Monday, March 19, 2012

Welkam Bek To Skool Bebeh!!

Fuh fuh fuh amik nafas..fuh fuh fuh.


Gila semput aku arini.


1st day naik keje selepas 4 bulan setengah berehat goyang kaki makan gaji free memang amat tidak best. Sumpah aku macam cikgu yang baru laor diri arini.

Orang lain buku rekod mengajar dah separuh habis, aku baru nak request buku dari kakak kerani. Baru hegeh-hegeh nak tulis nama kat muka depan buku. Heh.


Pastu kocoh-kocoh pulak cari ketua panitia nak mintak rancangan mengajar tahunan la, buku teks la, buku rujukan la segala.

Pastu nak kena kejar-kejar masuk kelas pulak. Kelas adalah 7 waktu je harini. Gila! Tahun lepas maksimum aku sehari 6 waktu je. Kali ni kena 7 waktu. Isnin pulak tu..memaaaanggg Monday Blues.





Tapi yang bestnya hari ni macam retis la sikit sebab ramai yang tegur. Maklumlah..cikgu baru.hehe.

Anak murid jangan cakaplah.

Yang datang jumpa merayu-rayu mintak aku ajar diorang lagi tahun ni pun ada.

Yang datang jumpa nak dabel confirm betul ke aku ngajar diorang lagi tahun ni pun ye jugak. Bila aku angguk kepala..kemain Yeay mereka-mereka itu. Comel. Hehe.


Tapi yang muka muka "aishh, cikgu ni ajar aku lagi ke tahun ni? Spoil betol!!". Pun ada jugak. Haha..Ada aku kesah?? Haha!

Tapi bila masuk kelas form 1, haruslah aku berlakon jadi mak rimau arini. 1st time masuk kelas jumpa budak-budak baru memang takleh buat muka mesra. Teruk aku kena pijak nanti. Jadi muka haruslah garang. Kalau boleh tiru muka hulk, ha tirulah.


Aku dah rindu kat Aidi dah sebenarnya ni, padahal baru berapa jam berpisah. Rindu dah ha. Sampai dalam kelas pun kalau boleh nak mengajar tajuk " Anakku Aidi". Boleh??


Sudahlah petang ni ada meeting. Mahu pukul 5 baru meeting habis. Adoilah..1st day ni pulak lah nak ada meeting bagai. Sabarlah menanti wahai anakku. Huhu.


Eh, sebenarnya aku masih dalam keterkejutan ni.

Tengah aku mengadap nasik makan tengah hari jap tadi kan, ada sorang anak murid aku ni..namanya Abdah...datang ke tempat aku sambil bawak secawan air nescafe instant punya. Wahh..sekolah aku sekarang dah ada vending machine jual air nescafe, air milo etc yang dalam papercup tu tau. Canggih betul. Eh bukan nak cerita pasal vending machine tu..nak cerita ni..anak murid aku tu datang bawak secawan nescafe..




Sambil bgi dialog begini.


"Cikgu..sudikah cikgu terima air nescafe ni. Saya nak bagi cikgu sebab saya nak mintak maaf sebab saya selalu nakal dalam kelas."


Errr.....


Incik suami pun tak pernah buat surprise macam ni kat aku.


=)

No comments:

Post a Comment