MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, April 1, 2011

BOLEH TOLONG SAYA TAK?PEHLISSS...

Ehem ehem..

Uhuk uhuk *batuk-batuk sikit, feel macam datuk-datuk nak berucap*


Okey boleh mula.

Kawan-kawan sekelian alam, aku ada sedikit permintaan kecil di sini. Haraplah sudi membantu seikhlas hati.


Gini ceritanya, aku sekarang ditahan di wad Hospital Labuan.

Kenapa??

Hmm..nak story sekarang pun panjang berjela ceritanya.

Pendekkan.


Okey ginilah, kelmarin *rabu* aku diserang sakit pinggang yang begitu sakitnya. Kalau nak kata orang sakit sampai berguling-guling menahan sakit tu..uhh ak teruk lagi. Sakit sangat sampai langsung tak boleh menguit. Kalau cuba-cuba try nak bergerak jugak memang nah rasakanlah penangan sakitnya.

Serius sungguh sakit. Sepanjang malam tak tido. Incik suami urut-urut guna minyak angin pun tak jalan. Jalan terakhir adalah call ambulans suruh bawak ke hospital.

Sampai hospital, kena cucuk sini sana, buat ujian air kencing, amik darah segala.


Pastu tentiba...


Aku suspek pregnant!

UPT test aku weakly positif. Macam tak sangka sebab baru lewat period 1 hari. Ya satu hari. Lepas-lepas tu doktor suruh buat UPT lagi nak pastikan hasilnya tepat. Hmm semua UPT pun weakly positif.

Dah satu kes pulak...tadi meroyan sakit pinggang, alih-alih suspek pregnant pulak.


Perasaan?


Campur-campur macam air batu campur.


Sebab?


Sebab..

1. Bila doctor scan *through miss V*, doktor kata x nampak apa-apa. Pusing-pusing keliling rahim, luar rahim pun tak nampak apa-apa. Mungkin sebab terlalu baru. Baru masuk hari ke 29 *4 minggu* until the 1st day of the last period. Cuma doktor ada nampak satu imej seakan-akan kantung janin, tapi tak boleh nak sahkan sebab bentuknya lain sikit dan sangat kecil. Doktor kata mungkin kantung janin masih melekat pada dinding rahim. Sebab tu tak nampak.

2. Pastu tentiba doktor suspek aku pregnant luar rahim. Dan aku macam "whattt??". Alasan doktor sebab mengandung luar rahim pun ada simptom-simptom sakit-sakit pinggang ni. Tapi masalahnya aku sakit awal sangat. Selalu paling awal boleh detect pregnant luar rahim adalah pada minggu ke-5 atau ke-6. Itu kata doktor. So aku konpius lagi. Cara nak tahu aku pregnant ke tak, dalam rahim ke luar..tunggu result ujian darah esok. Itu je jalan yang ada. Kata doktor lagi.

3. Tentiba lagi doktor kata maybe jugak aku sakit pinggang sebab appendiks atau ada jangkitan kuman pada buah pinggang atau aku kena penyakit batu karang. Doktor kata nak scan buah pinggan agak bahaya sebab aku suspek mengandung. Takut betul-betul aku pregnant then akan bahayakan kandunga. Jadi redha je la dulu dengan segala suspek-suspek penyakit yang dilontar kat aku tu. Kalaulah penyakit ni satu kesalahan yang boleh membawak hukuman penjara, memang teruklah aku keluar masuk balai. Huhu.


Jadi di sini, aku mohon jasa baik, budi baik kalian-kalian yang berhati mulia di luar sana untuk sama-sama doakan kesihatan aku di sini. Aku memang neves dan takut pikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan aku hadapi.

Pregnant ke aku? Kalau pregnant...normal kah? atau luar rahim kah? Ohh takutnya.

Pastu sakit apa pulak pinggang aku ni? Kena operate kah? Kena cucuk jarum merata kah? Ishh tak terbayang.

Jadi aku mohon..doakan kesihatan dan kesejahteraan aku okey supaya aku boleh terus membawakan kisah-kisah menarik untuk kamu-kamu baca. *perghhh! sempat lagi pesakit ni mempoyokan diri sendiri.ceh*


Sekian laporan dari katil Hospital Labuan

10 comments:

  1. moga semuanya ok..harap2 result esok bg good news..rest dl cukup2..

    ReplyDelete
  2. sian kak yong...kite doakan kak yong selamat ok...minta2 pregnant normal la...mintak jauh la pregnant luar rahim tu...=(

    follow my blog : http://nuruleimanhikmah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. saya doakan semoga segala2nya yang terbaik buat kamu!!!

    ReplyDelete
  4. wah...great...arap2 pregnant secara normal la ye.pastu leh doakan saya lak.mana tau berkat ibu mengandung

    ReplyDelete
  5. doa byk2 smoga Allah permudahkan segala urusan insyaAllah..aminnnn

    ReplyDelete
  6. insyaAllah.... kalau ada rezeki, tak ke mana... :) Leo doakan yg terbaik utk YongNana....

    in the mean time... take care of urself... can take folic acid.. no harm... utk buah pinggang tu, minum air putih byk2... elak caffein... nanti 5-6 weeks pregnancy... nanti leh detect fetal heart... :) cukupkan rehat ya... *hugs*

    ReplyDelete
  7. Thanks semua yang mendoakan...sangat berharga setiap kata-kata tu.

    Skrg baru jam 5.30 pagi..dah siap bangun mandi segala dah. Prepare mental n fizikal untuk tahu result doktor arini. Huhu..neves!

    Wish me luck ya!

    ReplyDelete
  8. hope everything will be ok..org pegnen, mmg mudah kena infection dan jangkitan kuman sebab kencing kotor.then nanti akan rasa sakit pinggang yg melampau .so must minum air masak dgn byk pasni.maybe sakit tu kesan daripada jangkitan kuman kencing kotor.sis aritu masa mula2 nak tahu pegnen, sis sakit pinggang n kencing kuor darah.sakit nye ya rabbi, pastu cek klinik, weakly pegnen but lepastu kena kerap minum air masak biar kencing lawas, then plz jgn makan jajan since pegnen ni.sng efek lagi.dont wori, everything will be fine...=)

    ReplyDelete
  9. saya doakan kamu, amiiin, bertabah la ye

    ReplyDelete
  10. jaga diri ye.. yang penting tenang2 kan diri jgn stress.. buat aje apa yg doktor suruh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...