Saturday, April 30, 2011

8 MINGGU SUDAH

Sudah 8 minggu bawak nyawa dalam perut.


Alhamdulillah..masih dikurniakan kesihatan yang baik. Tak de alami alahan yang teruk, setakat pening-pening dan rasa tak sedap tekak tu biasalah. Tapi muntah belum lagi merasa. Harap - harap sampai ke sudah takde la muntah ye.


Selera makan pun okey. Tak terlalu over nak makan makan makan memanjang. Tapi apa nak buat, dapat suami penyayang..sekali dia bagi makan, memang untuk dua orang. Beli roti canai untuk aku 2 keping, kalau beli burger pun 2 biji, kalau beli air kotak pun beli dua kotak..semua pun nak beli double. Jangan menduakan aku sudahla ye. Hahaha.


Sepanjang minggu lepas memang bizi denga kursus induksi kat kota kinabalu, jadi langsung tak sempat nak curi masa pegi klinik kesihatan untuk bukak buku pink. Harap next week dapat curi masa sikit untuk ke klinik. Doktor-doktor yang aku jumpa pun nasihatkan bukak buku pink awal, lebih bagus kalau kesihatan ibu dan baby dipantau dari awal.


Lagi apa yang berubah ek?

Erm..perut nampaknya macam makin membuncit. Sudahlah sedia buncit, bila makin buncit ni naik seriau aku. Incik suami pulak setiap hari dok ukur kenaikan perut aku, pastu siap bayangkan perut aku nanti akan buncit sampai tahap mana. Ceh!


Tapi yang betulnya semua baju kurung dan seluar jeans masih molek di badan. Yes!


Cuma....


Cuma....


Cuma...






Bra je rasa macam nak kena beli baru.


Ketat!


Coi!

Tuesday, April 26, 2011

MENCARI NAMA BABY

Mencari nama anak memang satu kerja yang mengasyikkan. Ada setengah orang tu dari zaman cintan-cintun lagi dah set up nama anak-anak. Siap ada yang sediakan siap-siap sampai empat lima nama, konon-konon itu semua nama untuk semua anak-anak yang bakal dilahirkan nanti. Ceaaa!

Sekali dengar memang macam romantik. Dua kali dengar aku sendiri pun geli. Haha.


Tapi kalau kamu-kamu dah sah kawen tu rasanya takde hal la nak verangan nama anak kan? Itu family planning namanya. Hehe. Kalau yang dah confirm pregnant, bakal jadi mak abah tak lama lagi memang lagi perlu la sediakan nama anak dalam kandungan tu. Kalau sampai baby dah lahir pun dok blur-blur tak tahu nak bubuh nama apa pun susah jugak nanti. Jadi better prepare awal.


Aku??


Ada nama baby dah ke?


Hak hak hak.


Proses mengumpul nama-nama baby yang baik-baik yang indah-indah memang tengah berjalan sekarang. Untuk first stage, aku akan kumpul dulu nama-nama yang aku berkenan, aku taip elok-elok dalam word siap dengan meaning sekali. Tapi aku taip yang selected je la. Gila kau nak pilih semua?? Beratus nama-nama baby ada dalam internet ni. Jadi aku pilih la mana yang aku berkenan..nama baby girl aku amik dalam 20 keping, nama baby boy dalam 20 keping. Nanti untuk stage kedua aku akan serah kat incik suami untuk buat final selection. Ohh nebesnya. Haha.


Kalau cerita bab nama anak ni aku lebih suka nama yang just ada dua perkataan. Cukuplah tu. Tak payah banyak-banyak. Elok pulak nama incik suami pun dua perkataan jugak. Kira ngam la tu.


Pastu kalau boleh aku nak nama anak kami nanti ada huruf "Y" pada namanya. Bagi matching dengan nama abahnya yang ada dua "Y". *tentiba rasa tak perlu pun takpe.haha*


Dan yang last sekali, nama anak haruslah senang disebut. Kalau boleh tak nak la letak nama anak kemain sedap, maksud pun bagus..alih-alih panggil boboy atau gegirl jek. Rasa sayang sebab tak panggil anak dengan maksud yang baik tu. Kan ke panggilan nama tu ibarat doa jugak kan? Jadi kalau boleh aku nak kasi nama yang senang nak sebut. Senang nak panggil. Kalau nak marah pun senang. Haha.


Jadi apakah nama anak aku?


Jeng jeng jeng...



Monday, April 25, 2011

YANG INDAH DAN TAK INDAHNYA HARI INI



- Hari ni aku tak pegi sekolah. Badan tak sehat. Malam semalam tido tak lena. Tekak meloya. Kepala memening. Arghhhh!! Adakah morning sickness mahu menyerang??? *tak indah*

- Esok sampai tulat kena pegi kursus induksi di Kota Kinabalu. Naik feri redah laut selama 1 jam lebih. Mampukah?? Ohhh..i need plastic bag. *tak indah*


- Tugasan induksi masih belum siap. Ada kurang lebih 3 muka surat lagi nak kena taip. Haih! *tak indah*


- Hari ni 25hb...adalah hari gaji. Weeeehoooo! * Indah*


- Sebab hari ni adalah gaji, rasa nak pegi soping beli kasut baru untuk induksi esok. Aci tak? *sangatttt indah*


Saturday, April 23, 2011

7 MINGGU SUDAH


Alhamdulillah..

Kelmarin genap 7 minggu usia kandungan. Rasa macam baru je lagi aku kena tahan kat wad, berpanas berpeluh, jalan seinci-inci sebab sakit pinggang yang menggila yang rupanya rupanya ada benih dalam perut aku. Huhu. Memang pengalaman "manis" yang confirm aku akan story back kat anak aku nanti.

So...apa cer aku sekarang? Ada muntah-muntah? Meloya-loya? Fening-fening?


Hmmm...


Tiada


Syukur Alhamdulillah.


Baik anak mama kat dalam ni. Sangat behave sampai aku takde merasa simptom-simptom yang menyeksakan tu. Alhamdulillah. Mungkin juga aku turun mak dan mak mentua kot sebab kedua-dua mereka pun tak pernah alami morning sickness masa mengandungkan anak-anak mereka sebelum ni. Bertuah la aku ikut genetik itu. Hehe.


Sekarang pun dah pandai nak beli parenting magazine. Tapi sebab kat Labuan ni tak banyak pilihan, aku cuma jumpa majalah Pa & Ma je.

Pa & Ma keluaran Mei 2011. Dagu cover baby tu sangatttttttt cantik okey.

Itupun harga mengila tinggi. RM12.50!!! Kalau kat sememnanjung baru RM6.50, apsal bila sampai Labuan naik sampai 100%?? Tak paham aku.


Lagi apa perkembangan lain?


Sekarang ni aku adalah penggemar tegar goreng pisang sorang pakcik tu. Heh, boleh kata setiap hari mesti beli la barang dua tiga ringgit. Sedap kottt..very the maveles. Yang peliknya sebelum-sebelum ni aku bukanlah pencinta goreng pisang. Dulu kalau letak goreng pisang dengan keledek goreng sebelah-sebelah, aku mesti pilih keledek. Kalau letak sukun goreng pun aku pasti pilih sukun dulu. Tapi sekarangggg....nakkk gorengg pisangggg!!!! tak tahu nak kata mengidam ke apa. Macam pelik pulak mengidam sebab kandungan baru 7 minggu. Ke okey je mengidam time ni? Konpius.


Setakat ni itu je la perubahan yang aku perasan. Perut aku maintain lagi macam dulu. Saiz mengandung 7 bulan padahal baru mengandung 7 minggu. Apa nak buat...semulajadi. Heh.


Monday, April 18, 2011

1ST CHECK UP: NAMPAK BABY DEGUP DEGAP..OHH INDAHNYA!


Hari ni adalah hari appointment dengan doktor kat Hospital Labuan. Yep, memang masa discharged dari wad hari tu doktor dah siap-siap buat appointment nak jumpa dengan aku hari ni. Mahu buat follow up terhadap kesihatan aku dan baby mungkin.


Appointment jam 10.30 pagi, tapi aku jam 9.30 pagi dah keluar dari sekolah. Padahal sekolah dengan hospital sebelah pagar jek. Kalau terer aku panjat je pagar tu dah boleh sampai hospital dah. Tapi itu kalau berani la...sebab aku tak berani maka aku hangkut la Hunda aku pegi hospital sama.

Incik suami dah ready tunggu luar pagar sekolah dengan motor. Beliau escort dari belakang jek. Ceh, kata sebelah pagar....pun nak escort ke? Mengadaa!!


Sampai hospital tempat pertama aku tuju haruslah KANTIN. Belum breakfast lagi ni. Kang nanges baby dalam perut siapa susah? Akuuuu jugak. Jadi harus pekena nasik lemak kantin hospital dulu. Nasik lemak kat sini memang slurppppppp! Heh.


Aku malas nak cerita pasal menunggu ni. Letih. Turun naik aku nguruskan semua. Kejap kena keluar ke sana amik nombor giliran, pastu masuk sini balik, pastu naik atas buat urine test, tunggu result, pastu turun sinun balik, pastu tunggu nurse panggil amik tekanan darah and berat badan dan berat badan adalah maintain dari dulu ye. Masih mingle-mingle nombornya di situ. Suka!! *padahal dah cukup membadak dah berat aku.*


And lastly barulah dipanggil ke bilik doktor.


Err tadi aku kata appointment aku jam 10.30 kan? Cer teka kul berapa aku dapat masuk jumpa doktor?


Cer teka cer teka...





JAM 12.45!!


Habis khatam majalah pa & ma yang ada kat ruang menunggu tu aku baca. Lama!


Tapi sebab nak pastikan baby dalam perut ni sehat walafiat, aku gagahkan jua. And finally.....


Aku dapat tengok si buah hati aku melalui ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Subhanallah..


Rasa macam magis. Aku nampak clear baby degup degap kat dalam kantung tu. Mungkin itu denyutan jantung baby. Entahlah..aku pun tak pasti. Tapi bila nampak keajaiban itu...hati aku rasa macam LEGAAAAAA sangat. Hati rasa macam tenang bila tahu baby sedang sehat baik-baik saja kat dalam perut mama dia. Syukur alhamdulillah.


Dan saiz baby adalah sangat kicik....4.4 milimiter. Jenuh aku ukur nak bayangkan saiz baby. Last-last aku bayangkan baby adalah sebesar biji kacang jek. Hehe.


Ha satu lagi, sebabkan aku dah selalu baca rakan-rakan blogger yang dah preggy selalu makan segala mak nenek vitamin dan asid folik sepanjang pregnant, maka aku tanpa segan silu telah meminta vitamin-vitamin tersebut dari doktor.



Ye, aku sendiri mintak..bukan doktor yang nak bagi. Heh. Mungkin sepatutnya masa buat check up kat klinik kesihatan nanti baru doktor akan bagi semua vitamin tambahan tu, tapi ahhh fedulik hapa aku..aku nak jugak makan sekarang. Demi menjamin baby membesar hebat bagai johan. Hehe


Lepas ni dah boleh bukak buku fink. Rupanya buku pink tu tak perlu tunggu 3 bulan untuk bukak. Nurse kata once kita dah disahkan pregnant, dah boleh pergi mana-mana klinik kesihatan terdekat untuk bukak buku pink. So dalam minggu ni aku akan usung incik suami untuk bukak buku pink tu.


Mana tahu dapat jumpa baby lagi.


Heh

RESEPI AGAR-AGAR OREO



Okeh. Hari ni mood baik nak kongsi resepi dengan kamu semua. Siapa rajin nak try, bolehlah try. Kalau tak jamu mata cukuplah. Huhu.


Masa besday incik suami hari tu kan aku ada buatkan AGAR-AGAR OREO kan? Pastu ramai la pulak yang menanya resepi termasuklah mama aku kat Ampang nun. Heh, bila mama yang bak chef keluarga pun sibuk menanya resepi maka harus di reveal resepi tersebut di sini.


Cara nak buat agar-agar ni pun sonang sangat. Aku yang buta kuali ni pun boleh buat apa lagi mengkeme mengkeme yang hebat terbabooo gitu.


Udah ler, rentikan mengarut. Moh kite terus ke dapor.




AGAR-AGAR OREO




Bahan:

1. 1 paket agar-agar *cap apa pun bolehlah*
2. 12 sudu besar gula *kencing manis tanggung sendiri.hehe*
3. setengah tin susu sejat *aku rekemen susu cap ideal*
4. 15 sudu besar milo/serbuk koko *aku guna milo aje*
5. 1 paket biskut oreo *tumbuk jangan sampai terlalu hancur*
6. Air

Cara buatnya:

1. Masak agar-agar dengan air sampai mendidih
2. Masukkan gula dan susu, kacau hingga mendidih.
3. Masukkan milo/serbuk koko, kacau sebati.
4. Tuang separuh daripada bancuhan dalam loyang dan biarkan sekejap. Lebih kurang 5 minit atau sampai beku sedikit. *aku takde loyang, guna tupperware jek*
5. Taburkan biskut oreo atas bancuhan tadi.
6. Panaskan semula balance bancuhan yang ada dalam periuk tadi, kemudian tuang atas biskut oreo.
7. Sejukkan sebentar sebelum masuk dalam peti sejuk.
8. Tunggu beberapa jam sebelum korang boleh melantak dengan rakusnya. Heh.





Sekian.


Sunday, April 17, 2011

ADA BUNYI-BUNYI DARI DALAM PERUT. APAKAH???


Adalah satu nikmat bila malam-malam incik suami bentangkan tilam toto 3 lapis depan TV buat sang isteri baringkan diri sambil menonton konsert Akademi Fantasia yang sudah tidak fantasi lagi.

Bantal pulak habis semua aku hangkut *err bukan aku, incik suami yang hangkutkan. Manjaaa katakan. heh*. Satu kat kaki, satu atas badan, dua atas alas kepala *ye bantal di rumah cuma ada 4 biji saja*


Tambah sorga bila incik suami susah-susah aje bancuhkan susu anmum buat santapan mama dan baby.


Nak bagi romantik situasi lagi,


Secara tentiba incik suami meletakkan telinganya di perut isteri. Katanya nak dengar apa baby buat kat dalam tu. Heh.


Dalam hati aku sumpah la takkan dapat dengar apa-apa, anak baru 6 minggu kot.



Tapi..tapi....tapi....no no no. Jangan pandang rendah pada kebolehan incik suami.



Sebab....







Beliau dengar baby bercakap kat dalam tu.


Baby cakap apa?


Baby cakap "eeeiiiikkkkk".



Agak-agak aku nak percaya tak?


Alahaiiii laki den.

Friday, April 15, 2011

SAMBUTAN HARI JADI SUAMI YANG SANGAT DOT DOT DOT



8 April 2011 bersamaan dengan hari Jumaat...


Time ni aku masih lagi dalam mc lepas discharge dari hospital baru-baru ni. Doktor kata aku kena banyak rehat. Hari Isnin depan baru boleh mula mengajar balik. Jadi aku pun akur la arahan doktor. Dapat cuti beb, siapa tak suka. Heh.

Tapi biasalah, menjelang hari besday incik suami aku memang tak boleh duduk diam. Dalam kepala asyik dok pikir camne nak bikin surprise, camne nak bikin surprise! Huh.


Jadi plan pertama..petang Jumaat tu aku umpan la kawan-kawan secikgu cikgi kat sekolah tu teman aku ke bandar. Aku cakap kat incik suami aku nak ke bandar pergi beli seluar spender dia. Boleh?? Haha. Padahal...........

Misi mencari hadiah.

Apa hadiahnya? Heh tunggu dulu..sambung cerita dulu. Hehe.


9 April 2011 bersamaan dengan hari Sabtu...

Hari ni incik suami kerja malam. Maknanya siang hari beliau ada kat rumah. So aku ngajak ke pasaraya depan rumah ni konon-konon nak beli barang dapur. Selama ni tak pernah-pernah aku ke kedai siap bawak list barang-barang, tapi kali ni ada....gara-gara takut ada benda tertinggal. Jadi baik sediakan baju hujan sebelum hujan turun.

Nasib baik incik suami tak syak pape. Selamat lagi di situ..hehe.


Malamnya bila incik suami dah pegi keroje, aku mulakan misi.


Misi membuat agar-agar Oreo.



Fuh!

Ini adalah first time dalam hidup ni.

Aku bantai letak dalam tupperware je sebab misi mencari loyang di kedai adalah gagal! Huh.


10 April 2011 bersamaan hari Ahad...

Its the day!!


Bangun adalah pada jam 5.30 pagi ye kawan-kawan. Eksaited mengalahkan nak sambut hari raya. Menyampah pulak aku dengan diri sendiri.

Aku bajet bila dah bangun jam 5.30 pagi tu segala kerja-kerja memasak, menghidang, menghias diri segala akan setel sebelum besday boy balik kerja kurang lebih jam 7.30 pagi. Orang lain tak pernah buat surprise party awal-awal pagi, biar aku buat. Haha.

Jadi subuh-subuh hening ni, berbekalkan gigi dan muka yang sudah dicuci, badan tak payah mandi..aku sibuk la ketung ketang kat dapur nun. Menu adalah..

Bihun singapore *masak sambil tengok resepi*
Sotong calamari cap Ramlee *tinggal goreng je*
Agar-agar *dah ready dalam freeze*
Kek
Air oren

Nah! Itu ajo. Orang lain boleh sediakan semua tu dalam masa setengah jam jek. Aku?? Heh.

Jam 6.30, bihun aku ready. Amik masa mandi-mandi, pakai cantik-cantik..make-up make-up sikit. Hehe..Jam 7 pagi, kek yang aku tempah pun sampai. Bagus kakak kek tu, delivery sampai ke muka pintu.


What??! Dah pukul 7??!

Wei mati...setengah jam lagi incik suami sampai rumah. Bihun masih dalam kuali, sotong calamari elok lagi dalam freeze belum goreng, air oren pun belum bancuh, otomatik meja masih kosong!

Gila terkocoh-kocoh aku time tu.

Sebijik macam peserta Junior Masterchef bila masa memasak mereka tinggal lagi 30 saat. Heh.


Tapi takpe...sebab niat baik, Tuhan pasti akan tolong. Incik suami pulang lewat sikit. Kul 8 baru sampai rumah. Maka sempatlah siapkan segalanya.

Lega..


Susunan makanan adalah failed. Sekian.


Dari tingkap rumah aku nampak incik suami balik kerja. Terus aku tunggu depan pintu. Ceh, nak bersambut pulak kan. Haha..takde maknanya. Sebenarnya aku nak tutup mata incik suami dengan kain sebelum beliau masuk rumah. Haha..menyampah pulak bila ingat balik.


Incik suami memang panik dah la. Apahal pulak main tutup-tutup mata ni kan. Nak main nenek-nenek bongkok tiga pegi balik kampung la main kan. haha..


Aku bawak beliau ke depan meja, suruh kira satu sampai tiga dan....


Tada!!!




Teka apa reaksi beliau?!


"Fuyoo!!!!"

Itu je yang mampu keluar dari mulut beliau. Speechless la tu..Tahuu dahhh. Hehe.

Dan aksi seterusnya macam biasalah. Kita kasi gambar je la kan. Letih dah nak menaip. Korang pun lenguh dah baca. Huhu














Terusss makan kau!

Takde tunggu-tunggu aku dah. Sampai aku pulak kena serah diri mintak disuap sikit kek tu. Ceh!


Dan satu lagi benda yang buat incik suami terkedu terkelu tersipu termalu termahu pada pagi itu adalah ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hadiah!!!


Ini adalah jam tangan idaman beliau. Aku memang tahu lama dah beliau suka sangat jam G-Shock ni. Boleh kata setiap hari beliau akan google kat internet tentang jam G-Shock ni. Yela..nak beli kena pikir puluh kali, jadi dapat tengok gambar pun jadi lah. Huhu.


Sebelum ni aku hadiahkan jam G-Shock cap uptown harga RM25 pun beliau dah lompat-lompat suka...ini pulak dapat yang fresh dari rak kedai jam.


Risikonya??


Ya..sekarang aku telah bermadu dengan jam tersebut. Itu adalah bini nombor dua beliau.


Sekian.

Thursday, April 14, 2011

6 MINGGU SUDAH

Sekarang ni aku ada habit pelik iaitu suka bukak belog sendiri. Err dulu-dulu pun suka bukak belog sendiri, tapi selalu aku mingle-mingle kat dashboard jek, jarang nak view belog sendiri. Tapi sekarangggg...hari-hari mau!

Aummm!


Pasai apa?

Pasai aku teruja lebih nak nengok pregnancy ticker kat atas tu. Kan ada tunjuk gambar baby kan...jadi hari-hari pun aku rasa nak tengok. Yelah, nak tengok baby sendiri dalam perut ni hari-hari memang tak dapek la kan..jadi nengok ticker pun jadilah. Boleh la membayangkan rupa embrio..eh ke janin..eh ke fetus..eh aku lupa!!



Haha.



Pastu rupanya baru aku perasan, gambar kat ticker tu hanya akan bertukar seminggu sekali jek. Ceh.


Jadi memandangkan hari ni genap 6 minggu bawak isi...haruslah aku akan view belog sepanjang hari.


Teruja!


Hope baby membesar dengan sehat dan kuat sebab mama *wahhh..mama kau* minum susu anmum tiap malam dengan rakusnya.

Haha.


Sekian terima kasih

Friday, April 8, 2011

APA YANG LELAKI SUKA EH?


Harini dah 8 haribulan kan? Maknanya lusa adalah besday incik suami. 10 April 2011. Kalau ikutkan incik suami, setiap tahun 10 April is just another day. Beliau memang bukan spesis menyambut besday macam aku yang boleh memuncung panjang bila takde kek hari jadi. Heh. Tapi untuk kali ni..aku ada plan baikkk punya cilok untuk beliau.


Sebenarnya sejak 2 minggu lepas sebelum aku kena tahan kat wad lagi aku dah mula pikir-pikirkan besday incik suami ni. Tapi beliau memang tak tahu apa-apa. Sebelum masuk spital hari tu sempat aku tempah kek dari sorang home made baker kat Labuan ni. Aku order carrot walnut cheese cake bertemakan Chelsea. Laki aku minat benau dengan Chelsea. Jadi layankan aje walaupun aku peminat Liverpool. Ceh...nak jugak.


Pastu untuk makanan, aku plan nak masak yang simple-simple udah la. Aku pun bukan kategori chef nak berketung ketang beria kat dapur tu. Aku rasa kalau aku berjaya sediakan mihun singapore, goreng wedges, ayam goreng sikit, buah-buahan sikit kira jadilah tu. Meja kat rumah ni pun sekangkang kera. Kang penuh sangat pun susah jugak. Lagipun nak makan berdua jek. Haha alasan memang bersusun-susun..padahal malas. Heh.


Untuk hadiah pulak...ohhh ini memang part paling seksa. Memang dah rosak abis plan aku.


Sebelum kena tahan wad aritu, sebenarnya jauh dalam hati nurani aku memang ada rasa-rasa aku akan pregnant kali ni. Ceaa! Mana kau tahu? Pandai-pandai jek.


Heh, aku rasa je la. Ada orang kata instinct *btol ke eja ntah* aku ni kuat. Kira macam boleh ramal apa akan berlaku. Fuh..bunyi macam ada magic pulak. Jadi memang aku ada rasa aku akan pregnant. So aku decide aku nak hadiahkan UPT strip yang dah siap ada tanda double line and sepasang baju baby atau sepasang mitten pun jadilah..letak dalam kotak cantik-cantik dan itulah hadiah untuk incik suami. Senang cakap nak hadiahkan berita gembira yang beliau bakal jadi abah tak lama lagi.


Tapi.....


Manusia memang hanya mampu merancang.


Sekarang berita gembira tu incik suami dah tau awal dah. Maka plan hadiah tu dah rosak. Tapi tentang kek besday and sambutan besday tu memang beliau tak tahu lagi. Aku buat bodo je. Haha.


Petang ni aku nak ke bandar kejap. Ini je peluang yang ada untuk pegi cari hadiah untuk suami kesayangan tu. Esok beliau kerja malam..jadi kalau pergi siang, mesti beliau akan memvontoti aku. Ahad dah besdaynya..jadi petang ni harus pegi cari hadiah.


Dan sekarang aku dah pening nak beli apa..


Mula ingat nak beli jaket untuk beliau pakai-pakai naik motor gi keje. Sekali semalam masa nak hantar mak and adik aku naik flight nak balik KL, sempat pulak mak aku sambar selai jaket untuk menantu beliau yang sorang tu. Beli secara ekspress je pun kat kedai-kedai duty free yang banyak ada kat airport tu. Cantik pulak jaketnya. Incik suami sampai terkedu terkelu tak tahu nak kata apa. Bila balik rumah beria dia pakai sambil posing-posing depan cermin. Itu tandanya beliau memang suka gila la tu. Kemain bertuah lagi incik suami dapat hadiah in advance dari mak mentua .


Dan yang jadi masalah sekarang adalah aku.


Nak beli apa ni oiiiii!!


Kalau lah boleh aku balut cantik-cantik perut aku ni bikin hadiah besday untuk suami...........

Thursday, April 7, 2011

MENGIDAM SANG SUAMI

Sungguh teruja.

Membaca ucap tahniah dan doa restu dari kamu-kamu pembaca budiman sudah cukup melegakan hati. Tenkiuuuu so much!

Betul kata orang, pengalaman pertama dapat tahu diri berbadan dua memang best. Boleh kata best je sebab tak tahu nak luah camne lagi. Yang penting best. Hehe.


Sekarang dah mula minum susu untuk ibu mengandung cap Anmum. Perisa coklat adalah wajib sebab aku memang meloya nak minum susu putih tu. Kalau coklat okey, boleh minum dengan penuh selera. Hehe.


Buat masa ni badan masih dalam keadaan baik. Tiada rasa nak memuntah meloya lagi. Cuma kadang-kadang selalu nak sendawa. Macam ada angin dalam badan. Sebut pasal angin, semalam incik suami yang diserang sendawa teruk. Kejap kejap beliau burppp..kejap kejap burppp..pastu kentut prottt. Adakah segala alahan akan dikongsi bersama? Kalau betul...weehooo! Kurang sikit seksa. Hehe.


Apa lagi simptom lain ye..


Hmm...mata amatlah mudah untuk melena. Letak je kepala kat bantal terusssss jalan. Tapi kerap terjaga time tido. Terjaga nak buang air kecil, and terjaga sebab macam tido tak selesa. Mungkin perlu beli katil tilam baru. Hehehe..Over!


Kekerapan membuang air kecil jangan cakapla..memang meningkat 200%. Setiap jam nak ke tandas. Kalau sehari ada 24 jam, rasanya adalah 24 kali sehari aku ke tandas.


Setakat ni itu je...


Errr tapi aku ada sedikit musykil kat sini.


Sejak-sejak kebelakangan ni, rasa macam manja terlebih dengan incik suami. Kalau boleh nak melekat 24 jam. Mengidam suami kot? Hehe..

Normal ke tu?

Wednesday, April 6, 2011

DOKTOR KATA.................AKU....

Rentetan dari entri sebelum ini...




Finally doktor kata
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
IM IN EARLY PREGNANCY


Hari ni genap 5 minggu usia kandungan.


Alhamdulillah.


Doakan semuanya baik-baik saja sampai saat melahirkan ya.




Fuh...sungguh teruja. Next entri kita berkongsi rasa okey. Walaupun sekarang dah kelaur dari hospital, tapi masih dalam mc. Masih perlu banyak berehat.


Jumpa lagi nanti okey?


=)

Friday, April 1, 2011

BOLEH TOLONG SAYA TAK?PEHLISSS...

Ehem ehem..

Uhuk uhuk *batuk-batuk sikit, feel macam datuk-datuk nak berucap*


Okey boleh mula.

Kawan-kawan sekelian alam, aku ada sedikit permintaan kecil di sini. Haraplah sudi membantu seikhlas hati.


Gini ceritanya, aku sekarang ditahan di wad Hospital Labuan.

Kenapa??

Hmm..nak story sekarang pun panjang berjela ceritanya.

Pendekkan.


Okey ginilah, kelmarin *rabu* aku diserang sakit pinggang yang begitu sakitnya. Kalau nak kata orang sakit sampai berguling-guling menahan sakit tu..uhh ak teruk lagi. Sakit sangat sampai langsung tak boleh menguit. Kalau cuba-cuba try nak bergerak jugak memang nah rasakanlah penangan sakitnya.

Serius sungguh sakit. Sepanjang malam tak tido. Incik suami urut-urut guna minyak angin pun tak jalan. Jalan terakhir adalah call ambulans suruh bawak ke hospital.

Sampai hospital, kena cucuk sini sana, buat ujian air kencing, amik darah segala.


Pastu tentiba...


Aku suspek pregnant!

UPT test aku weakly positif. Macam tak sangka sebab baru lewat period 1 hari. Ya satu hari. Lepas-lepas tu doktor suruh buat UPT lagi nak pastikan hasilnya tepat. Hmm semua UPT pun weakly positif.

Dah satu kes pulak...tadi meroyan sakit pinggang, alih-alih suspek pregnant pulak.


Perasaan?


Campur-campur macam air batu campur.


Sebab?


Sebab..

1. Bila doctor scan *through miss V*, doktor kata x nampak apa-apa. Pusing-pusing keliling rahim, luar rahim pun tak nampak apa-apa. Mungkin sebab terlalu baru. Baru masuk hari ke 29 *4 minggu* until the 1st day of the last period. Cuma doktor ada nampak satu imej seakan-akan kantung janin, tapi tak boleh nak sahkan sebab bentuknya lain sikit dan sangat kecil. Doktor kata mungkin kantung janin masih melekat pada dinding rahim. Sebab tu tak nampak.

2. Pastu tentiba doktor suspek aku pregnant luar rahim. Dan aku macam "whattt??". Alasan doktor sebab mengandung luar rahim pun ada simptom-simptom sakit-sakit pinggang ni. Tapi masalahnya aku sakit awal sangat. Selalu paling awal boleh detect pregnant luar rahim adalah pada minggu ke-5 atau ke-6. Itu kata doktor. So aku konpius lagi. Cara nak tahu aku pregnant ke tak, dalam rahim ke luar..tunggu result ujian darah esok. Itu je jalan yang ada. Kata doktor lagi.

3. Tentiba lagi doktor kata maybe jugak aku sakit pinggang sebab appendiks atau ada jangkitan kuman pada buah pinggang atau aku kena penyakit batu karang. Doktor kata nak scan buah pinggan agak bahaya sebab aku suspek mengandung. Takut betul-betul aku pregnant then akan bahayakan kandunga. Jadi redha je la dulu dengan segala suspek-suspek penyakit yang dilontar kat aku tu. Kalaulah penyakit ni satu kesalahan yang boleh membawak hukuman penjara, memang teruklah aku keluar masuk balai. Huhu.


Jadi di sini, aku mohon jasa baik, budi baik kalian-kalian yang berhati mulia di luar sana untuk sama-sama doakan kesihatan aku di sini. Aku memang neves dan takut pikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan aku hadapi.

Pregnant ke aku? Kalau pregnant...normal kah? atau luar rahim kah? Ohh takutnya.

Pastu sakit apa pulak pinggang aku ni? Kena operate kah? Kena cucuk jarum merata kah? Ishh tak terbayang.

Jadi aku mohon..doakan kesihatan dan kesejahteraan aku okey supaya aku boleh terus membawakan kisah-kisah menarik untuk kamu-kamu baca. *perghhh! sempat lagi pesakit ni mempoyokan diri sendiri.ceh*


Sekian laporan dari katil Hospital Labuan