BUKAN 2 BULAN LEPAS!

"Ehhhhh u tolonggg sikit ye, i clash dengan pakwe i 8 haribulan lepas tau! Pandai-pandai je nak buat cerita kata i break up 2 bulan lepas. Eiiiiiii.....tak suka! tak suka! Mencik!"


Hahaha


Siapa yang rajin baca gosip-gosip artis ni tahulah apa isu yang tengah hot and spicy sekarang ni. Memang meloyakan tekak dan membuatkan batuk aku menjadi makin kronik bila baca cerita-cerita tak matang gini.


Sumpah aku tak pernah terpikir nak mementingkan tarikh clash melash ni. Dah nama pun break up, sesuatu yang menyedihkan, menyeksakan, memeranakan jiwa dan raga segala. Adakah perlu nak ingat beria tarikh bila kita clash?? Kalau ingat tarikh kau couple ke menikah ke tarikh hanimunan ke tarikh confirm pregnant ke yang bahagia-bahagia tu logiklah jugak. Ini.......haiiih!


Sungguh aku tak paham.


Kalau aku lah..lantak lah dengan tarikh clash aku tu. Orang nak kata aku clash dua bulan lepas ke, tiga tahun lepas ke..pedulik hapa! Benda tak relevan nak ingat beria. Sejak aku pandai main cinta dulu-dulu sampai la ni....rasa aku dah 4 kali aku putus cinta *nak kata cinta pun tak cinta sangat lah.haha*...tapi sebijik tarikh aku clash pun aku tak hengat dan malas nak hengat.


Ada lebih baik aku hafal sifir lapan belas. Ada jugak pekdah.Tak pun hafal huruf Idzhar Halqi....itu pun aku dah lupa jugak tu. Hehehe.














Panduan bila putus cinta:

Sila jangan delete nombor fon pasangan anda. Biarkan aje...sebab bila kita cuba nak delete, makin kuat kita rasa nak hafal nombor dia. Lagipun nombor pakwe kan...ateee takkan tak hafal kan?

Adalah lebih baik kita rename je nama durjana tersebut. Kau rename je la jadi Pak Leman Lembu ke, Gayah Bahulu ke, Aik Sing Kedai Runcit ke....nama-nama yang kita takde selera nak amik tahu.

Selamat mencuba!

Wednesday, January 26, 2011

TAJUK ENTRI ADALAH LETIH. TAIP ENTRI PUN LETIH, KAMU MEMBACA PUN MUNGKIN LETIH.



Hari ni memang mood aku menggarang sepanjang hari. Masuk kelas teeetttt, 3 orang budak tak bawak buku. Habis aku lenting tengking tiga-tiga ekor. Kau kalau dah terasa tak nak belajar, memang la takkan bawak buku kan? Jadi dipersilakan ke..............luar kelas sekarang. Berdiri la kau 3 orang di situ sampai habis masa.


Lepas habis kelas teeettt, aku lepak bilik guru kejap sementara tunggu kelas seterusnya. Tiba-tiba dapat aduan dari Cikgu Norli bagitau budak-budak kelas aku buat perangai tak sudah-sudah. Pantang takde cikgu dalam kelas, habis berambu ramai-ramai kat koridor kelas. Lepas dah boring bersidai kat koridor..diorang buat pulak rombongan cik kiah ke tandas. Ntah apakehalnya nak pegi tandas ramai-ramai tu aku pun tak paham. Nak kata takut, kau tu lelaki..takkan lah kecut perut sangat nak ke tandas sorang-sorang.Tak paham betul!


Lepas tu masuk pulak kelas satu lagi ni. Ni lagi mencabar jiwa raga sebab kelas direct 3 waktu non-stop. 2 jam mengajar. Dah serupa kuliah kat universiti dulu-dulu dah. Siap kna bagi take 5 kat budak-budak sebab muka masing-masing dah meloya belajar bab eletrik meletrik ni. Jadi bila time take 5 tu aku suruh la sorang-sorang hantar buku ke depan untuk aku semak nota dan latihan diorang..jadi mengantar la masing-masing.

Mula-mula keadaan aman dan terkawal lagi. Aku menanda buku pun sentosa je rasa jiwa ni. Tentiba keadaan jadi huru hara bila budak-budak diserang histeria mintak aku bagi depa bintang berbiji-biji dalam buku tu.


Hadoii!!


Tak terpikir pulak aku sekarang ni masih guna bintang-bintang sebagai ganjaran/pujian atas keje yang budak-budak buat. Aku ingat zaman cikgu bagi bintang 3 bijik, bintang sebijik segala ni habis dah. Rupanya ada lagi. Haiiii..melayan je la karenah bebudak nak kan bintang-bintang segala tu walaupun tiap kali semakan aku dah bagi dah pujian "baik" "sangat baik" semua tu. Tapi ada jugak la kes yang dapat cop mohor "siapkan latihan!!" "jumpa saya" tu jugak. Haha.


Lepas habis kelas yang ala-ala kuliah U tu barulah aku dapat rest sekejap. Itu pun ada relief class lagi tapi sebab relief kelas budak pandai cemerlang gemilang terbilang, tingkatan 5 pulak tu jadi kuranglah beban keje aku. Pastikan masing-masing duduk siapkan kerja masing-masing, bolehlah aku tenangkan jiwa dan raga ni kejap.


Sekarang ni pulak jam dah pukul 1.20. Budak-budak semua dah balik. Cikgu je belum boleh balik. Aku pulak ada Bengkel Profesionalisme pulak jam 2.30 sampai 5 petang ni. Huiii boleh terbayang letihnya bila balik rumah nanti.


Nekad nak tido jam 8 malam hari ni. Tido direct sampai jam 5.30 pagi esok. Pheww!

APA PERSAMAAN GAJI DENGAN SUNGAI?


Semalam baru dapat gaji....horeyy!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tiba-tiba hari ni tengok akaun...


3/4 gaji dah habis.


Bayar itu bayar ini tolak itu tolak ini..

Baru sedar susah senang bila hidup berdikari

Tiba-tiba jugak baru nak rasa insaf sebab sebelum-sebelum ni suka suki je mintak macam-macam kat mak especially. Nak beli itu lah..beli ini lah..makan itu makan ini..tak pikir langsung susahnya mak abah nak cari duit.

Sekarang dah merasa sendiri baru kau tahu apa itu kehidupan kan Yongnana??


Hmmm..rasa nak padankan muka sendiri, tapi bila pikir-pikir balik ini semua adalah proses kehidupan.


Pandai-pandailah kau laki bini uruskan rumahtangga.


Yang penting bahagia!


Monday, January 24, 2011

BILA BUDAK MULA BERTANYA...TAK CUKUP TAPAK TANGAN KAU NAK TUTUP MULUT TERNGANGA.


Hari ni penat betul. Mengajar 5 waktu direct non-stop. Aku ni dahla jenis kalau dah masuk kelas mengajar, memang letak saja la kerusi cikgu kat depan tu sebab aku lebih suka berdiri dan berjalan-jalan sekitar kelas time mengajar. Barulah ada skil psikomotor di situ. Perghhh! Bercakap macam cikgu hebat sangat. Huh..70% bolehlah korang percaya yek. Jangan percaya lebih-lebih, merosak diri je nanti. Haha.

Tapi tang yang aku penat ngajar 5 waktu direct tu memang tak tipu. Tambah serabut otak bila tentiba dalam kelas yang last ada drama berlaku.

Jeng jeng jeng.....


Lokasi: Kelas 1 Bougainvillae

Masa: kurang lebih jam 1 petang


Subjek: Kemahiran Hidup





Adegan 1.................................



Anak murid 1: Cikgu, boleh tak saya pergi surau untuk sembahyang?

* kat Labuan jam 12 - 12.30 dah Zuhur dah*


Cikgu: Boleh. Tapi pergi berdua saja. Jangan berlama-lama. 10 minit only.


Anak murid 1: Terima kasih cikgu.





* Lepas tu aku sambung mengajar seperti biasa. Bla bla bla...elektrik....bla bla bla pot pet....sumber letrik ada 3 jenis....pot pet pot pet......kegunaan eletrik pulak....bla bla bla..*



Anak murid 2: Cikgu, cikgu..saya ada soalan!


Cikgu: Okey anak murid 2, apa soalan kamu?


Anak murid 2: Cikgu, kenapa orang Islam kena sembahyang???



Dangg!!!

Sumpah aku ingat beliau nak tanya tentang elektrik ke hapa ke yang bersangkut kait. Sekali soalannya............................







Berselirat urat otak aku nak susun ayat menjawab. Kalau yang bertanya tu Islam..aku rasa mudah lagi. Tapi bukan...










Kalau korang..korang jawab apa??










OH MONDAY YANG KU CINTAI


Aku rasa inilah kali pertama aku rasa macam tak sabar nak tunggu hari Isnin menjelma. Kalau sebelum-sebelum ni rasa macam nak matikan waktu je bila jam dah dekat-dekat nak tunjuk pukul 12.00 malam setiap kali hari Ahad, haruslah aku tak berdaya kan? Yang terdayanya matikan jam je buat sedap hati. Haha.


Tapi kali ni....oooHhHHhH my Monday. aimisiusomash!! Lebiu muah muah muah!



Bluweek!















Kalau bukan sebab broadband peliharaan aku tertinggal kat sekolah Jumaat hari tu, memang tak la aku nak cinta mati sama ini Monday.

Monday, January 17, 2011

RUGI BESAR SIAPA YANG TAK BERKAWAN BAIK DENGAN INCIK GOOGLE

Tentiba malam ni aku macam musykil dengan diri sendiri. Duduk depan lappy, buka site google..kemudian kemain gigih dok meng search segala mak nenek kat bawah ni.


"kawalan stereng"

"cara mengawal stereng"

"cara memandu kereta auto"

"kereta auto vs kereta manual"



Huh. Tak boleh blah pencarian aku malam ni.


Cuma nak tanya satu benda je kat diri sendiri...



Errr....kereta dah boleh bawak keluar dari showroom ek sekarang?


Bahahahah!

SECARA RASMINYA..AKU ADALAH MAK YONG.


Alhamdulillah...

Adik ipar aku, Ina dah selamat melahirkan seorang baby lelaki yang comel lagi kiut serta miut malam semalam. Jam berapa lahirnya aku tak pasti, adik aku sms inform semuanya dah selamat pun aku tak sedar..sudah ter kiok kong melena. Haha.


Jadi hari ni aku nak presenting gambar anak buah aku yang very the latest one.




Tadaaa!!!




Yes.


Itu memang anak buah aku.


Tengok pipi beliau pun dah boleh tahu.


Welcome to the world cayangku!

Sunday, January 16, 2011

SEKARANG BOLEH PANGGIL AKU MAK YONG


Hari Ahad memang heaven. Dengan cuaca yang lembab-lembab choclate moist, dengan incik suami yang tiada di rumah, jadi remote control, laptop, berokbeng, peti ais, kuali, periuk segala adalah milik aku. Lega sebab tak perlu nak berebut. Huh.


Jadi sebab dah tinggal seekor diri kat rumah, sindrom malas memasak pasti akan muncul. Alasan klise...."ala..duduk sorang jek..buang tenaga badan tenaga letrik tenaga gas bagai kalau memasak beria". Jadi tak payah masak. Brunch aku hari ni cumalah 2 biji ubi kentang yang dimodified jadi potato wedges. *errr itu di kira memasak jugak ke?*


Tengah long leng long leng menggoreng potato wedges, tentiba henset berbunyi..


"yonggggg mesej"

itu maknanya ada sms masuk. Harus dibaca dengan kadar segera.



Sender: Ayid

Ina dah masuk wad 104 hospital Al-Islam Kg. Baru..Insyaallah bersalin hari ni atau esok..doakan semua selamat ye..



WHAT???

Ina dah nak bersalin?? *Ina ni adik ipar aku. Ayid tu adik lelaki aku*


Kalau ikutkan..tarikh jangkaan bersalin antara hujung bulan Januari. Due date nya 8 Februari. Tapi hari ni baru 16 Januari kan? Ohh..musti my anak buah kesayangan tak sabar nak jumpa Mak Yong nya ni. Hahaha.



Jadi aku adalah teruja, gembira, seronok, hepi, neves, rasa nak terbang balik KL sekarang, segala perasaan muncul time tu. Memang takleh digambar. Rasa nak buat tarian hula hula pun ada. Ceh.


Ohh yeahh!! Aku dah nak jadi Mak Yong...ohh yeah uh lala...Im a Mak Yong. *sambil buat aksi cheerleader*



















p/s: Mudah-mudahan lepas ni turn aku pulak...*ohh sangat mengharap*

Saturday, January 15, 2011

BILA MALAM KATIL BERSEPAH...BILA SIANG....


"Hari ni abang tolong kemaskan katil...muleh kannnnnn?" sambil kedip-kedip mata laju-laju sama incik suami.



" tanak!" kata beliau.


"alaaa...muleh la...selalu kite je kemas katil. Abang la pulak hari ni..pehlisssssss.."


"okey la okey la"


Yes. Berjaya menculaskan diri pagi ini.


Jadi incik suami pun terus ke katil. Nampak macam ada skil hebat nak mulakan tugas.


" nak mula dari mana ni?" Tanya beliau.


"Err..mula-mula tepuk-tepuk la bantal tu bagi gebu. Pastu susun cantik-cantik macam selalu."


"Okey."


Padahal beliau takde tepuk-tepuk bantal pun..main amik dan susun je senget-senget. Huh biarkan.


"ha..pastu abang tegangkanlah cadar tu. Tarik-tarik bawak masuk bawah tilam." Aku bagi arahan tentera lagi. Haha


Incik suami duduk termangu lama tepi katil sambil merenung tilam.


" Ni nak tarik cadar dari belah mana ni? Belah sini ke sana?"


Haihhhhhhh! Tarik je la dari dua-dua belah. Ish..itulah kecik-kecik tanak amik ERT. Miahahaha!


terus aku pergi ke katil...

"mula-mula tarik dari bahagian sini. Pastu bahagian sini pulak...pastu sini..pastu sinun." Aku bagi demo free.


"pastu??" Tanya incik suami.


"Pastu tutuplah cadar dengan comforter ni...tutup elok-elok..buat ala-ala macam katil kat hotel tu. Barulah feeling menginap hotel setiap hari." Aku men demo lagi.



" Yeay!!! dah siap!" Incik suami kemain bersorak.


Erkk?!


Dah siap?


Siapa yang mengemas katil sebenarnya tadi?


Haih!

Friday, January 14, 2011

FILEM 80 JUTA:HANTU KAK LIMAH DALAM RUMAH

Ada satu hari tu, balik sekolah agak lewat. Biasalah..ada meeting. Kata ada kerjaya hebat sekarang ni, jadi meeting me meeting tu biasa lah kan. Haha..padahal separuh pengsan nak tunggu meeting abis. Jadi bila sampai rumah, badan penat. Incik suami pun takde kat rumah sebab tengah berbakti pada negara..ceaaa! Jadi takdelah aku susah payah nak tertonggeng tunggang terbalik kat dapur. Bahagia.


Tentiba aku terasa nak ke kedai memfotostat satu benda. Sebagai isteri mithali, haruslah mintak izin suami dulu sebelum keluar pintu. Sekarang dah moden, guna sms jek mintak permisi. Sms kurang lebih...terus incik suami balas.."ok". Standard la tu, aku hantar sms panjang lebar 2 3 pages pun jawapan beliau tetap dua huruf jek..OK. Jadi redha je la dapat suami bukan kaki mengarang macam kita-kita ni. Hahaha tetiba!


Balik dari kedai..aku pun dah longlai. Yelah..walaupun kedai tu dekat aje..tp sebab jalan kaki ditengah panas terik tanpa payung memayungi diri..haruslah akan terasa penat. Bila dah penat, sampai rumah terus gedebuk tido dalam bilik. ZzZzZzZz


Tentiba terjaga tengok hari dah mula gelap. Dah maghrib rupanya. Huh tak senonoh. Tengok jam...pukul 6.30 petang. Setengah jam lagi suami balik. Jadi eloklah aku pegi mandi kasi wangi-wangi nak sambut suami katanyeeee..Tapi sebelum mandi, nak kena pergi tutup tingkap dulu satu rumah. Yelah..dah maghrib. Mama kata kalau maghrib kena tutup tingkap pintu segala kalau tak nanti setan masuk. Huh..ngeri tu. Baik tutup cepat.

Aku pun dengan muka sememeh..rambut mengerbang serupa Kak Limah balik rumah sebab lari dari rumah sakit jiwa terus keluar dari bilik...............





Sekali.......




Hoii!!!!


Ada satu suara menjerit.


Aku balas balik Heiii!!


Rupanyaaa....incik suami ada dah balik. Awal pulak beliau balik. Tapi yang peliknya kenapa beliau terkejut tengok aku?? Sampai pucat lesi muka sebab terlalu terkejut.


"abang ingat ayang takde kat rumah. Tadi kan kata nak keluar."


Ceh. Memang la nak keluar, tapi takkan pegi kedai yang dari tingkap rumah pun boleh nampak kedainya pun nak berlama-lama kan.


Adehlah....


Kan tak pasal-pasal je muka terpucat lesi terkejut. Nasib baik jantung masih setia berdegup. Kalau tak....


Huh tak sanggup nak membayang.


Sekian sahajalah cerita hantu Kak Limah dalam rumah pada kali ini.

Thursday, January 13, 2011

NAMA ANAK MURID YANG KONTROVERSI

"okey nexxxttttt...."


*murid perempuan tersebut bangun hormat lalu memulakan kata-kata...*

"Nama saya Nurin Jazlina binti .........*aku tak hengat nama bapa dia*. Cita-cita saya ialah guru."


Erkkk?!


Terkedu aku kejap.

Bukan terkedu pasal cita-cita beliau mahu menjadi cikgu macam aku. Tapi aku terkelu bila dengar nama beliau.


" Nurin Jazlina???" Aku bertanya serupa orang pekak padahal budak tu dok laung nama betul-betul sebelah aku jek. Heh.


Budak tersebut senyum jek sambil angguk lembut. Mungkin dia pun dah lali bila orang berperangai pelik atau buat-buat pelik bila dengar nama beliau. Walaupun namanya takla sebijik sejiban sama dengan nama yang pernah gemparkan Malaysia satu masa dulu tapi tetap buat aku dilanda kesedihan sesaat dua.

Tambah lagi muka murid aku tu pun iras-iras wajah kanak-kanak malang tersebut. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri Rahmat. Aminn..











p/s: Aku dapat tahu ada sorang budak form 1 sekolah aku namanya Siti Nurhaliza. Fuh..nama taknak glamer. Tingin aku nak tengok mana satu budaknya..mana tau ada iras Tok Ti. Huhu..

Wednesday, January 12, 2011

HAPDET LAJU-LAJU

Minggu ni minggu bizi. Minggu meeting. Hampir tiap hari ada mesyuarat lepas sekolah. Letih? Memang. Tapi demi tugas kugagahkan jua. Ceaaa!


Hari ni pun ada meeting lagi. Jadi balik rumah adalah lewat. Masak memasak terpaksa di pause buat sementara waktu. Harap maklum ye incik suami. Hehe.


Bila dah bizi, dah penat..jadi adalah normal untuk belog tidak berhapdet. Kalau ada yang sudi singgah belog ini..harap sudi-sudilah buang sawang-mawang yang penuh dah dalam belog ni.


Errr jangan lupa klik nuffnang sekali. Itupun kalau nuffnang tak tido la. Haha.


Okey..mahu ke kelas sekarang. Jom!

Sunday, January 9, 2011

U KALAU MARAH PUN TETAP COMEL APA?

Mood tak baik hari ni. Dari pagi membawak ke tengah hari membawak ke petang membawak ke malam asik rasa nak marah jek. Segala benda dalam rumah ni dah jadi mangsa. Paling teruk rasanya si kuali. Aku hempuk kuat-kuat atas dapur tadi. Huhu, marah-marah pun tetap mahu masak. Ceh.



Jadi kesimpulannya hari ni aku tidak dalam mood.



Kalau di compare kan muka aku dengan buah mangga muda..masam lagi muka aku gamaknya.


Huh!

Stress!

Saturday, January 8, 2011

KISAH PILIHANRAYA KELAS


"Okey, sekarang kita akan pilih Ketua Tingkatan untuk kelas 1 Lavandulla. Siapa-siapa yang ada calon untuk jadi Ketua Tingkatan, boleh bangun dan bagitahu nama pelajar yang kamu calonkan. Paham?


"Paaammmmmmmmmm cikguuuu"


"Okey, calon yang pertama..siapa nak calonkan?"



"Saya cikgu!" Kata seorang budak yang duduk depannnn sekali. Mohd Haili namanya.


"Ya Haili..kamu mahu calonkan siapa?"

"Errr..........."

"Hmmmmmmm....."


Siapa yang mahu kamu calonkan Haili?



Dia sengih.


"Cepat Haili, bagitahu cikgu nama yang nak kamu calonkan. Kalau tak pasti namanya kamu boleh tunjukkan orangnya saja. Nak calonkan diri sendiri pun boleh."


"Aaaaaaaa........ermmmmmm.....Hurmmmmmmm....."


"Cikgu, saya nak calonkan kawan sebelah saya ini untuk jadi pengawas?"



Dangg!



Aku sebut Pengawas ke tadi??


Hadoi!





Thursday, January 6, 2011

PERMAINAN SUAMI ISTERI




Satu hari tu aku bosan sangat kat rumah. Tengok TV sudah, dengar radio sudah, main fesbuk sudah, membelog sudah tapi tetap dilanda boring keamatan.


Mungkin incik suami dah lama perhati, jadi beliau pun kasihan. Lalu diajaknya main satu benda. Terus aku setuju.


Best betul aktiviti ni. Tak sangka pulak incik suami mahu ofer diri.


Nak cakap banyak pun tak de guna. Baik aku tunjuk gambar je hasil permainan kami hari tu.



Kenal tak siapa ni? Haha




Feeeewiitttt! Cun abis! Bini siapa lah ni. Ahaks!




Lagi satu..



Omaigod!!!!! Pengsan!!



Haha. Sekian sahajalah permainan kami laki bini petang itu. Sumpah tak mau main lagi. Tobat!

Monday, January 3, 2011

KISAH SEORANG PEMBAYAR DAN PENGUTIP YURAN SEKOLAH



"Okey...yuran sekolah semuanya RM58.50 ye puan."

"Errr..saya tak bawak duit cukup hari ni cikgu, nak pergi bank..bank pulak tutup hari ni."

Hmm..betul jugak. Hari ni Malaysia cuti sebab Harimau Malaya menang. Logik jugaklah bank tutup hari ni.

"Ohhh..yeke..kalau camtu takpelah puan. Puan datang semula minggu depan untuk bayar yuran. Boleh kan?"

"Boleh boleh boleh..kalau saya dapat duit hari satu *hari satu maknanya hari Isnin* nanti, saya akan bayar yuran semua. Terima kasih ya cikgu."


Aduh...rasa nak berlinang dah air mata aku time tu. Kalau yang datang tak bawak duit tu orangnya cantik bergaya aku tak heran sangat. Mungkin alasan je tak bawak duit cukup konon bank tutup la hapa la. Tapi yang datang ni..adoi, camne nak gambarkan ek. Umur mungkin dalam 30-an tapi wajah nampak tua sikit dari umurnya. Pakaian pun sederhana..kurus kecik badannya..datang bawak anak kecik lagi pimpin kiri kanan. Suara pun slow je bila bercakap..mungkin malu dengan aku yang suara bak rimau ni. Huhu


Memang sampai balik rumah pun aku masih ingat pada wanita yang aku tak tahu namanya itu...





3 Januari 2011...........


Ralit aku dok siapkan resit yuran budak-budak, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita.


Ohh..wanita hari tu.


Tengok sebelah dia ada sorang budak pompuan pakai baju sekolah lengkap. Eh, itukan anak murid aku...kenapa tak duduk dalam dewan? Kenapa perlu ikut mak dia jumpa aku ni? Ish..nak kena budak ni..1st day dah pandai ponteng kelas..eh silap..ponteng dewan. Haha


Rupanya aku salah besar.


Budak pompuan tu baru sampai sekolah! Ya..baru sampai. Kalau jam aku baru tunjuk angka 8 takpe la lagi..ini tinggal 10 minit lagi nak pukul 1!!


Gila babas lambat.


Tak sempat aku tanya kenapa datang lambat, wanita sedih tu dah bagi sebab dah. Rupanya mereka takde transport nak ke kesekolah. Rumah nuuuun seberang laut sana. Nak ke pekan kena naik bot dulu. Sampai jeti naik bas pulak sampai ke tengah bandar. Dah sampai bandar kena amik bas satu lagi untuk sampai ke sekolah. Punyalah panjang rantai perjalanannya. Nak dihantar anak perempuannya ke sekolah awal-awal subuh....risau takde siapa nak jaga 4 lagi anaknya yang kecik-kecik lagi kat rumah.Nak dibiar anaknya naik bot naik bas sorang-sorang gelap-gelap hari, lagilah risau. Suami takde di Labuan sekarang katanya. Jadi kenalah tunggu ada jiran-jiran yang sanggup nak jaga anak-anak kejap barulah boleh dihantar anak perempuannya tu ke sekolah.


Aku dah kesedihan dah kat situ.


Aku tak nak panjang-panjang cerita, terus aku tanya tujuan sebenar dia datang jumpa aku.


Nak bayar yuran sekolah katanya.


Terus aku bukak buku resit, isi mana yang patut...bila aku hulur tangan nak ambik duit, dia hulur RM50. Duit pun berlipat-lipat lagi aku tengok. Entah-entah memang selai itu je yang dia bawak dan itu saja yang dia ada waktu itu. Tak sampai hati pulak aku nak bagitahu yang RM50 tu sebenarnya tak cukup nak bayar yuran. Tambah lagi nak kena beli buku-buku tulis, peralatan sekolah bagai kat koperasi lagi.


Aduhh..


Aku sedih betul.


Rasa nak bukak purse, dahulukan duit sendiri je.


Sudahnya aku terpaksa tapis-tapis yuran. Yuran yang agak-agak lambat sikit bayar pun takpe..aku tolak tepi dulu. Bayarlah mana yang penting saja dulu kali ini.


Sumpah aku tak boleh tengok lama-lama wajah wanita tu. Runtun hati rasanya. Mungkin jugak aku yang sensitip lebih. Tengok citer hindustan pun asik berhingus hidung apalagi kena berhadapan realiti macam ni.


Sekarang baru aku sedar...kasih sayang mak abah. Susah macam mana pun mereka, demi pendidikan anak-anak..sanggup bersusah berpayah bergolok gadai segala. Janji anak-anak dapat timba ilmu pengetahuan.


Ohh..insap kejap. Huhu.


Kejap je ke?? Hahaha!











Sunday, January 2, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 DI HARI MALAYSIA CUTI BOLA SEPAK MENANG.



Dush!

Esok dah mula sekolah. Aku dah mula terasa bahang beban tugas dah ni. Aduh..harap-haraplah tulang pat kerat aku ni boleh bertahan koman-koman sampai hujung tahun ni.


Jumaat lepas, time hampir semua warga Malaysia cuti meraikan kemenangan pasukan bola sepak kebangsaan kita, aku kena tungkus lumus ke sekolah. Ada pendaftaran budak tingkatan 1 katanya. Fuh, 1st time urus pendaftaran budak.............kemain sesak nafas aku. Selama ni aku asik pegi mendaftar jek, masuk tadika mendaftar, masuk sekolah rendah daftar lagik, sekolah menengah lagi, matriks, uitm segala lah..experience beratur panjang mengisi borang itu ini tu memang dah merasa dah. Tapi kali ni aku pulak kena duduk kat meja, bagi borang, layan pertanyaan, kutip duit yuran semua. Fuh..memang pengalaman.


ceaaa tu dia cikgu bitara.haha

Dalam bizi-bizi aku tu sempat jugak lah aku jeling kat bakal-bakal anak murid aku. Kata kelas 1 Lavandula, kelas terrrrbaaaikkk katakan, jadi harus aku tilik-tilik sikit perangai bebudak ni.


Makk aiii..depan mak bapak kemain tunduk ke tanah lagi. Baikk....sopan santun, lemah gemalai gitu. Kalau sungguh sampai ke sudah gitu perangainya Alhamdulillah lah. Tenang jiwa aku.


Tapi kau tengoklah seminggu dua lagi, huh..mampus keringlah aku kat situ nak melayan.


Takpe takpe..hari daftar hari tu cikgu korang ni memang baik..lemah lembut jugak. Ada parents katakan...haha.


Kau tunggu la bukak sekolah nanti, kalau kau naik minyak...siaplah!


Don't sangka clear water no boya haaa..