MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, September 16, 2012

Merancang Birthday Aidi


Selamat Hari Malaysia!!

Wah, patriotik benau kan hari ni memasing. Kalau boeh bendera Malaysia tu nak dililit-lilit kat badan sepanjang hari. Haha.

Orang lain bizi sambut Hari Malaysia, aku pulak bizi nak sambut besday anak.


tiga bulan lagi oiiiii...bukannya 3 hari. Tapi apa nak buat, rasanya semua mama pun akan jadi separa ngeng macam aku bila pikir 1st birthday party celebration untuk anak. Lagi-lagi anak tu pun anak 1st. Bertambahlah terkinjanya. Huhu.

Macam aku pernah cakap sebelum ni, aku nak sambut besday Aidi 3 kali tahun ni. Mungkin jugak akan jadi 4 kali. Kenapa??

Kali pertama - Aku nak sambut kat Labuan sebelum aku dengan Aidi balik semenanjung 7 Disember nanti. Besday Aidi pulak 12 Disember. Jadi adalah kasihan pada incik suami kalau tak dapat join besday celebration. Jadi kita sambut dulu in advance dengan abahnya. Aku cadang nak sambut masa Aidi genap 11 bulan. Masa tu aku dah cuti sekolah, Abang ipar sekeluarga pun masih ada kat Labuan. Diorang pun nak balik semenanjung jugak tu 19 November. Jadi kalau diorang ada, seronoklah sikit. Bolehlah jemput kenalan-kenalan rapat yang ada anak kecik untuk sama meriahkan majlis. Aku tak plan nak jemput ramai pun. Dapat bebudak dalam 10 ke 15 orang ke jadi lah. Rumah aku pun "besar sangat" nak tampung reramai. Haha.

So okey ke sambut masa Aidi 11 bulan? ke awal sangat?


Kali kedua  -  Okey sambutan kali kedua ni cadangnya nak buat kat rumah mentua masa betul-betul hari jadi Aidi 12.12.12 tu. Nanti aku akan balik rumah mentua dalam 5 hari. Sajalah balik. Takkan sebab incik suami tak ikut balik semenanjung, so aku pun nak buat-buat lupa famili belah sana. Diorang mesti rindu Aidi. Rindu aku jugak kot. Haha.

So 12.12.12 tu aku ada kat rumah mentua. Bolehlah buat party sikit. Bebudak aku pun tak tau lah siapa yang boleh dijemput. Yang confirm ada, tu je lah..anak buah aku yang 2 orang tu. Mungkin boleh ajak anak-anak sepupu incik suami yang mana ada kat sana. Tengoklah camne. Kalau tak, kita buat untuk kite-kite aje.=)


Kali ketiga  -   Kali ketiga ni kita sambut dengan famili belah aku pulak. Balik dari bercuti ke rumah mentua 5 hari, aku sekeluarga *famili belah mak* akan buat Family Day kat Penang. Family Day ni memang dah macam acara wajib famili setiap 2 tahun. 2 tahun lepas diorang pergi Bandung, aku tak ikut. huhuhuhu. Tahun ni pergi Penang, aku nak ikut. Tapi sayangnya incik suami tak dapat join. Tak cukup korum lagi. Huhuhu..

Jadi, 16 Disember kita sambut besday Aidi sekali lagi kat Penang okey??


Kali keempat???

22 Disember, ada wedding cousin aku kat Kedah. Cousin belah abah. So macam ada kira-kira nak sambut besday Aidi dengan sanak saudara belah abah pulak. Keh keh keh.


Tapi rasa macam date tu dah drag jauh sangat sampai ke hujung Disember.


Ke okey jek?

Ke tak payah?

Haha. Aku konpius.


So far aku dah jumpa 2 kedai online yang jual barang-barang untuk besday decoration ni.

Sea Star Party

Bugs Party


Kalau ada yang tau kedai-kedai online lain yang jual benda-benda untuk besday ni aku alu-alukan untuk drop link kat ruang komen. Aku nak survey-survey.

Aku baru survey-survey jek. Belum nak beli apa-apa lagi. Harus survey dulu sampai juling bijik mata sebab semua ni bakal membuatkan beg duit kami laki bini mengempis dengan jayanya.

Tambah pulak ngengada nak buat sampai 3 4 kali.










Errr Disember nanti ada bonus tak?

Hihihi.

3 comments:

  1. Beruntungnya Aidi..sampai 4 kali setahun sambut birthday...4 biji kek la ni.hehe

    ReplyDelete
  2. ok.aku nak p yang belah penang punya majlis.hehe.bajet ada jemputan konon.haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...