Maternity leave sudah sampai ke penghujungnya.
Sob sob sob..
Sebenarnya dah habis dah pun cuti bersalin 3 bulan, tapi bertuahnya sebab cuti bersalin tamat masa cuti sekolah, jadi sambunglah cuti lagi.
Dulu ingat kalau bersalin hujung tahun rugi..sebab cuti bersalin bertindih dengan cuti sekolah. Jadi rugilah. Tapi rupa-rupanya untung jugak. Orang lain cuti bersalin 3 bulan, aku cuti bersalin 4 bulan setengah. Heaven betul! Kenapa 4 bulan setengah? Adeh..malaslah nak explain. Huhu.
Jadi maknanya esok bermulalah kembali tugas aku sebagai seorang guru bitara. Rasa macam cikgu baru nak lapor diri pun ye jugak sebab dah lama benau tak ke sekolah. Silap-silap nak buat rancangan mengajar pun aku lupa dah.
Paling buat aku neves ni...sekolah aku sekarang ada pengetua baru. Uiiii..neves den. Penolong kanan semua pun dah tukar orang. Lagi berdabel la aku punya neves nak masuk sekolah esok.
Esok seawal jam 6 pagi aku dah kena hantar Aidi ke rumah Pak Long dia. Aidi akan dijaga oleh mak long dia sepanjang aku kat sekolah. Sebabkan mak sedara sendiri yang jaga Aidi, maka aku adalah tidak risau sangat. Masa try tinggalkan Aidi kat rumah mak longnya jumaat lepas pun nampaknya mereka berdua serasi. Ada chemistry gitu. Wahhh!
Jadi malam ni, harus tido awal. Aidi memang dah masuk tido awal sekarang. Pukul 9 dia dah lena dah sampai ke pagi.
Harap esok, dapat bangun awal..dengan semangat baru sebagai seorang cikgu.
Chaiyok! Chaiyok!
Errr..tapi kuat ke aku nak berjauhan dengan Aidi selama setengah hari??
Ohh...mama miss u Aidi.
huu..nnti sy pon nk amik cuti 3 bln.pastu kalo lps abis cuti sure rindu kt baby.
ReplyDeletedah 3 bulan dah ek...!! terase cepat jer kan..tup tup dah nak kene keje balik..:)
ReplyDelete