Wednesday, July 27, 2011

SAKIT LAGI PINGGANG AKU

Ya Allah...hari ni aku sakit pinggang lagi.

Hampunnn!!! Sakit!

Semalam dah mc satu hari, dah rehat puas-puas kat rumah, jadi hari ni aku hayunlah kaki ke sekolah dengan semangatnya. Sebelum keluar rumah dah niat dalam hati takmau lasak-lasak lagi, takmau berdiri lama-lama lagi time mengajar..pendek kata dah azam dalam diri nak behave sikit. Ingat perut awak tu makin hari makin besar, makin berat. Heh.

Sekaliiiii....masa perhimpunan pagi ada pengumuman..

"semua peserta perbarisan untuk semua rumah sukan sila berkumpul di tapak perhimpunan selepas perhimpunan. Peserta perbarisan dibenarkan berlatih sehingga waktu rehat."


Yep..skrg kat sekolah dah mula kejohanan sukan tahunan. Jumaat ni adalah hari kemuncak yang biasanya ada acara perbarisan bagai tu.

Aku pulak bila dengar ada latihan perbarisan, terus teruja. Serius, sejak dari sekolah rendah aku memang peserta setiap kawad kaki sampailah tingkatan 5. Jadi minat tu terbawak-bawak sampai dah jadi cikgu. Heh.

Lalu apa lagi..terus la aku pergi pantau budak-budak perbarisan rumah sukan aku. Apa cerita gamaknya.

Ternyata budak-budak perbarisan pun memang mencari cikgu untuk uruskan team mereka.

Mana nak pantau kawad kaki...dah cantik ke belum kawadnya. Ke masih ada yang jalan macam robocop. Heh.

Mana nak pikir tang pakaian and aksesori. Biasalah, perbarisan mesti kena pakai aksesori merapu-rapu segala tu. Nak ikat reben kat kepala la, nak bubuh selempang kat badan la..nak cat cat muka la..biasalah tu..macam tak biasa.

Jadi aku lah cikgu yang mengurusnya.

Berdirilah aku sama-sama dengan budak-budak kat tengah padang, dengan panas terik...huh memang aku tak sedar diri.

Bukan sekejap sekejap pulak tu..lamaaaa....

dari jam 7 pagi sampai 9.40 pagi!!

ce kira ce kira berapa jam?

Gila betul mak buyong ni.

Tak sedar diri betul time tu.

Dengan tak breakfastnya...

Ishh..ntahlah.

Itulah..bila passion menjadi guru menguasai diri..ceaaa!!

Dan penangannya biasalah..

SAKIT PINGGANG!!!

Macam anak kecik aku merengek-rengek sakit pinggang dalam kelas. Nasib baik anak murid aku semua perempuan, jadi rasa malu tu takdelah sangat. Siap aku mintak tolong anak murid sapukan ubat krim yang doktor bagi kat pinggang aku. Then barulah lega sikit.

Lega sikit jek...tak lama pastu dia sakit balik. Sampai menangis aku kat bilik disiplin *meja aku kat bilik disiplin sebab aku guru disiplin sekolah* menahan sakit.

Balik rumah..bawak kereta laju-laju sebab nak bagi cepat sampai rumah.

Husband sapukan ubat lagi..then aku paksa mata untuk tido.

Bangun tido...alhamdulilllah..

Dah tak sakit dah...

=)















P/S: Esok kejohanan sukan akan diadakan di komplek sukan pulak. Yang ni lagi hebat..sukan dari jam 7 pagi sampai 5 petang. Aku macam dah bersedia nak kena sakit pinggang lagi besok. Huhu

No comments:

Post a Comment