8 April 2011 bersamaan dengan hari Jumaat...
Time ni aku masih lagi dalam mc lepas discharge dari hospital baru-baru ni. Doktor kata aku kena banyak rehat. Hari Isnin depan baru boleh mula mengajar balik. Jadi aku pun akur la arahan doktor. Dapat cuti beb, siapa tak suka. Heh.
Tapi biasalah, menjelang hari besday incik suami aku memang tak boleh duduk diam. Dalam kepala asyik dok pikir camne nak bikin surprise, camne nak bikin surprise! Huh.
Jadi plan pertama..petang Jumaat tu aku umpan la kawan-kawan secikgu cikgi kat sekolah tu teman aku ke bandar. Aku cakap kat incik suami aku nak ke bandar pergi beli seluar spender dia. Boleh?? Haha. Padahal...........
Misi mencari hadiah.
Apa hadiahnya? Heh tunggu dulu..sambung cerita dulu. Hehe.
9 April 2011 bersamaan dengan hari Sabtu...
Hari ni incik suami kerja malam. Maknanya siang hari beliau ada kat rumah. So aku ngajak ke pasaraya depan rumah ni konon-konon nak beli barang dapur. Selama ni tak pernah-pernah aku ke kedai siap bawak list barang-barang, tapi kali ni ada....gara-gara takut ada benda tertinggal. Jadi baik sediakan baju hujan sebelum hujan turun.
Nasib baik incik suami tak syak pape. Selamat lagi di situ..hehe.
Malamnya bila incik suami dah pegi keroje, aku mulakan misi.
Misi membuat agar-agar Oreo.
Fuh!
Ini adalah first time dalam hidup ni.
Aku bantai letak dalam tupperware je sebab misi mencari loyang di kedai adalah gagal! Huh.
10 April 2011 bersamaan hari Ahad...
Its the day!!
Bangun adalah pada jam 5.30 pagi ye kawan-kawan. Eksaited mengalahkan nak sambut hari raya. Menyampah pulak aku dengan diri sendiri.
Aku bajet bila dah bangun jam 5.30 pagi tu segala kerja-kerja memasak, menghidang, menghias diri segala akan setel sebelum besday boy balik kerja kurang lebih jam 7.30 pagi. Orang lain tak pernah buat surprise party awal-awal pagi, biar aku buat. Haha.
Jadi subuh-subuh hening ni, berbekalkan gigi dan muka yang sudah dicuci, badan tak payah mandi..aku sibuk la ketung ketang kat dapur nun. Menu adalah..
Bihun singapore *masak sambil tengok resepi*
Sotong calamari cap Ramlee *tinggal goreng je*
Agar-agar *dah ready dalam freeze*
Kek
Air oren
Nah! Itu ajo. Orang lain boleh sediakan semua tu dalam masa setengah jam jek. Aku?? Heh.
Jam 6.30, bihun aku ready. Amik masa mandi-mandi, pakai cantik-cantik..make-up make-up sikit. Hehe..Jam 7 pagi, kek yang aku tempah pun sampai. Bagus kakak kek tu, delivery sampai ke muka pintu.
What??! Dah pukul 7??!
Wei mati...setengah jam lagi incik suami sampai rumah. Bihun masih dalam kuali, sotong calamari elok lagi dalam freeze belum goreng, air oren pun belum bancuh, otomatik meja masih kosong!
Gila terkocoh-kocoh aku time tu.
Sebijik macam peserta Junior Masterchef bila masa memasak mereka tinggal lagi 30 saat. Heh.
Tapi takpe...sebab niat baik, Tuhan pasti akan tolong. Incik suami pulang lewat sikit. Kul 8 baru sampai rumah. Maka sempatlah siapkan segalanya.
Lega..
Susunan makanan adalah failed. Sekian.
Dari tingkap rumah aku nampak incik suami balik kerja. Terus aku tunggu depan pintu. Ceh, nak bersambut pulak kan. Haha..takde maknanya. Sebenarnya aku nak tutup mata incik suami dengan kain sebelum beliau masuk rumah. Haha..menyampah pulak bila ingat balik.
Incik suami memang panik dah la. Apahal pulak main tutup-tutup mata ni kan. Nak main nenek-nenek bongkok tiga pegi balik kampung la main kan. haha..
Aku bawak beliau ke depan meja, suruh kira satu sampai tiga dan....
Tada!!!
Teka apa reaksi beliau?!
"Fuyoo!!!!"
Itu je yang mampu keluar dari mulut beliau. Speechless la tu..Tahuu dahhh. Hehe.
Dan aksi seterusnya macam biasalah. Kita kasi gambar je la kan. Letih dah nak menaip. Korang pun lenguh dah baca. Huhu
Terusss makan kau!
Takde tunggu-tunggu aku dah. Sampai aku pulak kena serah diri mintak disuap sikit kek tu. Ceh!
Dan satu lagi benda yang buat incik suami terkedu terkelu tersipu termalu termahu pada pagi itu adalah ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hadiah!!!
Ini adalah jam tangan idaman beliau. Aku memang tahu lama dah beliau suka sangat jam G-Shock ni. Boleh kata setiap hari beliau akan google kat internet tentang jam G-Shock ni. Yela..nak beli kena pikir puluh kali, jadi dapat tengok gambar pun jadi lah. Huhu.
Sebelum ni aku hadiahkan jam G-Shock cap uptown harga RM25 pun beliau dah lompat-lompat suka...ini pulak dapat yang fresh dari rak kedai jam.
Risikonya??
Ya..sekarang aku telah bermadu dengan jam tersebut. Itu adalah bini nombor dua beliau.
Sekian.