Friday, July 29, 2011

21 MINGGU SUDAH..


Sejak mengandung 5 bulan yang lepas aku belum pernah sekali pun muntah loya-loya tu.

Alhamdulillah..kerana badan boleh menerima perubahan hormon dengan jayanya.

Tetapi...

Subuh pagi tadi, sejarah telah tercipta.

Huhuhu..

Aku muntah loya!!

Heh. Separuh hati rasa macam eksaited pulak bila muntah meloya gitu. Baru rasa macam orang mengandung. Selama ni ada masa tak terasa macam mengandung sebab tiada apa-apa alahan. Sampai aku selalu lupa aku bawak satu lg nyawa dalam perut. Itu yang selalu lupa diri melasak-lasak sampai sakit kaki sakit pinggang.

Tapi jauh di sudut hati sebenarnya bersyukur amat dikurnikan kesihatan yang baik-baik setakat ni.

Dapat merasa meloya uwek uwek sekali pun jadilah. Cukuplah tu. Jangalah muntah-muntah lagi..nanti longlai pulak badan. Dah lah nak puasa dah ni.


Tapi peliklah jugak....

Baby dah masuk 21 minggu baru lah tekak nak meloya.

Hmm..lain ibu..lain pengalamannya kan.

Yang pasti, tak sabar nak tunggu 10 Ogos..mau intai baby punya teeettt..


Baby ada "pistol" ke ada "bunga"?

cer teka cer teka..

=)

2 comments:

  1. farah pun sama lah.. dah start me'loya' pagi2..mula2 prgnant tak rasa ape2 pun..masuk 2nd trimester baru rasa pening,mabuk2..tapi tak teruk pun..

    ReplyDelete
  2. sama pulak experience kita kan Farah..tapi takpelah, sakit pening sikit2 tu biasalah..adat org mengandung. Yang penting anak sehat walafiat dalam perut.=)

    ReplyDelete