Sunday, September 30, 2012
Jom Holiday Jom?
Hai!!
Semalam dah pegi beli safety gate. Tapi bengongnya dah beli, dah berpeluh angkut bawak masuk kereta, berpeluh jugak pikir macam mana nak pasang, alih-alih kena pulang balik ke kedai. Ada masalah teknikal. Letih!!! Kalau masalah takleh nak setel, aku nak balik duit aku. dua ratus tiga puluh hengget hoi! Banyak tu bagi aku yang kais pagi makan pagi ni. Haha. Nantilah cerita pasal safety gate.
Hari ni aku mood hepi. Sebab semalam dalam perjalanan nak pergi beli safety gate tu kami laki bini telah mengeluarkan idea yang bernas.
HOLIDAY!!!
Yeay!!
Tapi plan date untuk holiday ni jatuh pada hari raya haji. Huhuhu...aci tak?
Raya haji bukan ada sambut apa pun kan? Lagi-lagi kat Labuan ni. Habis-habis pun pegi sembahyang raya jek.
Bukan takde date lain, tapi dah itu je masa yang kami laki bini free.
Nak pergi mana??
Kota Kinabalu jek. Haha.
Dekat je lokasi holiday kami. Dah 2 tahun duduk Labuan tapi tak pernah lagi holiday ke KK. Aku pernah lah jugak ke KK tu tapi atas urusan kerja. Jadi tak feeling sangat. Kali ni nak pergi bertiga, mesti best.
So kau tau je lah kan..bila kata nak pergi holiday, orang yang paling terkinja nak cari hotel, google tempat-tempat menarik nak lawat, nak makan apa semua dah tentulah ISTERI. Kaaannnn?
Aku aim Promenade hotel. Semalam aku call hotel tu nak tanya tentang government rate. Operator tu kata tunggu esok diorang call aku balik.
Rugilah kalau boleh pakai government rate tapi tak nak guna ye dok??
Tak sabarnya...
Nak bawak Aidi swimming yang paling utama.
Awalnya aku cadang nak ajak famili abang ipar aku sekali. Bagi aku best jugak jalan ramai-ramai. Ada jugak orang boleh amik kan gambar.
Tapi incik suami TAK PAYAHLAH.
Ish, tak paham aku. Dengan abang sendiri pun berkira.
Takpelah, mungkin dia nak masa berkualiti dan privacy untuk keluarga kecilnya ini.=)
Siapa pernah pergi holiday KK?? Review..review please...
Friday, September 28, 2012
Tak Boleh Cium Suami Dah.
Selalu pagi-pagi sebelum keluar rumah ke sekolah, aku akan salam peluk cium suami dulu. Alah, biasalah benda tu boleh kata semua suami isteri buat. Jadi tak payah lah kecoh sangat kan? Haha.
Tentiba pagi tadi incik suami macam elak-elak bila aku nak kiss pipi dia.
" Nape tak bagi cium pipi ni? Nak majuk ah"
"Takk...bukan tak bagi. Tapi nanti ada kesan lipsticks kat pipi. Haritu ada member tegur ada lipstick kat pipi abang. Malunyaaaaa..."
Haha.
Kesian.
Nak buat camne, lipstick bini lipstick murah. Melekat-lekat bila kena cium. Haha.
"Habis tu nak cium kat mana??"
" Sini." *sambil tunjuk bibir.*
Auwww!
Ahaks!
Thursday, September 27, 2012
Hapdet Persiapan Birthday Aidi : Part 2
Nak cerita tentang persiapan besday Aidi. Lagipun ada yang drop komen tanya tentang persiapan besday Aidi ni, kebetulan pulak aku memang nak buat entri tentang ini, jadi kita jawab soalan kat sini la ye?=)
Aku dah belek-belek kalendar, Insyaallah birthday Aidi untuk edisi Labuan aku akan buat pada 11/11/12 atau 12/11/12. Mana-manalah nanti.Tengok jadual kerja abahnya. By that time Aidi genap 11 bulan. Boleh baca SINI bagi yang nak tahu kenapa aku buat besday Aidi awal sebulan.
Banyak benda sebenarnya nak kena pikir kalau nak buat besday party anak ni. Nak-nak lagi kalau kau sama mengada nak ber tema-tema bagai kan? Nak buat party ala-ala mat salleh ada candy buffet table la bagai kaaann. Jadi merasalah pening kepala dua tiga hari. Haha.
Antara benda yang aku tengah fikirkan/dah fikirkan/belum fikirkan untuk besday Aidi:
TEMA
Setelah berhari-hari pikir, aku decide nak buat tema MICKEY MOUSE IN A RAINBOW untuk besday Aidi nanti.
Tema tak hagak-hagak. Nak yang omputeh aje. Haha.
MAKANAN
Bab makanan ni aku memang lah pening sikit sebab aku bukan kategori hebak memasak. Tapi bak kata orang, kalau tak terer masak, kau order je lah. Senang
Antara menu yang ada dalam kepala aku.
Nasi goreng cina (masak sendiri sudey)
Nugget (sendiri goreng)
Hot dog (sendiri goreng)
Ayam drummet (sendiri goreng)
Satay (order)
Puding kastard (nak cuba buat sendiri)
Candy dan choclate (beli sendiri. Labuan ni coklat murah. Nak hidang ferrero rocher pun takde hal. Haha)
Air ribena (sendiri bancuh)
Itu je lah yang aku plan nak sediakan. Cukuplah tu. Nama pun besday party untuk baby, tetamu pun majority kanak-kanak, jadi makanan kita sediakan yang sesuai dan menjadi feveret kanak-kanak sudahlah.
KEK
Aku google gambar kek, terus piiitammm rambang mata. Ya Allah comelnya kek budak!!!
credit google image
Tapi biasanya yang comel-comel tu kek fondant. Aku pulak malas nak order kek fondant sebab aku rasa membazir. Yelah, orang bukan nak makan pun gula fondant tu sedangkan itulah benda yang buat harga kek melambung tinggi.
Jadi tak payahlah fondant cake. Choc moist kek sudah.
Kek ni aku nak tempah kat sorang baker kat Labuan ni. Kalthom House.
Design kek pun aku dah bagi dah dan dia kata boleh buat. Harga kek RM140. Pheww!!
Kek Aidi Insyaallah begini rupanya.
credit google image
Ala..dah tak kejutan dah. Heh
DECORATION
Tang decoration ni yang rambang mata sebenarnya.
Tapi setelah disurvey-survey, aku rasa dua online shop yang aku jumpa hari tu yang paling affordable untuk aku singgah. Aku tak jumpa dah yang lain yang lagi best dah sesuai dengan poket aku. Huhu.
SEA STAR PARTY
BUGS PARTY
Sea Star Party Shop ni banyak jual tableware, balloon, goodies item etc pada harga yang murah. Aku nak beli mahal-mahal tak mampu lah dik oii.
Plate. 10 keping RM4.90. Okeylah kan?
Goodies set. Harga RM4.50. Bolehlaha kalau takat nak beli 10 set.
Gambar credit to SeaParty Shop
Bugs Party ni pulak aku berkenan tang ballon dia. Kat kedai ni ada jual mylar ballon yang tulis "1st birthday" macam tu. Dan kedai ni pun ada banyak prop untuk 1st birthday. Kira best jugaklah cuma harganya macam harga orang kaya-kaya sikitlah. Belon kalau sebiji rege RM30 tak belon orang kaya ke tu? Aku bajet belon rege RM2 je sebiji. Haha. Misekin sangat.
birthday boy's hat RM33.90. Beli tudung aku pun bagus lagi. Haha.
Latex ballon. Belon ni best sebab payah nak jumpa belon yang ada tulis "1" special untuk 1st birtday. Harga RM19.90 untuk 12 biji. Tiup sendiri okey. Haha.
Mylar ballon. Ini aku nak beli. Harga RM33.90. Inilah belon orang kaya tu. Hehe
Banyak lagi birthday props yang kiut-kiut kat Bugs Party. Korang pergilah singgah. Aku nak upload semua gambar memang tak daya lah kan.
Tapiiiii....bila aku ronda-ronda bandar Labuan ni, aku jumpa jugak 1 2 kedai yang jual birthday props ni. Cuma tak banyak choice sangatlah. Tapi bolehlah kalau nak beli.
Untuk banner *naaaakk jugak ada banner kan? Haha*, aku ingat nak tempah custom made. Hamboi hamboi....beria kan? Sila lempang aku. Haha.
Ada beberapa benda custom made yang aku nak tempah. Aku nak tempah kat Dida Zenal.
Aku baru hantar order jek. Tak tahu lagi berapa harga apa semua. Tunggu tokey kedai reply. Antara benda yang aku nak customa made adalah:
Invitation card. (Mama kau memang hover Aidi!)
Banner
Fridge Magnet (Yang ni aku nak bagi kat semua famili members as a doorgift. 1 famili 1 je hokey. Hehe)
Birthday boy T. Shirt. (T. Shirt ni nak bagi Aidi pakai masa besday dia nanti)
Birthday crown (Yang ni paling melampau. Tapi ada mama kesah? Haha)
Amacam? Hover kan?
Layankan aje.
Tahun ni je aku beria untuk besday Aidi. Tahun depan kita beli cupcake sebiji, mama nyanyi, kamu tiup, okey sudah. Selesai besday Aidi.
Haha.
Itu je lah. Nanti hapdet lagi.
Daa!
Wednesday, September 26, 2012
Aidi Kata Dia Tak Minum Softner Baju.=)
Terima kasih pada semua yang concern pada keadaan Aidi.
Ramai jugak yang pm aku kat fesbuk untuk tanya condition Aidi, yang menunjukkan kasih sayang melalui comment box pun tak terkecuali juga. Bertuah Aidi ramai yang sayang. =)
Untuk makluman semua...ALHAMDULILLAH...Aidi dalam keadaan yang sangat tip top.
Aku perhatikan dia langsung takde menunjukkan simptom-simptom dia terminum softner tu. Kat sekolah tadi pun 2 3 kali jugak aku call Kak Ija tanya keadaan Aidi. Manalah tau kot muntah ke apa ke kan? Tapi syukur takde apa-apa. Mungkin ye dia cuma buat cubaan nak bukak penutup softner tu dengan mulut dia. Sebab tu mulut dia ada bau wangi-wangi jugak semalam.
Sekarang ni, selepas 24 jam kejadian Aidi main softner tu..dia dalam keadaan baik. Tengah sedap tido dia sekarang.
Tentang safety gate tu, esok insyaallah aku beli. Nak ke bandar hari ni incik suami duty 24 jam. Esok dia off day bolehlah kita beli.
Asalnya aku nak jugak survey-survey online kot-kot boleh dapat harga lagi murah. Memang ada pun yang lagi murah. RM125 je. Postage RM30, baru berapa kan? Tapi macam dah desperate sangat dah benda ni, jadi mahal pun mahal lah.
Mama dengan abah sanggup makan megi seminggu asalkan Aidi tak makan softner baju.
Memang Salah Aku...dan incik suami.
Hari tu aku ada kata nak beli safety gate kan? Nak letak kat laluan masuk dapur. Sebab apa? Sebab anak aku yang bertuah tu suka nau masuk dapur.
Jadi semalam aku pun pergilah Parkson nak membeli. Dah gaji khennn.. Haha.
Ada 2 3 jenis. Brand My Dear, Little Bean and 1 lagi tu tak tau brand apa. Takde brand mungkin. Hehe.
Harga semua RM200 ke atas.
Phewww!!
Terus check duit dalam beg. Haha.
Masalahnya semua gate tu lain-lain sizenya. Dan tambah masalah lagi aku lupa nak ukur laluan ke dapur aku tu. Berapa lebar entah. Tak berani nak main agak-agak jek. Kang buatnya tak muat kang naya jek. Benda dah lah "muraaaaahhh" sangat. Jadi aku cakap kat adik SA tu aku balik ukur dulu pintu dapur aku. Nanti esok ke lusa ke kami datang balik.
Balik rumah.....
Sedang tunggu cerita Adam & Hawa nak mula, aku ke bilik kejap. Sikat rambut. Rambut dah serupa hantu mak limah dah aku.
Tentiba...
GEDEGANG!!!
Terus gegas ke depan.
Aidi kena timpa kerusi meja makan.
O M G!!
Terus aku amik dia. Gosok-gosok muka dia sebab kerusi tu macam timpa muka dia. Boleh bayang dia punya meraung macam mana.
Dalam kepala aku, ini mesti kes dia main tarik-tarik kerusi sampai jatuh. Pastu timpa diri sendiri. Ini namanya sudah jatuh ditimpa kerusi. Aidi...aidi.
Tentiba aku terbau wangi harum semerbak. Datang dari Aidi. Apakah??
AKu cium cium badan dia.
Sah. Bau softner baju tu.
Pastu ada tompok-tompok kat baju dia. Aku ingat dia berak sampai bocor. Aku cium, eh wangi. Bau softner baju jugak.
Terus aku lari ke dapur....
Ya.....torgolek satu paket softner dengan penutup terbukak atas lantai dapur.
Demn!!
Aku terus pekik panggil incik suami dalam jamban. Laki aku tu kalau memerut memang lupa dunia luar.
Time tu aku punya panik tak tau nak cakap. Dalam kepala aku ni dok pikir Aidi minum ke softner tu??
Dia minum ke weii??
Kalau dia minum macam mana??
Apa nak buat weii??
Aku memang takde idea.
Aku cium mulut dia..macam ada bau wangi.
Tapi aku tengok muka Aidi...dia slumber yaya dia je lah.Sengih sengih tak henti. Ingat mama peserta Maharaja Lawak ke?
Aku amik air masak, bubuh dalam botol dia..aku sumbat suruh dia minum.
"Kau duduk situ minum air masak tu Aidi!"
Dia minum.
Kejap lagi dia kata "dah sudah mama". Padahal tak luak apa pun.
"Kau jangan nak ngengada. Baring situ diam-diam. MINUM!"
Weh, aku garang semalam.
Aku bebel-bebel marahkan Aidi...budak tu bantai gelakkan aku balik. Kih kih kih dia jawab setiap bebelan aku sambil pura-pura minum air masak.
Aku memang panik sangat semalam. Tapi sempat je post kejadian ni kat fesbuk. Wakakaka!!
Tak lama pastu, mak aku call. Mesti dia terbaca post kat fesbuk tu. Pastu bertubi-tubi aku kena marah balik dengan mak. Padan muka aku!
Lepas tu sepanjang malam aku tak senang duduk.
Aidi aku tengok okey jek. Dia riang ria macam biasa. Cukup masa, dia mentido. Time Aidi tido, aku baring je sebelah dia, peluk dia. Aku takut sangat kalau apa-apa jadi kat Aidi. Sangat takut sampai menangis. Tengah masak bubur Aidi pun aku nangis. Huhuhuhu..
Yup. Aku akui memang semua ni salah aku. Salah incik suami jugak. Abang jangan nak lepas-lepas tangan ha. Memang salah kami sebab alpa beberapa saat. Patutnya bila baby umur gini kita langsung tak boleh leka. Baby dah boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat memang satu fasa yang amat berbahaya. Sila jangan leka.
Sesaat kita terleka, macam-macam boleh jadi.
Aidi...
Esok-esok bila Aidi baca blog mama..mama nak Aidi tau yang mama really sorry. Sorry sebab mama terlepas pandang Aidi, sorry sebab mama marah-marah Aidi. Padahal semua tu salah mama. Really sorry.....=(
Harap-harap Aidi tak apa-apa.
Sorry....=(
Tuesday, September 25, 2012
Pernah Dengar Bicara Berirama??
Hari ni gaji kan?
=)
Alhamdulillah masih lagi menerima gaji. Huhu.
Aku minggu ni bizi sikit. Eh bukan sikit tapi banyak. Dengan bebudak nak final examnya next week. Tapi paling buat aku lelah adalah PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA yang akan diadakan Jumaat ini.
Pertandingan Bicara Berirama ni macam Choral Speaking la lebih kurang cuma ia dalam Bahasa Melayu. Jenis yang bercakap ramai-ramai serentak, ada nada tinggi rendah, ada irama lah kata orang. Boleh godek youtube kalau nak tengok video bicara berirama ni. Dah tu aku pulak insan terpilih yang kena bimbing pasukan Bicara Berirama Sekolah. Terer pulak aku kan benda-benda gini. Tapi dah diberi tugas, saya yang menurut perintah aje lah.
Petang ni lepas sekolah aku nak keluar shopping dengan incik suami. Eh, tidak dilupakan Aidi. Hehe.
Aku nak cari aksesori untuk pasukan bicara berirama aku ni. Team aku ni ahlinya semuaaaa pompuan yang cun-cun. Yang tak cun aku tak amik. Eh cikgunya cun sangat keww?? Haha. Kau tau je lah kalau dah bebudak pompuan macam-macam diorang nak sarungkan kat badan tu. Nak reben kat kepala lah, apa lah. Aku ni melayan je lah. Duit tuan?? Duit pakai sendiri punya....bodo. Gituuuu dialog Ahmad Albab. Haha.
Doa-doakanlah pasukan sekolah aku boleh jadi juara. Cewaaahhh!!! Latihan pun kelaut ada hati nak juara konon.
Coi!
Dah, jom pergi berlatih!
Monday, September 24, 2012
Kalau Aidi Gembira Tepuk Tangan.
Jumaat hari tu...bertambah satu lagi kemahiran Aidi.
Aidi dah pandai tepuk tangan.
Yeay!!
Sebab Aidi dah pandai tepuk tangan lah mama beria nak reward dia bawak pergi playground pastu terus jadi sesi photoshoot la sangat tu. Heh.
Ya, aku tau ada anak-anak mengkeme dah lama dah terer tepuk tangan. Ada yang umur 6 bulan dah pandai clap hand, pandai salam, pandai bye bye apa semua. Tapi baby kan tak sama perkembangannya. Sudah tersurat Aidi pandai clap hand masa umur dia 9 bulan lebih. Dan apapun mama adalah sangat gembira.
Mulanya Mak Long Aidi yang bagitau..
"Wan, Aidi dah pandai tepuk tangan dah. Tadi Pak Longnya nyanyi lagu pok amai-amai kemain lagi dia bertepuk."
Oh Allah!! Happynya.
Walaupun aku bukan orang pertama yang tengok Aidi clap hand buat pertama kalinya, tapi aku gembira sangat.
Bila aku cakap kat Aidi..
" Lekas Aidi, tunjuk kat mama how to clap hand?"
Eh eh laju je dia bertepuk. Siap senyum lagi. Paham gamaknya apa aku cakap. Heh.
Dan dan tu jugak mata aku berair.
Nanges kau!!
Anak pandai tepuk tangan je pun...emosi lebih siap nak menangis. Haha.
Sekarang ni memang itu je lah kerja Aidi.
Dia nampak aku pegang pinggan makan dia...dia dah mula bertepuk dah. Lapau lettew!
Sekali suap makan...tepuk tangan.
Suap sekali lagi...tepuk tangan lagi.
Pendek kata tiap kali aku suap makan mesti dia akan tepuk tangan gembira.
Kalau dia dapat capai toys kegemaran dia pun dia akan tepuk tangan.
Jadi aku buat kesimpulan bahawa asal dia dalam mood gembira, atau dia tengah seronok, atau dia tengah suka *eh tak sama ke semua tu?*. dia mesti akan tepuk tangan.
Jadi marilah kita sama-sama menyanyikan lagu...
KALAU ANDA GEMBIRA TEPUK TANGAN.
CLAP! CLAP!
=)
Saturday, September 22, 2012
Photoshoot..................lah sangat.
Petang semalam bosaaaaaannn sangat.
Selalu pukul 5 petang boleh tengok ulangan Adam & Hawa. Tapi semalam takde ulangan sebab hari Jumaat. Jadi petang adalah bosan.
"Abang, jom pergi taman jom? Bawak Aidi pegi playground".
"Alah, hari nak hujan tu."
*hujan kebendanya panas tarikuk di luar sana*
Terus aku baring meniarap atas lantai sambil buat muka penyu.
MERAJUK.
Incik suami tak pujuk pong. Dia baring kat kaki aku siap main geletek-geletek tapak kaki. Nak buat aku ketawa lettew. Sowiiii...i merajuk okey.
"Kenapa ayang buat muka penyu tu? Okeylah, okeylah...jom kita pegi jalan jom!".
YEAY!!!
Terus bangun capai towel pergi mandi.
Konon nak pergi taman bawak Aidi main kat playground, tapi mama yang terkinja lebih. Aidi takde heran pun. Kui kui kui.
Lalu kami pun ke Taman Damai dengan hati yang riang ria.
Sampai taman terus main ketik-ketik gambar. Lama oh tak bergambar.
Jadi dari konon-konon nak pergi playground..terus tukar plan jadi photoshoot.........................la sangat.
baru sampai....sampai bawah tu kalau dapat naik boleh feeling-feeling venice kan?haha.
Main gelongsor. Tapi muka Aidi tak teruja langsung.
Mama nak jugekk.
3 shadows. Suka pict ni. Rasa nak frame kan je.
Aku tak paham gambar ni. Konon nak seni-seni tapi nan hado!
Suka yang ini. Dua hero saya sedang bergumbira.
Love this.
Kudaku lari gagah beraniiiii..ewaaahhh!
Moh kita biar Aidi explore the world.
Mama, kaki Aidi sangkut mama. Haha.
Mata bertentang mata. Terus abah jatuh chenta. Haha.
Tengok-tengok jam dah pukul 6 petang.
Sini 6 petang adalah sama dengan 7 petang kat semenanjung. Dah nak maghrib dah.
Moh la kita beransur.
Jadilah kan...dapat photoshoot la sangat pun jadilah.
Next week nak cuci gambar, nak framekan.
Yeay!!!
Thursday, September 20, 2012
Abang, Tolong Belikan Pad Uleh??
Aku nak gelak tau kalau ingat-ingat balik peristiwa semalam.
1ST TIME SURUH INCIK SUAMI BELIKAN PAD.
Heh.
Lawak.
Menggelabah pakcik tu aku buat. Haha.
Incik suami nak ke kedai beli megi lah telur lah apa. Biasalah tengah-tengah bulan gini menu ruji kami memang megi jek. Haha. Lepas dah 10 minit dia ke kedai baru aku teringat yang stok roti kering aku tu dah watamat. Licin. Jadi laju-laju call incik suami mintak tolong beli.
Panik la pakcik tu.
Punya dia tak nak letak fon sampai dia jumpa benda tu. Aku kat hujung talian ni dengarlah suara dia dok monolog sendiri..
"warna ungu...warna ungu...warna ungu.....ha jumpa."
" Ada gambar kartun pompuan...kartun...kartun...kartun....okey ada."
Hahaha.
Sumpah lawak.
Balik rumah dia mengadu..
" Segan tau abang tadi...ada pompuan tu pandaaaaaannng je abang."
"Dah tu abang buat apa?"
"Buat tak tau je lah."
Huhuhu.
Kesian....tapi its okey what?
Suami...kena belajar tentang hal-hal wanita ni semua. Tapi suami lah ye. Kalau baru boipren boipren tak payah lah kot nak amik tau semua hal gepren luar dalam. Heh.
Aku cakap kat incik suami..
"Kenapa pulak abang nak segan beli pad kite, kite beli spender abang relax jek."
Haha.
Tuesday, September 18, 2012
Biasa-biasa Aje.
Nak hapdet laju-laju.
1. Birthday kek Aidi untuk sambutan di Labuan sudah selamat aku placed order. Baik dari design kek sampailah ke tokey kek semua aku pakai google jek. Harap sedap sebab harga kek adalah seratus empat puluh hennget. "Abang, sila bayar".
2. Aku masih blur tentang theme besday Aidi nanti. Rasa macam nak buat theme Mickey Mouse sebab Aidi suka Mickey Mouse. *tipu, sebenarnya mama Aidi yang suka mikimaus.heh*
3. Oh ye, gigi Aidi dah nak lagi sebatang. Gigi atas. Jadi jumlah gigi Aidi keseluruhannya setakat 9 bulan 6 hari ni adalah 5 batang gigi kesemuanya. Makin sedaplah dia mengasah gigi, makin jahanamlah kabinet TV aku.
4. Anak bujang aku tu makin suka nau masuk dapur. Rangkak-rangkak masuk dapur terus tuju rak simpan dynamo, ridsect, feebreze, ajax fabuloso dan seangkatannya. Mau mama tak meroyan?? Aku tekad nak pasang safety gate kat pintu dapur. Dapat gaji ni itu benda pertama aku nak beli. Siap kau Aidi!
5. Eh tak cukup dengan masuk dapur, suka pulak bujang tu main dekoder astro. Nak ditarik sim kad astro, belum mampu kekdahnya sebab kan ketat sikit kan. Dah tak boleh tarik kad, dia tolak pulak dekoder tu jatuh ke bawah. Lepas buat muka tak bersalah. Bila aku jerkah, dia balas dengan senyuman paling manis dalam dunia. Achaner??
6. Aku kena jaga PMR tahun ni. Aku memang suka sebab boleh tuntut elaun. Haha. Tapi kalau dah kena jaga PMR, ada kemungkinan kena jaga SPM pulak tak? Aku tak mau jaga SPM, aku nak balik kamponggg!!
Dah itu jek hapdet pantas.
Hari ni bakal menjadi hari yang bizi.
Mengajar 6 waktu.
Relief class 1 waktu.
Petang jam 2.30 ada meeting pulok.
PENGSAN!!
Sunday, September 16, 2012
Merancang Birthday Aidi
Selamat Hari Malaysia!!
Wah, patriotik benau kan hari ni memasing. Kalau boeh bendera Malaysia tu nak dililit-lilit kat badan sepanjang hari. Haha.
Orang lain bizi sambut Hari Malaysia, aku pulak bizi nak sambut besday anak.
tiga bulan lagi oiiiii...bukannya 3 hari. Tapi apa nak buat, rasanya semua mama pun akan jadi separa ngeng macam aku bila pikir 1st birthday party celebration untuk anak. Lagi-lagi anak tu pun anak 1st. Bertambahlah terkinjanya. Huhu.
Macam aku pernah cakap sebelum ni, aku nak sambut besday Aidi 3 kali tahun ni. Mungkin jugak akan jadi 4 kali. Kenapa??
Kali pertama - Aku nak sambut kat Labuan sebelum aku dengan Aidi balik semenanjung 7 Disember nanti. Besday Aidi pulak 12 Disember. Jadi adalah kasihan pada incik suami kalau tak dapat join besday celebration. Jadi kita sambut dulu in advance dengan abahnya. Aku cadang nak sambut masa Aidi genap 11 bulan. Masa tu aku dah cuti sekolah, Abang ipar sekeluarga pun masih ada kat Labuan. Diorang pun nak balik semenanjung jugak tu 19 November. Jadi kalau diorang ada, seronoklah sikit. Bolehlah jemput kenalan-kenalan rapat yang ada anak kecik untuk sama meriahkan majlis. Aku tak plan nak jemput ramai pun. Dapat bebudak dalam 10 ke 15 orang ke jadi lah. Rumah aku pun "besar sangat" nak tampung reramai. Haha.
So okey ke sambut masa Aidi 11 bulan? ke awal sangat?
Kali kedua - Okey sambutan kali kedua ni cadangnya nak buat kat rumah mentua masa betul-betul hari jadi Aidi 12.12.12 tu. Nanti aku akan balik rumah mentua dalam 5 hari. Sajalah balik. Takkan sebab incik suami tak ikut balik semenanjung, so aku pun nak buat-buat lupa famili belah sana. Diorang mesti rindu Aidi. Rindu aku jugak kot. Haha.
So 12.12.12 tu aku ada kat rumah mentua. Bolehlah buat party sikit. Bebudak aku pun tak tau lah siapa yang boleh dijemput. Yang confirm ada, tu je lah..anak buah aku yang 2 orang tu. Mungkin boleh ajak anak-anak sepupu incik suami yang mana ada kat sana. Tengoklah camne. Kalau tak, kita buat untuk kite-kite aje.=)
Kali ketiga - Kali ketiga ni kita sambut dengan famili belah aku pulak. Balik dari bercuti ke rumah mentua 5 hari, aku sekeluarga *famili belah mak* akan buat Family Day kat Penang. Family Day ni memang dah macam acara wajib famili setiap 2 tahun. 2 tahun lepas diorang pergi Bandung, aku tak ikut. huhuhuhu. Tahun ni pergi Penang, aku nak ikut. Tapi sayangnya incik suami tak dapat join. Tak cukup korum lagi. Huhuhu..
Jadi, 16 Disember kita sambut besday Aidi sekali lagi kat Penang okey??
Kali keempat???
22 Disember, ada wedding cousin aku kat Kedah. Cousin belah abah. So macam ada kira-kira nak sambut besday Aidi dengan sanak saudara belah abah pulak. Keh keh keh.
Tapi rasa macam date tu dah drag jauh sangat sampai ke hujung Disember.
Ke okey jek?
Ke tak payah?
Haha. Aku konpius.
So far aku dah jumpa 2 kedai online yang jual barang-barang untuk besday decoration ni.
Sea Star Party
Bugs Party
Kalau ada yang tau kedai-kedai online lain yang jual benda-benda untuk besday ni aku alu-alukan untuk drop link kat ruang komen. Aku nak survey-survey.
Aku baru survey-survey jek. Belum nak beli apa-apa lagi. Harus survey dulu sampai juling bijik mata sebab semua ni bakal membuatkan beg duit kami laki bini mengempis dengan jayanya.
Tambah pulak ngengada nak buat sampai 3 4 kali.
Errr Disember nanti ada bonus tak?
Hihihi.
Friday, September 14, 2012
Tips Bawa Baby Naik Flight
Sejak akhir-akhir ni banyak pulak aku terbaca tentang orang bertanya itu ini tips nak bawak baby naik flight. Yang bagi tips pun ada jugak. Aku suka je baca sebab aku ni memang spesis akan selalu naik turun kapal terbang. Jadi tips-tips berguna tu memang aku perlukan sangat.
Tapi sejak-sejak dah 4 kali bawak Aidi naik kapal terbang ni, sikit sebanyak aku ada beberapa tips berguna nak share. Mana yang baik, bolehlah amik untuk kegunaan kamu-kamu di masa depan. Al maklumlah..sekarang ni kan everyone can fly. Heh.
TIPS BAWA BABY NAIK FLIGHT.
1. TIKET
Secara kasarnya, baby bawah 24 bulan memang takkan dapat seat dia sendiri. Tapi, mereka tetap perlu di beli tiket dan nanti mereka akan dapat boarding pass mereka sendiri. Mesti kena register sama. Biasanya untuk infant bayaran yang dikenakan adalah RM50 (Air asia), RM30 (Mas). Jadi jangan lupa masukkan maklumat diri anak masa beli tiket. Kalau terlupa kang haru je anak kena tinggal. Huhu.
2. CHECK IN.
Sebabkan baby pun akan dapat boarding pass mereka sendiri, jadi jangan lupa bawak mykid baby masa nak check in/boarding. My Kid pun dah cukup. Tak perlu bawa surat beranak yang besar gedabak tu.
3. STROLLER
Stroller memang boleh bawak sampai ke dalam flight. Kira stroller tu macam cabin bag lah untuk baby. Bila sampai pintu flight, lipat stroller and letak elok-elok kat tepi pintu/tangga flight. Nanti akan ada FA *flight attendant* yang akan angkut bawak masuk dalam. Bila dah sampai destinasi pun sama, amik stroller kat pintu/tangga flight. Jangan bawak stroller sampai ke tempat duduk kita sudahlah ye. Huhu.
4. BASSINET
Bassinet tu macam bakul tido untuk baby. Kalau kita naik MAS, request for bassinet adalah free. Tapi kalau naik Air Asia, kena request (berbayar) awal-awal bassinet tu masa beli tiket. Kalau tak request, maka mereka takkan sediakan. Tapi bagi aku lah, bassinet tu macam just sesuai untuk baby newborn atau 3 bulan ke bawah. Tapi masa bawak Aidi balik Labuan masa dia umur 3 bulan dulu pun aku tak request bassinet sebab rasa macam lagi selesa pangku je anak. Lagipun KL-Labuan kejap je, 2 jam. Kalau berjalan jauh mungkin boleh dipertimbangkan.
Kalau tak salah aku, kalau nak request bassinet, mesti pilih seat paling depan sebab kat situ ada tempat untuk letak bassinet tu. Kalau tak salah aku lah, tak taulah kalau seat belakang pun boleh kan? Tapi aku tak nampak kat mana nak letak bassinet tu kalau seat belakang-belakang.
5. SUMBAT TELINGA ANAK.
Ha ini selalu aku dengar. Ramai yang cadangkan supaya sumbat kapas dalam telinga baby terutama masa nak boarding and landing. Untuk apa?? Untuk kurangkan ketidakselesaan akibat tekanan udara. Kita yang tua ni pun selalu berdengung-dengung telinga bila naik flight, ini pulak baby. Kan?
Jadi bolehlah cuba sumbat kapas dalam telinga. Kalau baby refuses, boleh guna alternatif lain. Pakaikan topi yang menutup telinga.
Kalau dia refuse jugak??
Boleh guna tips di bawah. Heh.
6. MENYUSU DENGAN KERAP
Ini adalah tips terbaik kalau bawak baby naik flight.
Susukan sekerap mungkin.
Kalau menyusu badan memang senanglah. Tapi mama-mama sekalian jangan lupa pakai baju yang selesa dan mudah diselak untuk menyusu. Pakai nursing cover adalah jalan terbaik.
Kalau baby menyusu botol, get ready susu banyak-banyak. Isi milk powder dalam milk container. Aku dulu even perjalanan 2 jam je tapi Aidi minum susu 3 kali dalam flight. Haha. Air panas kita boleh bawak dalam termos kecik. Tak pun mintak kat FA pun takde masalah rasanya. Jangan lupa botol. Make sure bawak lebih dari 1.
Susukan anak seeloknya masa flight nak naik dan masa flight nak turun sebab masa tu lah tekanan udara paling kuat.
7. TIDURKAN BABY
Sangat bertuah kalau baby boleh tidur lena dalam flight. Eloknya masa kita susukan anak time flight nak boarding tu, dodoi-dodoikan dia sampai tertidur. Baby biasanya mudah tertidur kalau dia penat. Jadi sebelum naik flight tu jangan bagi dia tidur. Biar dia main main dan main sepuasnya. Nanti dalam flight dia dah penat Insyaallah dia akan tidur. Biar dia tido selama mana yang boleh dalam flight. Jangan kejutkan. Sebab bila baby tido, dia akan lupa tentang tekanan udara.
So biarkan dia tidur. Mama senang, baby pun senang, papa pun riang. =)
8. GET READY MAKANAN BABY
Kalau baby dah boleh makan, get ready dengan baby food siap-siap. Boleh je bawak bubur nasik ke, biskut ke, nestum ke apa sahaja lah feveret food baby masing-masing. Kalau baby lapar, boleh bagi dia makan. Mesti dia senyap dan kembali lena bila dah kenyang.
9. TOYS
Part ni ramai yang terlupa sebab nampak tak penting. Tapi bagi aku, ini penting. Lagi-lagi kalau kau ada anak yang cepat bosan dan tak reti duduk diam. Jadi bawaklah toys kegemaran dia bersama. Tapi janganlah bawak yang besar gedabak. Yang kecil, mudah dipegang, mudah disimpan, dan tak mengeluarkan bunyi bising adalah terbaik.
Kang kita bawak toys yang siap boleh menyanyi-nyanyi bagai kang mengamuk pulak orang kiri kanan nak tido. Haha.
10. KAWAL KARENAH ANAK
Ini paling cabaran nak handle.
Memang ada baby yang tak selesa duduk dalam flight. Sempit, tak selesa apa semua akan buat dia nak nangis jek. Jadi kat sini lah ibu bapa kena main peranan. Jangan anak kau dah meragam-ragam kau pun sama buat bodoh jek macam takde apa berlaku. Kalau orang kiri kanan depan belakang jenis memahami takpe jugak, tapi kalau sebaliknya?? Boleh jadi gaduh dalam flight tu nanti.
Jadi eloknya kawal karenah anak. Boleh guna semua tips kat atas untuk kawal ragam anak.
Kalau semua pun tak berhasil, cuba dukung anak..bawak dia berjalan-jalan dalam flight tu. Berjalanlah dari depan ke belakang, belakang ke depan pun takpe. Janji anak kita diam.
Orang kiri kanan pandang-pandang??
Huh, ada aku kesah.
Haha.
Itu je lah tips dari aku.
Kalau ada siapa-siapa nak tambah atau nak buat penambahbaikan..sangat dialu-alukan.
p/s: neves ni nak naik flight berdua je dengan Aidi bulan Disember nanti. Ohhh!!
Fenomena Adam Dan Hawa. i fans club hokey!
Menangis sedu-sedan kau nengok drama!!
Drama apa?
Haha..ini semua tahu ni. Fenomena ni sekarang. Drama Adam & Hawa.
Best oh drama ni.
Aku pun entahlah macam mana boleh terjebak. Sebelum drama ni keluarkat TV, aku perasan ada banyak promosi tentang drama Adam & Hawa ni. Tapi aku tak amik port pun. Nak tayang bila, pukul berapa, cerita pasal apa semua aku bolayan jek. Aku memang malas nak ikut-ikut drama bersiri ni, kang apa pun tak boleh!
Satu hari tu, aku dok rebut-rebut remote dengan incik suami.
"Abang ni tengok citer apa niiiiii....tukar chanel lah. Nak tengok lain."
"Ni drama best ni. Jom lah kita tengok. Best ni."
Beria nau dia pujuk aku tengok. Drama tu lah. Adam & Hawa. Dalam merengus-rengus macam singa nak terkam mangsa tu aku pacak jugak mata aku kat TV. Tapi dalam hati.....eiiii rasa nak cabut-cabut je kad astro tu sebab kalah rebut remote dengan incik suami. Grrrrrr!!
Tapi lepas habis tengok 1 episod.....
Eh, macam ada aura pulak drama ni. Gituuuu... Terus gigih cari bila lagi ada ulang tayang episod 1 dan 2. Sebab masa tu aku tengok episod 3. Tapi aku asiklah terlepas tengok episod 1. Sampai sekarang aku tak tengok lagi episod 1. Aku nak cari jugak sampai dapat.
Best sangat drama ni. Aaron Aziz berlakon tak yah pertikaikanlah. Tapi aku bukanlah minat sangat pun dengan Aaron Aziz. Mata aku kata incik suami hensem lagi. Wakakaka!!!
Tapi yang aku terkesan sangat tu watak Ain lakonan Nadiya Nisaa. Aku first time tengok Nadiya Nisaa ni berlakon dalam filem Cun, dia pegang watak Manis yang cacat-cacat sikit tu. Memang kelas dia berlakon time tu. Tapi dalam drama Adam & Hawa ni, lagi kerrrlasss kau Hawa!!
Semalam punya episod, 5 minit pertama tengok aku dah merembes air mata. Aku toleh kat incik suami....
Eh eh, abang pun nangis ke?
Haha!
Inilah drama pertama yang aku suka nak tengok ulang-ulang kali setiap episodnya. Sampai terngiang-ngiang beberapa dialog drama tu..
"Eh, koboi pun tak nikah macam ni tau." *hahaha, ini sumpah lawak.*
"Kalau Ain tu gila tak nak kawen dengan Adam, kalau cikgu Zawiyah..mesti rela hati je kan??" *muka kakak taska tu masa cakap dialog ni memang boleh buat panas hati beb.*
Paling best adalah part ni...
" KAU NAK AKU SEPAK MUKA KAU??!! KURANG AJAR!! KAU BIAR MUKA KAU LALU DEPAN MATA AKU, SAMPAI MATI AKU BENCI KAU!"
Perghh!! Dengan memek muka, dengan gaya dengan tunjal-tunjal jari tu...huhuhuhuuh...aku yang penonton duduk belakang skrin pun naik takut nengoknya.
Sumpah best drama ni.
Siapa belum ada Asto Mustika HD, silalah langgan. Eh katanya kalau nak tengok online pun banyak je link. Google je lah ek.
Daaa!!
Thursday, September 13, 2012
5 Tahun Lepas.....Hai Boleh kenalan? Heh.
13 haribulan September...
Genap 5 tahun menyulam cinta. Ceeewaaahh!!
5 Tahun kenal incik suami buat aku makin paham perangai dia. Dia pun rasanya dah masak sangat dengan perangai aku.
Dulu kan, masa zaman cintan-cintun kan, incik suami ni takdelah romantik sangat. Dia bukan spesis suka beli-beli kita hadiah ke apa. Aku tak tau lah dia memang not that type atau dia memang takde duit. Haha. Kami dulu dating naik LRT atau bas atau teksi jek. Takde nama nak jemput amik naik kereta ke apa. Dating pun selalu kat KLCC jek. Agenda biasa, makan-makan, tengok wayang, sembang-sembang...dah petang masing-masing balik. Incik suami masa tu masih lagi kerja kat TUDM Jugra, Banting. Jadi tiap kali nak dating gigihlah dia naik bas pergi-balik Banting-KL. Gepren punya pasal khennn. Haha.
Macam aku cakap tadi, dia bukan jenis suka bagi-bagi hadiah kat aku. Tapi dia selalu cakap...
"Nanti bila kita kawen, abang beli baaaanyaaaakkkk makanan untuk ayang. Peti ais tu nanti penuh dengan makanan untuk ayang."
Aku mula dengar aku gelak dulu.
Pastu pikir..mamat ni perli aku ke apa ni??
Aku tau lah badan aku memang menggajah kaaannn.
Haha. Takpelah. Anggap je lah itu impian dia.
Orang lain kemain janji emas intan permata kat gepren memasing, tapi boipren aku janji nak penuhkan peti ais dengan makanan. Derrr??!
gambar masa bercinta. Eh skrg pun bercinta jgk kan?hehe
Dan bila dah kawen sekarang ni. Dah langkau 2 tahun pun usia perkahwinan...
Yep.
Dia memang tunaikan janji dia tu. Sungguh.
Lagi-lagi time baru gaji atau time dia memang tengah ada duit.
Caaakaaappp jek kau nak makan apa. Semua boleh. Kalau pergi supermarket tu, kau capai je lah apa pun. No hal. Haha.
Time tu aku rasa macam shopping dengan mak pulak, sebab dulu-dulu kalau shopping dengan mak, semua pun boleh beli. Hehe.
Tu lah, bila aku pikir-pikir balik...
Ya, suami aku bukan orang kaya. Bukan orang berduit. Tapi susah-susah dia, dia tetap akan usaha untuk gembirakan aku.
Dia tau badan aku memang bam bam. Jadi dia tau aku suka makan. Eh sebenarnya KAMI suka makan.
Jadi dia lebih suka habiskan duit dia belikan aku makanan dari beli benda bukan-bukan.
Nak makan Mc D??
Dua set dia beli untuk aku.
Nak makan KFC??
Dinner plate plus burger siap.
Nak masak ayam??
2 ekor terus dia beli.
Coklat, keropok, biskut, buah, jus apa saja yang aku suka. Dia akan beli. Kalau mintak 1, dia akan beli 2. Kalau mintak 2, dia beli 4. Cane aku tak gemuk? Haha.
Jadi aku bersyukur sebenarnya dapat dia.
Biarlah dia tak kaya harta...
Tak mampu nak mewah-mewahkan aku dengan harta benda. Tapi the way dia treat aku, aku sangat-sangat tau dia sayang kat aku. Dan juga Aidi. Eh tentiba ada nama Aidi. Haha.
Errrr tutup mata jap.
I love u abang!!!
Okey boleh bukak mata dah.
Hehe.
Wednesday, September 12, 2012
Orang Tanya...Sakit Tak Kena Induced?
Sebelum-sebelum ni dari aku mula bersalin sampai la ni, ada lah beberapa orang dok tanya..
"sakit tak kena induced??"
Induced masa bersalin.
Hohoho..anak dah 9 bulan baru nak cerita pasal sakit kena induced ke? Haha.
Ya, aku memang kena induced masa nak bersalinkan Aidi dulu. Puncanya sebab Aidi dah kurang bergerak dalam perut. Dan masa tu jugak Aidi dah overdue 4 hari. Jadi doktor kat Hospital Ampang tu suggest untuk induced je bagi beranak cepat sebab tak nak amik risiko.
Mak aku dulu, masa beranakkan aku pun dia kena induced jugak. Tapi aku lupa pulak apa sebabnya. Tapi kalau tak salah aku, mak cerita dia kena tahan sakit yang agak sakit dan agak lama sebelum aku diberanakkan.
Mak kata biasa kalau kena induced memang sakitnya akan berganda berbanding sakit normal.
Mak cerita jugak, induced ada banyak cara,
Ada yang dimasukkan melalui miss V.
Ada yang melalui drip.
Ada yang melalui suntikan. *eh yang ni aku x sure ye ke tak.haha*
Aku kena yang melalui miss v. Doktor masukkan apa benda ntah, macam ubat bentuk silinder kot, kat situ. Macam biasalah, ko jangan kemut, jangan keraskan badan, dan JANGAN TAKUT. Hehe.
Lepas kena induced, doktor akan suruh kau baring diam-diam kat katil dan jangan bergerak. Eloknya sebelum kena induced tu kau pergilah berak kencing siap-siap sebab lepas tu selama sejam kau kena baring je atas tilam. Tido la lagi baik.
Apa aku rasa bila kena induced??
Masa diinduce, aku memang tak rasa sakit. Masa tu aku macam ada power untuk hadapi bab-bab seluk menyeluk ni. Semua pun aku tak rasa sakit. Ewaaahhh, berlagak kau yek.
Aku kena induced pertama kali pada 11 Disember 2011, jam 7 pagi.
2 3 jam lepas induced, langsung takde kesan. Langsung tak sakit. Serius. Belum sakit.
Jadi doktor kata, okey..kita induced sekali lagi. Ha, amik kau!! Dua kali aku kena.
Second time punya induced, pukul 1 petang hari yang sama.
Lepas 2 3 jam pun, masih tak rasa apa-apa. Eh, doktor ni silap bagi dos kot. Haha.
Tapi maghrib tu..baaaaruuulah rasa sakit tu nak tunjuk signal.
Sengal-sengal pinggang dah mai dah. Tapi its okey. Boleh tahan. Aku boleh lagi pergi mandi apa semua.
Dalam jam 8 malam macam tu barulah aku rasa sakit yang sakit betul. Yang buat aku tak senang duduk. Baring salah, duduk salah, aku berdiri pun tak kena. Dan aku tau, masanya hampir tiba.
Aku tak boleh nak cakap apa beza sakit induced dengan tak induced sebab aku tak pernah rasa bersalin tanpa induced lagi.
Tapi melalui pengalaman kawan-kawan yang tak kena induced, biasanya dah dekat-dekat nak beranak tu contraction diorang selang 5 minit. Tapi contraction aku adalah SELANG 2 MINIT. dan sakit yang datang adalah selama lebih kurang 30 saat. Maknanya kau cuma ada seminit setengah je masa yang tak sakit tu untuk buat apa-apa. Kalau nak pergi toilet ke, nak minum air ke, nak makan ke apa ke..satu setengah minit tu je masa yang ada. Lepas tu sila berperang dengan kesakitan.
TAPI.
Aku rasalah..sebabkan selang masa yang rapat tu lah buat bukaan rahim aku jadi cepat.
7 pagi - 1cm
Kemudian tak rasa sakit apa pun.
8 malam - 2 cm
10 malam - 3 cm
1 pagi - 5 cm
1.30 pagi - 7 cm
1.45 pagi - 10 cm.
Mak kata aku ni kira mudah bersalin sebab aku sakit sekejap jek. Kira sakit mild-mild datang lepas maghrib, aku selamat bersalin kul 2.15 pagi. Sekejap ke tu? Huhu. Mungkin sekejap kalau nak compared dengan pengalaman mak beranakkan aku yang makan 24 jam kot aku rasa.
Walaupun kena induced, dan sakit datang dalam selang masa yang singkat...aku syukur sangat sebab Allah bagi aku kekuatan untuk lawan sakit tu.
Macam entri-entri bersalin aku sebelum ni, aku lebih terasa macam nak berak jek masa nak beranak tu. Tipulah kalau aku kata aku tak sakit langsung, nampak nau nipunya. Mana ada beranak tak sakit. Tapi tak taulah nak cakap macam mana, aku rasa macam badan, mental dan fizikal aku macam boleh tahan semua rasa sakit tu.
Bila orang tanya, camne sakit bersalin? Aku jadi tak tau nak susun ayat nak cakap macam mana. Kang kalau salah cakap kang takut orang salah tafsir ingat aku berlagak pulak. Oh tidak tidak tidak.
Mungkin sebenarnya aku rasa sakit yang amat sakit tu. Tapi bila minda kita bagi signal yang nikmatnya dapat tatap wajah anak melebihi segalanya, jadi terus rasa sakit tu macam aku lupa. Ya, sebenarnya aku dah lupa macam mana sakit bersalin. Yang aku ingat itu je lah..rasa nak berak.
Mak kata...nanti kalau aku beranak kali kedua, teruklah sikit kot sebab yang 1st time ni aku macam mudah bersalin.
Erk??
Betul jugak kan?
Harap-harap second time ke third time ke, Allah permudahkan proses bersalin aku. Amin...
Ada petua..orang tua-tua kata kalau masa kita pregnant ada satu line panjang dari pusat sampai ke bahagian bawah perut, maknannya kita mudah bersalin. Dan ya, aku ada line tu. Tapi bukan dari pusat, tapi dari bawah dada sampai ke bahagian ari-ari. Panjang nau! Haha!
Yang penting...doa, usaha, tawakal.
Tagline orang nak beranak,
"SETIAP ORANG ADA BAHAGIAN DIA MASING-MASING"
Tuesday, September 11, 2012
Selamat Ulang Bulan ke 9 Aidi!!
Selamat ulang bulan ke 9 sayanggg!! *12.09.12*
9 bulan sudah anak aku. Alhamdulillah. Walaupun menyambut ulang bulan dengan demam campak, tapi tetap Alhamdulillah. Syukur.
3 bulan lagi Aidi genap setahun. Tak sabar nak tunggu detik itu. 1st birthday ni aku cadang nak sambut 3 kali.
Hahaha. 3 kali hokey. Mama teruja lebih.
Bukan apa. Ada sebab-sebab yang buat aku kena sambut besday Aidi sampai 3 kali. Eh maybe 4 kali. *pulaaakkk dah.*
Tapi nanti-nanti lah cerita pasal persiapan sambutan hari jadi. Alah, bukan ada persiapan apa pun. Aku takdelah plan nak buat majlis grand-grand pong.
So Aidi dah 9 bulan.
Apa perkembangan??
Muka dia dah berkembang. Haha. Aidi ni aku tengok makin lama makin kembang pulak pipi dia. Dulu selim jek. Nape sekarang dah serupa pipi aku?
Dulu masa hapdet 8 bulan, Aidi belum boleh merangkak yang betul-betul merangkak. Sekarang dah boleh dah. Laju dia merangkak sekarang.
Aidi sekarang suka perasan dia dah boleh berdiri tanpa pegang apa-apa. Selalu sangat dia berdiri then dia lepaskan dua-dua tangan dia. 1 saat 2 saat, gedebuk!! jatuh. Haha. Tunggu seminggu dua lagi. Mungkin dia dah boleh berdiri tanpa pegang apa-apa.
Mulut dia macam biasalah riuh memanjang. Dah makin banyak koleksi bunyi-bunyian yang dia boleh buat sekarang.
ataihhh ataihh ataihh
abubu abubu abubu *abah dia sampai lekat panggil Aidi abubu. Aku marah betul. Haih!*
aja aja aja
keh keh keh
banyak lagilah. Aku pun lupa. Bila dia tengah main-main, biasalah nama "abah" meniti-niti dibibir. Bila dia meraung nangis, baru nak dengar dia merintih panggil "mama". Nampaknya aku hanya diperlukan di kala susah. Haha.
Aidi belum pandai salam orang. Jenuh aku ngajar dia bersalam. Buat tak reti je dia. Kadang bila nak balik dari umah Mak Long dia, Mak Longnya suruh dia salam..huh, dia paling je muka. Adoilah anak. Macam mana ye cara terbaik nak ajar anak bersalam??
Aidi pun belum pandai tepuk tangan. Biasa baby umur gini pandai dah tepuk tangan. Tapi Aidi belum. Kalau aku nyanyi lagu pok amai-amai tu dia sengih je sampai nampak gigi. Tapi nak bertepuk memang takde. Mama dia je terlebih teruja bertepuk bagai.
Aidi suka masuk dapur. Dia suka main dengan kabinet dapur. Kalau aku buat kerja kat dapur, mulalah dia sama menyibuk. Selalunya aku letak je dia dalam walker dia tu. Walker tu besar, jadi tak muat nak masuk ke dapur. Selamat. hehe.
Gaya tidur dia makin lasak. Tilam toto yang besar tu memang dia punya sorang. Kalau dia tidur sekali dengan aku, ha kau merasalah tengah-tengah malam rasa ada orang bergerak kat celah kaki, tentiba dia ada kat bawah ketiak, kejap lagi tengok dia dah nun jauh kat tepi dinding. Aku tak pasti sampai umur berapa dia tidur lasak gini. Kalau sampai besar alamat tak merasa tidur berkatil la kamu Aidi oiii.
Aidi masih lagi dengan 4 batang gigi. Dan habit dia sekarang suka menggigit. Tapi dia cari objek keras je untuk ditokak. Contohnya remote control, kabinet TV, kerusi meja makan, atau kepala lutut mama dan abah dia. Sedap je dia gigit lutut aku. Sakit hoi!!
Ini gambar kesan gigitan Aidi kat kabinet TV. Gigitan cinta namanya. Ahaks! Jahanam kabinet mama.
Apa lagi?
Oh ya. Aidi ada kebolehan untuk masukkan makanan dengan banyak dalam mulut, kunyah-kunyah pastu telan. Hoh!! Tolonglah Aidi oii, jangan buat mama sesak napas tengok kamu makan biskut cenggitu gayanya. Makan sikit-sikit la nak oii. Seriau aku kalau tengok dia sumbat makanan.
Paling advance sekarang...dia dah pandai buat aksi lagak ngeri.
Tak percaya, tengok ini.
Tapi sila jangan tiru aksi ini ya. Heh.
tepi mama..tepi mama..Aidi nak tengok TV ni. Tepi mama. *sampai terleleng kepala nak elak badan mama yang gajah ini. Haha*
Eh mama ni tak paham ke? Okey takpe..Aidi cari port lain lah tengok TV. *Dia turun selamber je dari rocker dia. Aku pun gayat weh nak buat gitu*
Okey, dah habis dah cerita Aidi. Mari kita duduk dalam rocker semula. Yeahh!!
Di sebalik tabir: Aku berani-berani takut je sebenarnya masa snap gambar ni. Buatnya kepala berdentum ke lantai. Ha, menadah telinga lah kau! Satu lagi, semua gambar adalah diketik semasa Aidi tengah demam campak. Susah nak percaya kan? Haha.
Daa!!
Hapdet Demam Campak Aidi
Esok 12 September. Genap 9 bulan umur Aidi. Pastu 13 hb, genap 5 tahun mama dengan abahnya bercintan-cintun, bergaduh bertomoi merajuk memujuk segala. 5 tahun dah rupanya aku kenal pakcik tu. Alhamdulillah.=)
Hapdet pasal demam campak Aidi, panas badan dia memang dah takde. Suhu badan dia dah normal sejak 24 jam yang lepas. Bintik-bintik pada badan pun dah beransur hilang. Malam semalam 2 kali kami bagi Aidi minum air kelapa. Berselera sangat tengok dia minum. Bagi 2 oz...licin. Bagi 5 oz pun licin. Nampak nau kami peminat air kelapa. Heh
Harap-harap esok Aidi sembuh sepenuhnya. Boleh hantar pergi rumah Mak Long dia. Aku pun susah hati ni cuti lelama secara mengejut gini. Rasa bersalahnya pada budak-budak kat sekolah nun. Tapi nak buat camne kan? Sebab tu lah aku saja takmau suka suki amik cuti sebelum ni. Cuti tahun aku yang 7 hari tu pakat simpanlah kot-kot berlaku kes emergency yang memerlukan aku amik cuti. Maklumlah, dah ada anak kecik ni..sakit demam dia bukan boleh dijangka. Kadang nampak anak tu sehat jek manjang, sekali Tuhan uji kita suami isteri, anak sakit teruk ke apa ke..kita tak tau kan? Jadi kena ready je lah.
Alhamdulillah Aidi walau kena demam campak tapi dia aktif macam selalu.
Dia pun tak merengek meragam apa. Elok je dia main seolah-olah tak berlaku apa-apa.
Tu yang aku heran tu, Aidi ni demam ke tak ni?
Bintik-bintik campak penuh 1 badan, tapi sekali pun aku tak pernah tengok dia menggaru tak selesa.
Mungkin betul kata orang..Aidi ni kuat budaknya.
Alhamdulillah.
Eh sebenarnya nak hapdet cerita Aidi 9 bulan. Termelalut ke cerita lain pulak. Heh.
Esoklah ek.
=)
Hapdet pasal demam campak Aidi, panas badan dia memang dah takde. Suhu badan dia dah normal sejak 24 jam yang lepas. Bintik-bintik pada badan pun dah beransur hilang. Malam semalam 2 kali kami bagi Aidi minum air kelapa. Berselera sangat tengok dia minum. Bagi 2 oz...licin. Bagi 5 oz pun licin. Nampak nau kami peminat air kelapa. Heh
Harap-harap esok Aidi sembuh sepenuhnya. Boleh hantar pergi rumah Mak Long dia. Aku pun susah hati ni cuti lelama secara mengejut gini. Rasa bersalahnya pada budak-budak kat sekolah nun. Tapi nak buat camne kan? Sebab tu lah aku saja takmau suka suki amik cuti sebelum ni. Cuti tahun aku yang 7 hari tu pakat simpanlah kot-kot berlaku kes emergency yang memerlukan aku amik cuti. Maklumlah, dah ada anak kecik ni..sakit demam dia bukan boleh dijangka. Kadang nampak anak tu sehat jek manjang, sekali Tuhan uji kita suami isteri, anak sakit teruk ke apa ke..kita tak tau kan? Jadi kena ready je lah.
Alhamdulillah Aidi walau kena demam campak tapi dia aktif macam selalu.
Dia pun tak merengek meragam apa. Elok je dia main seolah-olah tak berlaku apa-apa.
Tu yang aku heran tu, Aidi ni demam ke tak ni?
Bintik-bintik campak penuh 1 badan, tapi sekali pun aku tak pernah tengok dia menggaru tak selesa.
Mungkin betul kata orang..Aidi ni kuat budaknya.
Alhamdulillah.
Eh sebenarnya nak hapdet cerita Aidi 9 bulan. Termelalut ke cerita lain pulak. Heh.
Esoklah ek.
=)
Monday, September 10, 2012
Aidi Kena Demam Campak.
Aidi kena demam campak.
Terus mama panik. Huhu.
Semalam..bangun-bangun tido aku tengok badan Aidi naik macam ruam-ruam penuh 1 badan. Sampai ke bebird dia pun ada.
Eh, apa benda ni??
Ruam panas ke?
Alah makan ke?
Apa ni?
Masa tu langsung tak terpikir demam campak.
Lepas mandikan Aidi, aku sapu lotion seluruh badan dia. Kendian kehidupan berjalan seperti biasa.
Sampailah petang dalam kul 4, aku rasa badan Aidi panas.
Oh mai!! Demam pulak ke?
Terus amik termometer...suhu adalah 37.8 darjah celsius.
Tinggi!!
Ruam pun masih ada pada badan. Aku rasa macam makin banyak banding dengan pagi tadi.
Sampai ke kaki ada bintik-bintik.
Terus kejut incik suami yang tengah sedap membongkang. Jom kita pergi klinik sekarang.
Sampai klinik...check suhu...39 darjah!!
Oh no no no! Tinggi amat tu.
Doktor terus cakap Aidi kena campak. Campak halus. Doktor masukkan ubat demam ikut bontot. Ha, part nak masuk ubat ni memang lawak sikit. Aku ni kan panik lebih, siap tanya doktor, sakit tak doktor masuk ubat tu. Hahahah!! Padahal Aidi cool jek. Bila sampai time nak masukkan ubat tu, aku baringkan Aidi kat katil, bukak seluar, bukak pampers dia. Pastu aku tiarapkan dia.
"abang, abang cuba main-main dia Aidi bagi Aidi selesa. Takut nanti di........"
"Ok DAH." Kata doktor.
Ha?? Sudah??
Heh. Aku punya arahan pada incik suami pun tak abis lagi, tup tup dah sudah. Aidi langsunglah takde merengot ke apa. Hok hek pun tidak. Ternyata mama panik lebih. Haha
Aku cuti hari ni. Jaga Aidi.
Untung jugaklah budak ni tak meragam. Dia aktif macam biasa. Cuma kerap tidur. Tidur malam tadi nampaknya dia lena. Kul 5 pagi baru dia bangun.
Orang kata, demam campak ni tak sama dengan demam yang lain. Kena jaga betul-betul. Dan aku pun ada dapat beberapa petua.
Bagi minum air kelapa muda. *incik suami akan cari hari ni*
Bagi mandi air kelapa muda.
Mandi air daun bambu. *mana nak cari daun bambu kat Labuan ni? I've no idea*
Ada beberapa petua yang buat aku konpius.
Betul ke kalau demam campak kita tak boleh bagi makan ubat demam/antibiotik yang doktor bagi tu??
Betul ke kalau demam campak kita tak boleh bagi mandi?? Lap-lap je badan dengan towel basah.
Kalau tanya doktor, doktor kata ok jek.
Tapi bila tanya orang yang lebih tua...Ha, tu yang keluar macam-macam pantang larang.
Siapa yang ada pengalaman jaga baby yang kena demam campak?? Please share tips..
Mama baru first time jaga anak demam campak cenggini lah..serba serbi tak reti.
Saturday, September 8, 2012
Cuti Tak Cuti.
Tiap kali plan nak balik semenanjung, kepala aku mesti serabut lebih dari biasa.
Payah oh kalau suami kerja askar ni. Cuti bukan main isi borang minggu ni, minggu depan boleh cuti. Bertuah sangat kalau begitu.
Aku memang dah lama dah cakap dengan incik suami nak balik semenanjung cuti sekolah bulan 12 ni. Banyak agenda bulan tu.
9 Disember....Kenduri kawen sepupu belah mak kat Perak
12 Disember....Besday Aidi. Tentu ada besday party punya. =)
14,15, 16 Disember..Family Gathering kat Penang.
22 Disember...Kenduri kawen sepupu belah abah kat Kedah
Tu dia! Bersusun jadual. Boleh bayang dah bizinya macam mana nanti. Itu pun nasib baik adik perempuan kesayangan aku tak jadi nak bertunang bulan Disember, kalau tak....menitik-nitik peluh jantan aku ni nanti.
MASALAHNYA.....
Incik suami peliharaan tak dapat cuti.
Ate cane??
Pheww!
Dia dapat cuti panjang bulan Oktober. Hujung tahun memang tak dapat cuti dah sebab nak bagi peluang pada yang non muslim pulak cuti sambut Krismas.
Cuti bulan Oktober..alahaii..tak bestnya. Aku pun kena sekolah lagi.
Incik suami kata...
"takpelah..abang cuti 3 minggu bulan depan, ABANG JADI SURI RUMAH."
Okey..terima kasih.=)
Payah oh kalau suami kerja askar ni. Cuti bukan main isi borang minggu ni, minggu depan boleh cuti. Bertuah sangat kalau begitu.
Aku memang dah lama dah cakap dengan incik suami nak balik semenanjung cuti sekolah bulan 12 ni. Banyak agenda bulan tu.
9 Disember....Kenduri kawen sepupu belah mak kat Perak
12 Disember....Besday Aidi. Tentu ada besday party punya. =)
14,15, 16 Disember..Family Gathering kat Penang.
22 Disember...Kenduri kawen sepupu belah abah kat Kedah
Tu dia! Bersusun jadual. Boleh bayang dah bizinya macam mana nanti. Itu pun nasib baik adik perempuan kesayangan aku tak jadi nak bertunang bulan Disember, kalau tak....menitik-nitik peluh jantan aku ni nanti.
MASALAHNYA.....
Incik suami peliharaan tak dapat cuti.
Ate cane??
Pheww!
Dia dapat cuti panjang bulan Oktober. Hujung tahun memang tak dapat cuti dah sebab nak bagi peluang pada yang non muslim pulak cuti sambut Krismas.
Cuti bulan Oktober..alahaii..tak bestnya. Aku pun kena sekolah lagi.
Incik suami kata...
"takpelah..abang cuti 3 minggu bulan depan, ABANG JADI SURI RUMAH."
Okey..terima kasih.=)
Friday, September 7, 2012
Cabaran Pakai Pampers.
Cabaran memakaikan pampers pada baby.
Step 1:
Senyum dulu sambil buat aksi peace no war. Hati musti gumbira beb. Sebab jap lagi kau mesti rasa nak meroyan.
Step 2:
Bukak dan buang pampers yang lama. Part ni kena hati-hati takut tentiba anak buat free waterfall show. Haha.
Step 3:
Lap guna wet tissue. Dapat basuh guna air adalah lebih baik. Kendian amik pampers baru. Nampaknya belum ada cabaran lagi di situ. Boleh buat kerja dengan lemah gemalai.
Step 4:
Pakaikan pampers baru. Eh, jangan tenung lelama pict ni. bahaya. Haha! Ini nampaknya cabaran bakal bermula. Si anak macam dah jumpa sesuatu yang menarik hati. Jeng jeng jeng!
Ha, yang seterusnya seterusnya ni dah takde step-step dah. Kau bantai je la pakaikan seluar dia laju-laju. Once anak dah berpusing gitu, maknanya...get ready mama, come get me mama!. Mampuih!
Ini memang bahaya. Patutlah kat tempat tu ada disediakan safety belt, tapi aku tak guna sebab rasa macam, eh apa benda ni? Pastu merasalah tengok anak buat aksi bahaya gini. Yang abahnya pulak ralit amik gambar. Tengok anak tu abang oiiii...
Semuanya kena buat laju-laju sebelum benda lain terjadi.
Kalau anak dah pandai berpusing badan, memang cabaran nak pakaikan pampers, nak pakaikan seluar baju dia akan jadi lebih adventure.
Kadang sampai kena bergusti dengan anak.
Yeahhh!! Mama kepit kaki Aidi.
Ohh yeahh!! Tangan Aidi dah kena kunci dengan mama.
Tentiba...
Horayyy mama!! Aidi dah dapat lepaskan diri. Mari kejar Aidi.
Begituuu..
Letih.
Sebab tu selalunya aku suruh abahnya bagi Aidi mandi, aku pakaikan baju. Sebab kalau aku yang mandikan, pastu aku jugak yang pakaikan baju memang berdabel la semput aku. Jadi kerjasama harus ada. Hehe.
Aku berani-berani takut je ni nak tunggu Aidi dapat kaki.
Aku rasa mesti akan ada adegan aku kena berlari keliling rumah sambil tangan kiri pegang pampers, tangan kanan pegang baju.
Bersedialah!